Perlukah kemahiran saintifik diajar disekolah rendah?
1. Mengajar sains di awal persekolahan tidak perlukan kemahiran saintifik, malah kemahiran saintifik hanya mengganggu pengajaran sains. Kemahiran saintifik bkembang secara perlahan-lahan apabila murid telah meminati sains.
2. Pengajaran sains untuk anak-anak melibatkan 'curiosity' dan 'curiosity' melibatkan 3 tahap iaitu What, Why, How berikut yang aku ringkaskan sebagai FPP:
a. Fakta - What : Apakah dia (knowledge / fakta)
b. Penjelasan - Why : Kenapa seperti itu (making sense - understanding)
c. Proses - How : Bagaimana ia berlaku (konsep / teori)
Tahap Penjelasan adalah tahap paling penting untuk ENGAGE anak-anak dengan sains. Tahap inilah memerlukan aktiviti kepada mereka.
3. Ini bermakna, belajar sains untuk anak-anak adalah tentang apa, kenapa dan bagaimana ia terjadi. Pada Tahap 1, hanya tahap Fakta dan Penjelasan (What dan Why) diutamakan kerana tahap Proses agak 'advanced' untuk mereka.
Contoh: Keperluan tumbuh-tumbuhan
a. Fakta - Apakah keperluan tumbuh-tumbuah untuk hidup
Jawapan:
- cahaya matahari, air dan udara
b. Penjelasan - Kenapa tumbuh-tumbuhan perlukan semua itu
Jawapan:
- cahaya matahari untuk buat makanan (fotosintesis)
- udara ada O2 untuk respirasi dan CO2 untuk buat makanan
- air untuk membawa nutrien dari tanah ke daun
c. Proses - Bagaimana semua itu berlaku mungkin diajar pada Tahap 2 seperti bagaimana proses sintesis berlaku dan bagaimana nutrien di bawa dari akar ke daun.
4. Semua pengajaran di atas mesti berbentuk penerangan dengan aktiviti hands-on seperti amali mudah atau explorasi kerana pembelajaran sains mesti berasaskan discovery. Ini semua sesuai dengan naluri dan 'curiosity' anak-anak.
5. Pada peringkat Fakta (what), anak-anak didedahkan dengan misalnya haiwan dan mengenal ciri-ciri haiwan. Pengkelasan bukanlah sesuatu yang penting seperti haiwan laut atau haiwan darat. Ini semua dapat difahami secara tidak lansung. Yang penting mereka kenal haiwan (what) misalnya kerbau dengan ciri-ciri seperti tanduk, berkaki empat, memakan rumput, beranak. Kemudian timbul persoalan untuk mendapat Penjelasan (Why), kenapa bertanduk, kaki empat, memakan rumput dan beranak supaya semuanya MAKE SENSE kepada mereka. Ini juga dinamakan scientific reasoning, supaya anak2 boleh pula memberikan penjelasan apabila ditanya oleh orang lain.
6. Bila anak-anak dah kenal (what) dan make sense (why) barulah sains menarik bagi mereka, berbanding mempelajari secara mengkelas, membuat inferense dan hipotesis. Malah kemahiran saintifik ini tidak perlupun untuk murid sekolah rendah.
7. Kemahiran saintifik bukan sains. Murid lebih memahami sains dan ia lebih menarik TANPA kemahiran sainstifik. Bila mereka tahu kerbau mamalia dan dolphine juga mamalia, maka keduanya tentulah berada dalam kelas yang sama.
8. Kemahiran saintifik hanya 'mengganggu' dan 'merencat' murid untuk menghayati sains. Akhirnya sains menjadi subjek yang kaku dengan kehadiran kemahiran saintifik. Istilah pemboleh ubah yang dimalarkan sangat mengelirukan - boleh ubah tetapi malar sedang istilah tersebut bukan satu keperluanpun. Murid masih boleh menjalankan amali dgn baik dgn mengawal aspek2 yang difikirkan logik dan make sense tanpa perlu diistilahkan sebagai pembolehubah yang dimalarkan. Perkataan seperti inferens, pembolehubah bergerak balas adalah perkataan berat dan sukar dimengertikan dengan tahap kognitif murid.
9. Mana aku tahu semua ini? Memanglah aku tahu, sebab itu adalah sifat sains, bukannya kemahiran saintifik. Biarlah murid tersebut masuk aliran sains dahulu, jika mahu perkenalkan kemahiran saintifik. Kalaupun kemahiran saintifik penting, tetapi ia belum diperlukan diperkenalkn di sekolah rendah. Percayalah, ahli-ahli sains tersohor sejak berabad lamanya, menggunakan kaedah sains (scientific method), tanpa perlu digembar gemburkan kemahiran saintifik, itupun setelah mereka menjadi saintis.
10. Adakah kita orang dewasa yang menghilangkan indahnya belajar sains? Siapakah yang akan disalahkan jika minat murid terus terusan merudum? Aku sekadar menyampaikan.... sebab 'science is about making sense of the nature NOT about scientific skills' !
OT - foto hanya hiasan
No comments:
Post a Comment