.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, April 20, 2013

Tajuk 472 - 10 tanda SV yang perlu anda ketahui...


Aku baru balik dari penamaan calon P125 Putrajaya. Aku tak mahu lepaskan peluang untuk merasai kehangatan PRU13 kali ni.... sebagaimana yang aku lakukan saban tahun.

Aku takkan panjangkan kisah PRU13. Blog2 PRU13 tumbuh bagai cendawan jadi anda bolehlah baca sendiri dari blog2 tersebut.

Aku ingin menulis ringkas... akan 10 perkara yang menjadi petanda pada SV yang perlu diberikan perhatian. Aku menulis kerana sebagai SV aku sendiri sentiasa memerhatikan petanda tersebut pada diri sendiri supaya aku dapat meningkatkan keberkesanan menyelia supervisee. Aku juga insan biasa, kadang kala alpa dan lupa.

Tulisan aku ini telah pun ada dalam entry2 yang lepas sedikit disana dan sedikit disini, namun aku ingin buat kesimpulan.... bagi mudah dibaca. 10 petanda ini jika berlaku dan berterusan akan dianggap sebagai sesuatu yang “biasa” sehingga supervisee  sendiri menganggap keadaan ini sebagai normal yang wajib mereka ditempuh.... betul kah begitu?

Aku mendapat respon dari ratusan malah ribuan peserta bengkel menerusi email, fbook dan pertanyaan lansung. Kebanyakkan respon menunjukkan calon PhD dan Master bermula dengan naif.... zero knowledge sehingga ada yang tak tahupun beza antara journal dan article....antara research dan dan problem statement... antara research question dgn hipotesis ..... dan kelas research menthodology kelihatannya spt terlalu umum dan tidak byk membantu !! 

Menunjukkan cara mencari article
dan references kepada peserta bengkel

Oleh itu adik kakok....bimbingan awal dan terkawal dari advisor / SV sangatlah crucial....

Berikut adalah antara 10 petanda yang kelihatan spt normal tetapi perlu anda ambil kesah kerana akan memberi kesan lansung dan tidak lansung kepada perjalanan anda utk bergraduate.

Petanda1 - Membiarkan supervisee “honeymoon” di awal semester tanpa perlu ada perjumpaan atau perbincangan mengenai research dan thesis..... hanya dinasihatkan ambil coursework itu dan ini. 

Mengikut aku, semester pertamalah yang paling sibuk... paling kerap perjumpaan... dan paling penting dalam penentuan topik, tajuk dan hala tuju kajian.... mengenalpasti sampling frame dan membincangkan the strengths adn weaknesses of the topic... manalah supervisee sedar semua ini jika tidak dimaklumkan oleh SV.... bukan relex bro !! 

Petanda 2 - Meminta supervisee mengemukan tajuk kajian sedang SV tidak memastikan supervisee menguasai terlebih dahulu topik kajian dengan mendalam dan menyeluruh

Petanda3 -  Meminta supervisee membaca artikel, tetapi tidak pula meminta mereka write as they go…. kerana supervisee tidak akan mampu simpan semua maklumat yang dibaca dalam kepala… lepas 2, 3 hari gerenti lupa !!

Petanda4 - Meminta supervisee menyediakan proposal mengikut chapter 1 dahulu, sedangkan proposal perlu disediakan serentak  3 chapter... malah SV hanya akan menyemak chapter 1 sahaja tanpa mengambilkira chapter 2, 3 dan chapter2 yang lain walaupun dihantar serentak!

Petanda5 - Meminta supervisee membuat kajian quantitative / qualitative sedang SV sendiri tidak update dengan pengetahuan dan software terkini yang berkaitan kedua2 approaches...

Petanda6 - Minta menjadi main author pada artikel yang ditulis oleh supervisee. Membuat editing sana sini  tidak melayakkan SV menjadi the main author... malah tugas tersebut adalah tugas hakiki SV. Abis kalau bukan SV yang supervise students siapa lagi... takkan Penolong Pendaftar ? SV sendiri akan dapat merit dalam KPI apabila supervisee dapat di”graduate”kan....

Petanda7 -  Memberi komen tetapi tidak secara constructive ...… maybe dengan hanya memberi tanda “?” di sana sini tanpa sebarang penjelasan... pandai2lah supervisee nak betulkan....atau sekadar komen "keep reading"... tanpa diketahui apa masalah sebenarnya...

Petanda8 - Terlalu sukar utk ditemui.... atau dapat ditemui utk beberapa minit sahaja... atau kedua2nya sekali...

Petanda9 - Lambat mengembalikan draft yang dihantar oleh supervisee... ada yang lupa kat mana dia simpan draft tersebut...

Petanda10 – Terlalu strict.... semua mesti ikut apa sahaja  yang SV propose.... seolah2 SV sahaja yang tahu, tiada yang dia tidak tahu melainkan tahu-tahu belaka.... 

Jd ketahuilah simpton di atas adalah sebahagian sahaja dan anda boleh tambah lagi. Cuma jgnlah sampai menanggap simpton tersebut sebagai "biasalah tu"... itulah realiti dunia research sedangkan tugas supervision tu adalah tugas hakiki yang sama pentingnya dengan tugas mengajar..... kedua2nya mesti efisyen ! 

Kalau kat rumah suami culas ke dapur, lebih suka mengadap TV... jgn pula penyelesaian adalah dengan menganggap "biasalah tu orang lelaki".... sedang kedapur tu bukan tugas hakiki isteri... tapi tugas bersama sementelahan isteri juga bekerja...

Namun aku juga terfikir.... apakah yang boleh dilakukan jika secara  consistent supervisee menerima dari mana2 amalan SV yang tidak efisyen di atas? Kepada siapa ingin disuarakan? 

Kenapa aku mengutarakan hal ini? Apa masalahnya?

Aku percaya dan yakin bahawa nawaitu semua SV adalah baik... ingin melahirkan generasi penyelidik yang kompeten.... dan sebahagian besarnya adalah SV yang dedikasi, malah berjaya melahirkan puluhan "Dr".  

Cuma dalam kontek supervision, sukar utk menetapkan satu standard sebagaimana standard dalam pengajaran... yang sekurang2nya ada silibus dan nota utk dikongsi sesama pensyarah. 

SV tidak dilatih dan tidak adapun latihan praktikal menjadi SV.... lalu SV menjadikan pengalaman sendiri sebagai satu2nya rujukan, termasuk aku sendiri. Situasi ini tidak menjadi satu masalah besar 15 tahun lepas ketika hanya pelajar dengan at least 2 class upper dibenarkan membuat master. Sekarang, byk kelonggaran sehingga hampir sesiapa sahaja boleh membuat master !!

Bagaimana dgn PhD? Dgn wujudnya IPTA / IPTS yang semakin banyak, termasuk peningkatan taraf ITM ke UiTM menjadikan ribuan kakitangan akademik, termasuk dibawah MARA dan KPM yang dulunya hanya OK sahaja dgn 1st degree atau  Master kini berlumba2 utk mendapatkan PhD.

Fenomena ini menjadikan tugas supervision bukan lagi sesuatu yang boleh dijalankan "begitu2 aja" berdasarkan pengalaman, sedang pengalaman ada kalanya tidak boleh dijustifykan dgn bilangan tahun jika amalan yang sama dilakukan bertahun2 tanpa sebarang perubahan. 

Pengalaman SV pula berbagai2... bergantung bagaimana mereka di supervise ketika menjadi calon PhD....bagaimana acuan begitulah kuihnya. Malah ada kalanya pengalaman tersebut tidak lagi relevan dgn perubahan masa...

Contohnya..... SV dengan pengalaman 15 tahun mengendalikan analisis kualitatif secara manual tidak akan memberi banyak makna jika pelajar ingin menjalankan analisis menggunakan perisian komputer. 15 tahun dulu, sukar utk menghubungi SV... sekarang dah ada sms, email, twitter dan fbook.... malah 15 tahun dulu.... journal hanya dalam bentuk hardcopy berbanding sekarang dgn e-journal yang boleh diakses dalam sekelip mata !!

Aku ingin akhiri tulisan ini dgn persoalan:

Adakah SV anda mempunyai satu atau beberapa petanda  di atas?

Jika anda adalah SV... adakah anda mengamalkan mana2 petanda tersebut?

OT

Friday, April 19, 2013

Tajuk 471: Satu lagi kejayaan awal calon PhD....

Sambil aku membelek fbook calon PRU13 Negeri Sembilan.... sebab ada kawan aku bertanding di Gemencheh... moga berjaya....tiba2 aku terima satu message kejayaan calon PhD UTM SKudai...secara lansung dari fbook... kejayaan awal bagi meneruskan penyelidikan peringkat PhD.... tahniah... moga memberi semangat kepada kawan2 yang lain...


Bengkel UTM Skudai 2012
Antara bengkel teramai 

As salam Dr...

Saya nak ucap berbanyak time kasih atas segala ilmu yng Dr ajar selama nie dan juga info dlm blogspot...

Saya defence proposal pagi tadi dah telah lulus tanpa pembetulan...cuma perlu tambah kaedah pemerhatian dlm kaedah kualitatif kelak...

Sume nye saya pelajari dari blog Dr dan sume kursus penulisan tesis., atlas,bina soal selidik dll..terima kasih yng x terhingga smoga Dr sekeluarga sntiasa dlm lindungan dan rahmatNYA..jua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur agar dpt terus membantu kami semua...aaminn...

Dari:
S K A
UTM Skudai

Thursday, April 18, 2013

Tajuk 470 - Email dari oversea yang WAJIB anda baca !

Aku rasa syukur bila mendapat email berikut sebentar tadi. Email pertama sebenarnya aku terima tahun lepas dan email kedua baru saja aku terima. Tak sangka tulisan aku bagi Tajuk 468 dan 469 mendapat respon yang baik. Ada lagi email2 lain yang aku terima tapi dua email berikut adalah yang paling "significant" utk dikongsi.

Aku rasa syukur atas dua sebab:
(i) Allah memberikan ilham utk aku menulis dan atas asbab tersebut dapat dimanfaatkan oleh pembaca blog drotspss.
(ii) Allah permudahkan penulis email wpun menghadapi dugaan.

Kepada penulis email, tahniah kerana telah sampai ke penghujung satu permulaan baru yang memerlukan lebih komitmen masa akan datang... syabazzz dan selamat balik ke Tanah Air

Maka sama-sama kita kongsi pengalaman ini khususnya bahagian akhir email kedua yang ditujukan khas kepada mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke oversea.  

Email 1 (5 October 2012):

Assalamualaikum Dr OT,
Untuk pengetahuan Dr, saya 'terjumpa' blog Dr sekitar September tahun lepas. Masa itu, saya tak tahu macamana nak mulakan penulisan thesis dengan betul walaupun data analysis sudah ada.

Tak tahu macamana nak mulakan Chapter Introduction, Chapter Literature review, etc. Alhamdulillah, selepas 'mendalami' ilmu yg Dr tulis dlm blog tu, saya sekarang sudah submit 6 dari 9 Chapters (in total) kepada Chief SV untuk di-semak dan semuanya sudah kembali kepada saya utk further editing dan tambahan maklumat.

Walaupun tidak semua statistical analysis yg Dr tulis boleh di-apply kepada bidang saya, namun saya mengambil maklumat yg relevan saja. Sepatah kata dari Chief SV saya bila dia reviewed sebahagian Chapters yang dihantar: "For a non-english speaker, your writing is considered very good".

Saya rasa saya tidak layak utk terima pujian itu, tapi Blog Dr lah yg sepatutnya. Saya amat2 bersyukur kerana dipertemukan dengan blog Dr OT. Sesungguhnya blog itu amat2 membantu saya dari segi teknik penulisan, apa maklumat yg perlu ada dlm thesis mahupun motivasi utk menyiapkan thesis dengan cepat, walaupun format thesis Social Sciences dgn Pure Sciences agak berlainan.

Email 2 (17 April 2013)

Assalamualaikum Dr OT,

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas blog Dr OT tu. Seperti yg saya pernah tulis dulu, wpun saya buat PhD dlm pure science, tapi, guidance untuk penulisan thesis dlm blog Dr OT boleh juga diapplied, especially perihal asas thesis, kat bahagian mana nak letak argument kita, originality, relatioship with SV, focus on research, NO procrastination dsb.

Untuk makluman Dr, saya sudah berjaya submit thesis PhD saya awal bulan ini. 9 chapters kesemuanya. Alhamdulillah...Saya pernah email Dr pasal SV yg sakit tenat dan saya hampir2 kena tukar supervisory panel, tapi berkat doa dan solat hajat, Allah sembuhkan SV saya itu dlm masa sekejap.

Sekarang saya sedang menghitung hari utk balik ke M'sia yg dijadualkan akhir bulan ini.
Untuk makluman Dr, saya mula berkenalan dgn blog Dr pada Sept 2011 with ZERO knowledge about writing thesis. Then, saya applied apa yg relevan utk research saya, NO procrastination and dont get it right, get it written.

Saya cuma ambil tempoh satu setengah tahun saja utk siapkan 9 chapters dan berjaya hantar sejak mengenali Blog Dr.

Tempoh ini termasuk tempoh reviewed by SV, buat pembetulan, review lagi, dsb. Frankly speaking mat2 saleh kat sini especially head of dpt and Dean surprised saya blh siapkan sebegitu byk chapters.

Jadi, maknanya, rakan2 yg lain yg baru je mendaftar boleh siapkan PhD in 3 yrs! Saya siapkan dlm 4 tahun (malunyaaa...), itupun kerana baca blog DR. Kalau tidak, rasanya sampai sekarang saya masih terkial2......dan tak siap.

Chief SV saya suka dengan cara thesis saya ditulis, dan dia hanya guide mana yg perlu saja. Jadi, untuk 2nd draft, sudah tidak banyak mistakes yg dibuat. Ini kerana saya rasa format thesis dan idea2 telah tersusun rapi. Hehehe.. semuanya saya belajar dari blog Dr OT.

Saya terpanggil nak komen pasal tajuk 468, kenapa perlunya siapa2 yg berhajat nak buat PhD kat oversea kena ber-marathon. Pengalaman saya, 3 tahun dengan guaranteed visa, adalah satu j/masa yg indah. Masa itu, semua NO PROBLEM!

Maknanya, gaji jalan, scholarship dpt, elaun masuk on time. Jadi, ramai yg leka! Saya tak nafikan itu. Masa itulah mereka berpoya2, pergi makan angin sana sini, pergi main golf dan hidup mcm bukan buat PhD. Saya melihat banyak yg begitu.

Tapi, bila dah kena masuk fasa extention, mulalah gelabah. Experiments banyak tak siap lagi, thesis tak nampak bayang lagi. Masuk 2nd extention, segalanya cut off! Masa itulah, tahu langit tinggi rendah. Ramai yg kecundang. Dr pun tahu kan, hidup kat oversea ni, kalau tak cukup duit, sengsara hidup. Tukaran duit RM amat2 kecil nilainya. 

Selepas 4 tahun, selalunya IPTA sudah tak bagi sambung lagi, kecuali special case (itupun tanggungan sendiri). Maka ramailah yg 'terpaksa' balik dan datang semula untuk sambung experiments. Bukankan itu membuang masa, wang dan tenaga?

Maka, apa yg Dr tulis tu mmg betul dan tepat...tambah2 bila visa nak mati. Masa nak sambung visa tu punyalah azab. Setiap application is MONEY. Tu tak kira medical check up utk SATU KELUARGA. Saya dah merasainya, sebab itu saya berani cakap. 

Jadi, Dr peringatkanlah bakal2 PhD candidates dlm bengkel Dr tentang perkara ini. Mereka yang tidak siap itu, bukan sebab research atau SV, tapi DIRI SENDIRI. Diri sendiri yang tentukan hala tuju PhD mereka. Kalau pukul 10.30 pagi baru masuk lab, lepas itu pukul 3.30 ptg dah balik, 5 tahun pun experiments takkan siap. Saya cukup tak faham dgn mereka. 

Jadi, saya panjatkan kesyukuran yg tak terhingga kerana takdir ini, dan saya harap Dr teruskan perjuangan memberi kesedaran pada mereka.

Sekian,
Terima kasih




Tuesday, April 16, 2013

Tajuk 469: the originality of thesis: Capsicum vs cili padi !!

Awas:
Tulisan ini mengandungi sedikit unsur geli geleman bagi sebahagian pembaca...


Bro.. tajuk 468 ko banyak dapat komentar..

Aah...memang tajuk tu mengundang beberapa komen dari pembaca. Aku suka mengetahui komen2 tersebut sebab akan menambah pengetahuan aku dari pengalaman orang lain. Terima kasih....

Memang membuat PhD sering berhadapan dengan pelbagai masalah.... dan sangat bergantung kepada background dan nature of the study. Contoh sempoi....jika ko tanam jagung utk buat satu experiment berkaitan baja organik... tiba2 hujan turun dengan lebat..... pokok jagung ko terbantut...... so ko kena tanam semula... then ko dah rugi masa 3, 4 bulan. Ada yang SV bertukar university.... ko kena cari SV baru plak... maybe tukar tajuk lagi.... semua ni masalah diluar kawal...tapi percayalah..... byk masalah kelewatan disebabkan "kejahilan" dan dibawah kawalan sendiri.... termasuklah procrastination...

Apa yang ko nak highlight kan sebenarnya?

Dalam entry lepas...aku sebenarnya cuma nak highlight perception terhadap "the best" thesis. Ramai yang sanggup buat projek yang besar2 lagi original utk capai "the best" thesis sehingga tak perasan bahawa PhD hanyalah "latihan praktikal kedoktoran". 

Ini satu email yang aku terima respon dari entry 468. Email ini sekadar satu pengalaman pelajar PhD utk dikongsi dengan fikiran terbuka... 

Dr tak ada butang Like dekat Blog Dr ni, klau tak sayalah org yg akan tekan 1000 kali butang like tu...sbb saya dah terasa peritnya bila ikut cakap SV supaya pilih tajuk yg kat Malaysia org tak pernah buat dan SV gunakan kata2 manisnya dgn mengatakan your thesis will become a big contribution in your field of study pada awal2 sem dulu utk persuade saya terima cadangan nya buat tajuk yg dia sendiri ada cita2 nak buat dulu tp tak kesampaian..... 

Setahu aku, tiada tercatat dimana2 , ko bertanggungjawab menghasilkan thesis yang tiada orang lain buat supaya thesis tersebut original... bagi aku lebih dari memadai jika ko dapat hasilkan "a good significant thesis completed within a given time frame".  

Ramai yang bermula lewat... maka  najitahnyer akan abis lewat juga sedang masalah memang ada dimana2. Kalau ko keluar rumah lewat.... ada pula masalah ditengah jalan.... so merah ler punch card ko... Kalau ko kuar awal.... dan jika ada masalah tengah jalan... maybe ko juga akan lewat tapi in a reasonable time.... tu jer...

Jadi apa cadangan ko?

Ini bukan cadangan. Ini mesti dilakukan. Langkah paling awal adalah membaca jurnal2 dalam topic of interest ko. Aku dah ulang jutaan kali perkara ini. Membaca  dan kumpulkan artikel yang releven. Selepas itu pembacaan perlu dimulakan dengan penulisan walaupun ko baru berada diminggu awal semester pertama. Inilah yang aku tekankan dalam bengkel aku menerusi Keep on Track (KOT) Cycle.

Kenapa ko sibuk2 kata menulis awal sangat penting?

Isskk... ko ni. Cam nilah....

(i) membaca sambil menganalisis dan diteruskan dgn menulis seawal mungkin akan membantu ko menyusun idea dalam kepala dan didalam draft proposal ko 
(ii) menulis awal akan membantu ko mengetahui samada ko berada dalam landasan yang betul dan kemudiannya mudah dibimbing oleh SV
(iii)menulis awal membantu ko mencatat apa yang ko faham walaupun masih dalam bentuk draf
(iv) menulis awal adalah progress  dalam penyediaan tesis.. 
(v) ko akan bermotivasi bila thesis ko sentiasa progress
(iv) membaca dan menulis awal adalah lebih baik dari hanya membaca sahaja.... ko buat research bukan baca novel !

Satu lagi.... ko juga ada kenen SV... 

Aku juga seorang SV....sebab dalam memulakan penulisan..... ko mesti ler  jumpa SV ko juga. Biasakan ko dengar "customer is always right". 

Dalam dunia research ni.... "Supervisor is always right". Sebab itulah bila ko siapkan proposal cepat2 dan jika memang "Supervisor is always right" maka jika 
(i) ko ikut apa cadangan oleh SV dan tulis cepat2...... dan cadangan itu bernas.... u are in a right track !!
(ii) ko ikut apa cadangan oleh SV dan tulis cepat2...jika cadangan SV ko tu tersasar disana sini.... ko punya masa utk membetulkannya... got it ?

Last bro.... ko ada kenen jugak pasal coursework... cer ko tambah skit....bagi analogi ker he he...

Aku juga ada sentuh dalam entry yang lepas pasal coursework. Aku tulis jgn terlalu focus kepada coursework sampai tak buat apa2 pembacaan dan penulisan.... Aku nak analogikan dalam konteks penyediaan makanan....

Wo... macam siri Celebrity Chef ker?

Aah...coursework ibaratkan sebagai STARTER yang disediakan sedikit sahaja utk membuka selera sebelum makan. Tetapi memulakan pembacaan dan menulis adalah MAIN COURSE, yang ko kena siapkan dari awal2 lagi sebab inilah yang akan menguji kemahiran dan pengetahuan sebenar ko.

Malah jika perlu sebelum jadi chef....ko kena ikut bengkel masakan utk dapatkan pengetahuan yang khusus. Ko boleh ikut bengkel dgn Chef Azman... dgn masakan Pacal Lele menggunakan Mendeley atau Chef Dol dgn masakan merentasi ATLAS atau Chef Sam dgn masakan SEMpoi.

Ko pun tahu kan....takkan semasa final Celebrity Chef... peserta disuruh buat starter bro..mesti siapkan main course dan masa yang dibagi terhad.... contohnya 2 jam sahaja. Mmglah ada macam2 masalah dalam 2 jam...tapi kalau ko baru nak grill daging ketika tinggal 20 minit dan tiba2 overcooked.... jawab terlajak ler masa ko kalau nak ulang semula. Tapi kalau ada lagi 60 minit.... you are still in the track !!!

Ishkk.. terkesima aku dgn analogi ko....


Ni ler starter.. ciput jer


Hah..MAIN COURSE.... sampai burrpp !!
Last sekali aku sentuh pasal thesis originality. Sama spt MAIN COURSE.... takkan ada makanan yang tak pernah dibuat orang....sedangkan ko masih novice....tiba2 ko nak buat supaya hasilkan sesuatu yang original ....kalau bizarre food tu macam Cacing Masak Lemak .... oklah mmg tak pernah orang buat...termasuk waktu darurat....itupun masih tak original sebab ko guna santan yang dah lama digunakan dalam masakan tradisional....abeh camno? 

Masakan "original" iaitu Lalut = Larva + Pulut ?

Yang patut ko cuba adalah makanan yang diubahsuai... ditambah rencah yang baru... ingredient yang dipelbagai...atau kombinasi resepi Western dengan Middle East. Tapi perubahan dan modifikasi tersebut mestilah ada significant....dilakukan dengan teliti, dgn pengetahuan yang mantap... bukan main campur ikut sukati ko jer... 

Ambil contoh ni. Katakan ko nak sediakan SALAD sebagai makanan western. Tanpa berfikir ko tukar CAPSICUM yang ada dalam SALAD tu dengan CILI PADI .... sebab dua2 macam satu spesis jer.....dgn warna yang sama pulak tu.....

Then  bila judges panggil ko... dan mereka mula dengan salad ko dulu...

Bila judge pertama rasa ....terkunyah cili padi yang dia ingat capsicum....sure ko tersingkir dan di banned seumur hidup bro...!! Jadi ko mesti ada pengetahuan dan pembacaan serta penguasaan yang menyeluruh terlebih dahulu tentang apa yang ko nak buat. 

Maka originality bagi thesis juga mempunyai konsep yang sama iaitu menyumbang secara signifikan. Makna signifikan tu seperti contribution to the body of knowledge atau contribution to the discourse... yang memberi makna yang lebih comprehensive dari dapatan kajian ko berbanding kajian terdahulu. 

Ini termasuklah....antara lain adalah seperti...
a. menguji pelbagai theori dalam context yang lebih menyeluruh
b. applikasi model / theory dalam situasi baru / new setting
c. mendetailkan sesuatu fenomena dgn explanation yang lebih understandable
d. re-validation of existing instruments (macam kawan2 di UKM selalu buat..)

Jadi bro... ko perlu betul2 memahami bidang ko dahulu dan barulah selepas itu ko berhati2  memilih tajuk kajian. Jgn suka hati ko jer dah ada tajuk tapi satu nama jurnalpun ko tak tahu, satu artikelpun ko tak baca, sapa pengkaji tersohorpun ko tak tahu, apa teori dan isu berkaitan tajuk ko pun ko jahil dan buta kayu... malah ko tergagap2 bila ditanya apakan contribution kajian ko....so camner ko nak hasilkan "a good significant thesis completed within a given time frame"?

Sapa nak jawab?

OT





Sunday, April 14, 2013

Tajuk 468: Apakah “The Best PhD / Master Thesis” ?

Salam bro.... mata aku ni tak mengantuk ler pulak…. So aku nak kongsi satu yang aku dok fikir2 sejak dua tiga menjak ni….

Pedia….aku baca tulisan ko makin lama makin lain macam jer.

Hah lain macam? Apa yang lain macam tu?

Ko tulis dalam entry yang lepas jgn kisah cousework lah… jgn ikut komen SV lah….sedang itu penting bro….

Bila pulak aku tulis jgn kisah coursework atau SV. Aku tulis, menyiapkan diri dgn preliminary literature search adalah lebih significant dari hanya tertumpu utk mendapatkan A dalam coursework…sehingga terbuang masa ko beberapa semester atau menunggu komen SV sehingga kerja penulisan tersekat2 ….

Bagi aku pembacaan mendalam dan menyeluruh diawal semester penting bagi ko mendapatkan fokus kajian seawal mungkin... bukan hanya masuk kelas….salin nota... membuat homework dan assignment utk dapatkan A+. Semua ini tak ader sapa yang kisah pun....

Now apa pulak idea ko pasal “the best thesis tu”?

Hoho.... aku ni straight to the point jer.... blog ni tak boleh tulis canggih2....bagi tulis sempoi2 jer supaya budak tadika pun boleh faham….

Terlalu banyak penerangan dan penjelasan dalam buku atau artikel atau bebelan SV tentang cara utk hasilkan thesis terbaik (wpun ada thesis SV sendiri yang jauh dari capai standard yang dibebelkan) bermula dari research problem.... methodology dll. Jadi aku tak mahu panjangkan lagi penjelasan tersebut.

Cuma aku nak bagi satu pandangan simple.... Selalunya dicanangkan the best thesis mestilah yang hasilkan sesuatu yang nobel... ....yang outstanding.....yang break through.. yang original dll yang bombastik.

Namun bagi aku simple jer....

"The best thesis is a thesis submitted in time” ... malah patut ada award utk ini !!

Kan aku dah kata ... jawapan ko ni pelik dan menyempang dari apa yang semua kita orang tahu.... atau yang kita orang diberitahu ....yang ko pulak bagi tau 
"The best thesis is a thesis submitted in time” yang lansung tak disebut dimana2 ....baik oleh SV mahupun department aku bro... ko ni rendahkan standard thesis calon PhD / Master jer.... apa rasional ko tulis cam tu?

 

Saya tak mahu jadi pelek... 
saya akan habiskan master saya dalam 2 tahun... 

Begini bro....

Pertama:
Satu fakta yang aku nak bagi tahu ko.....antara kriteria the best thesis adalah tesis yang mengutarakan tajuk yang penting, thesis yang ditulis dengan baik, tesis yang banyak publication dan yang ada unsur originality.

Pada hemat aku, tiada thesis yang originalpun sebab dari format, research method, analisis data malah theori dan literature review semuanya telah ada... lihat sahaja citation2 dalam thesis. Maybe isu baru atau variable baru dalam kajian yang menjadikan thesis ada sedikit unsur originality, bukannya thesis tersebut keseluruhannya original.

Kedua:
Katalah setiap tahun ada 100 thesis dihasilkan disebuah IPTA. Dalam 100 tu berapa agaknya ada criteria the best thesis tu? Maybe satu.... maybe dua.... maybe tak ada !! Yang lain tu sekadar menepati criteria asas tapi taklah sampai mendapat title the best....

Ketiga:
Jgn lupa..... katalah 100 thesis tersebut dihasilkan oleh 100 pelajar PhD.... sedangkan IPTA tersebut mungkin mempunyai 1000 pelajar PhD dgn 500 darinya pulak dah luput tarikh cuti belajar mereka beberapa semester. Dan dalam 100 thesis tu pun maybe tiada satupun tesis yang berjaya disiapkan dalam tempoh 3 tahun !!

Maka.....

Aku berpendapat "the best thesis is a thesis submitted in time" .... sebabnya hampir2 tiada calon PhD yang berjaya siapkan thesis dalam tempuh 3 tahun spt yang ditetapkan oleh IPTA dan JPA walaupun dgn menghasilkan thesis yang hanya memenuhi criteria asas sahaja.

Cer ko jawab soalan sempoi aku ni pulak…

Mana lebih baik…. siapkan thesis dgn criteria asas dalam 3 tahun atau siapkan tesis dgn niat utk capai criteria yang bombastic tapi tak siap2 wpun dah masuk 5 tahun?

Mana ko nak bro? Sila jawab dalam hati ko sebab hati ko takkan menipu….


Kalau ko buat PhD kat Malaysia ko tak terasa.... sebab wpun dah masuk 4  tahun.... ko masih boleh "ek" lagi  orangpun tak perasan. Tapi kalau ko gi oversea (bagi warna merah skit) .... visa ko dah mati....JPA tak bagi ko biasiswa lagi... abis mana ko nak pergi....? 

Kalau ko balik Msia tentu malu ler jugak..... sebab masa nak pergi oversea siap buat kenduri tapi selepas 3 tahun thesis tak siap-siap. Tentu kawan2 ko kata ko.... aaikk sambung lagi kat Msia.... cam tu baik buat kat Msia jer ! 

Tentu akan ada mulut2 yang kata ntah2 ko gi vacation bukan buat dissertation! Itu tanggapan org yang ko tak boleh elak.... ko tahu kenapa .....sebab dlm timeline facebook ko penuh dengan gambar ko kesana kesini.... main snow lagi ....dan tak der satupun gambar ko sedang buat research.....abeh cam no.....sorry bro....


Hah cam abang ni bagus...
wpun kat obersi... study tetap study...
Dah siap settle semua baru ronda2 satu dunia !

Masa nilah ko akan tahu betapa "The best thesis is a thesis submitted in time" !! dan Dekan ko tak akan tanya.... originalkah thesis yang ko siapkan tu atau.... dapat award the best ker.... sebab thesis yang dah lulus mesti melalui criteria tertentu... yang mencapai standard utk diluluskan.... itupun dah cukup baik....betul tak? Bagi Dekan ko.... balik in time is the best.....sebab ko kena mengajar bro... kesian kawan ko yang selama ini dok take over kelas ko tu....

Namun lebih sadis lagi…..tak kisahlah ko buat PhD kat UK ker atau kat UKM atau kat US ker atau USM ..... dahlah buat kajian yang terlalulah biasa-biasanyer tapi masa yang diambil untuk menyiapkan tesis tersebut tersangatlah luar biasa lamanyer !!!

Jadi tak perlulah kecoh2 nak mencari originality sebab memang tak ada thesis yang betul2 original.... dan terlalu sedikit yang bernasib baik dapat hasilkan tesis yang outstanding dll... sebab itu aku yang kerdil ini tetap percaya "the best thesis is a thesis submitted in time" sebab inilah cabaran sebenar ko… cabaran yang realisitik…. bukannya cabaran hasilkan tesis yang kononnya original yang mungkin hanya momokan sahaja tetapi sebenarnya bukanlah utk direalisasikan !!

Abis kalau macam tu…. tak perlulah nak buat kajian2 yang dasyat2 bro?

Apasallah darjah kelembapan ko tinggi sangat….ada aku kata tak perlu ker?

Bagi aku…..buatlah apa sahaja kajian yang ko nak buat antara langit dan bumi…dan segala isi laut…..yang outstanding yang break through yang apa sahaja….TETAPI pastikan ko dapat PhD ko dulu dgn menghantar thesis tu in time!

Barulah ko terbaik bro…. bukan sahaja ko akan dapat title “Dr” selepas 3 tahun… then ko boleh terus segera sambung berkhidmat semula…. terus dapat menyumbang kepada mesyarakat secara lebih signifikan ….dapat meneruskan kajian..... bukannya panic kerana selepas 5 tahun masih terkial2 menyiapkan tesis bombastic ko yang dah masuk fasa static…..


Last sekali.... apapun.... setiap calon PhD / Master tetap TERBAIK.... yang siap cepat (syukur) atau yang sedikit lambat (stay focus...) kerana perjalanan PhD dan Master adalah perjalanan yang unique...so dont give up too easy....

OT - adanya.....

Saturday, April 13, 2013

Tajuk 467: PhD - Tujuh Perkara Yang Anda Perasan dan Tak Perasan

Saya masih di airport JB…. Menunggu flight yang delay. Tangan ini terus mencoret sesuatu….. maka terhasilah entry ini.

Anda berada di mercu dunia akademik – membuat research dan menulis tesis. Anda teruja… malah seluruh keluarga anda teruja.

Ada sesuatu yang anda perasan tapi mungkin ada juga yang anda tak perasan.


Setiap perbuatan anda ada reflection...
ketahui mana yang real...

Pertama:
Yang anda perasan
Anda memulakan pengajian semester pertama dengan bergaya. Anda ambil subject Research Methodology yang wajib bagi anda. Anda study hard…. Siang malam membaca tanpa membuat kerja lain… akhirnya anda score A+. Anda senyum sampai ke telinga !

Yang anda tak perasan
Anda ingat anda akan dapat laksanakan kajian dan menulis tesis dgn baik kerana anda dapat A+ dalam Research Methodology. Kursus ini hanya pengenalan kepada perbagai rekabentuk kajian secara sepintas lalu sedang anda perlu mendalami rekabentuk kajian anda secara mendalam.

Kedua:
Yang anda perasan:
Anda meletakkan harapan pada semester kedua pula utk mendapat A+ dalam statistic … dan ternyata anda berjaya.

Yang anda tak perasan:
Anda telah membazirkan satu lagi semester tanpa sebarang sumbangan lansung kepada kajian anda apatah lagi penulisan tesis. Malah anda belumpun menulis apa2....Anda ada asas statistik tetapi anda asing dalam aplikasi SPSS yang akan anda jalankan. 

Anda masih tak tahu apa itu faktor analysis.... SEM / AMOS malah PLS. Anda mungkin juga tak tahu apa yang anda boleh buat dengan pengetahuan statistik tersebut apabila ingin menganalisis soal selidik. Malah istilah apa itu loading factor, eugene value, RMSEA dll yang lansung  tidak disentuh dalam kelas statistik anda !! 

Ketiga:
Yang anda perasan:
Anda mendapat gred A+ dalam semua kerja kursus anda

Yang anda tak perasan:
Gred A+ ini tak ditanyapun oleh SV ataupun examiner. Gred A+ tu tak akan memberi sebarang "weight" kepada proposal anda pun !! Malah ramai pelajar yang dapat A+ tapi tersangkut dalam menyiapkan tesis.

Anda perlu memberi keutamaan dalam mendalami topic of interest kajian anda melebihi tumpuan anda kepada kerja kursus, apa tah lagi jika anda adalah calon PhD kerana anda sudah ada pengalaman membuat research diperingkat master dgn membuat preliminary literature search. 

Anda perlu memperuntukkan masa anda membaca ratusan artikel bagi mendapatkan focus kajian yang terbaik dan mendalaminya sejk awal semester pertama. Kemudian anda perlu hadiri bengkel2 khusus bagi mendalami kemahiran analisis data anda. Inilah yang anda perlukan dalam semester pertama sebelum anda boleh memulakan penulisan, kerana ini jauh lebih signifikn dari apa yang anda dapat dalam kursus methodology dan statistic…. 


Tapi ketahuilah apa yang lebih signifikan dari hanya mendapat A+

 Keempat:
Yang anda perasan:
Anda adakalanya mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan proposal sebab anda inginkan proposal yang perrrfect.... sehingga berlarutan ke beberapa semester. 

Yang anda tak perasan:
Anda tak perlukan proposal yang sempurna… sehingga mengambil masa beberapa semester. Anda hanya perlukan proposal yang “biasa-biasa” sahaja kerana itu hanyalah blue print utk disemak oleh SV anda. Siapkan seawal mungkin dan sebolehnya dalam tempuh satu semester dan hantar kepada SV anda utk dikomen dan diperbetulkan, barulah proposal yang “biasa-biasa” ini dipolish sedikit demi sedikit  sepanjang anda memulakan kajian.


Kelima:
Anda perasan:
Anda ada kalanya ingin ambil hati kesemua committee supervisory maka anda sanggup menunggu komen demi komen dari setiap mereka walaupun ada kalaaya komen tersebut saling bercanggah antara satu sama lain.

Yang anda tak perasan:
Anda tak perlulah ambil kira semua pandangan committee supervisory tambahan apabila berlaku percanggahan. Selalu juga SV hanya lemparkan pandangan utk anda fikirkan kesesuaiannya... malah ada pandangan yang SV sendiri tak sure....

Ambil sahaja mana2 pandangan yang anda fikir sesuai. Jika mereka lambat beri komen, anda teruskan menulis dan anda akan jimat banyak masa…dont be panic of doing mistakes at the very early stage of your candidacy... kerana sebaik dan sebanyak manapun komen committee tersebut yang anda pertimbangkan....pasti akan mendapat komen lain dari pihak ke3 spt reader, examiner dan panel viva !! 

Keenam:
Anda perasan:
Kajian dan tesis anda perlu gempak. Ini kata2 SV dan anda pasti menyetujuinya.

Anda tak perasan:
Kajian dan tesis anda hanyalah sebagai latihan praktikal kedoktoran dan adalah permulaan anda menjadi penyelidik berdikari.... belum lagi untuk jadi penyelidik tersohor. Jadi jangan buang masa membuat sesuatu yang gempak sedangkan masa yang anda ada sangat terhad. Anda sahaja yang tahu setiap saat yang berlalu.... bukan SV anda. 

Lagipun PhD  hanyalah satu permulaan…know your boundary...PhD bukan kemuncak  terakhir kajian anda sehingga anda berhempas pulas mencari kajian yang paling susah yang bakal anda lakukan!! 

Ketujuh:
Anda perasan:
Anda adalah kelompok terbaik sebab anda adalah bakal Dr.

Anda tak perasan:
Anda hanyalah “average candidate” yang perlu bertatih dan melakukan sesuatu dgn skil yang sederhana dahulu. Develop your skills in writing, searching skill, analysing skills, review skills etc for better as soon as possible. Jangan terlalu ghairah utk mencapai sesuatu yang gah…tanpa skill melakukannya takut anda jatuh dan terus rebah….


Aim high but be realistic !

OK… nak kena berangkat sekarang…. selamat tinggal JB…

Bengkel UTM Skudai....

Aku sedang bersantai di JJusco Skudai... selepas selesai bengkel di Kolej Tun Hussein Onn, UTM. Aku sedang menunggu masa utk ke airport kerana delay... Dah le pagi tadi delayed.... malam ni delay lagi.... dah macam jadi trademark ler pulak airasia ni... 

Apapun aku berterima kasih kepada Ismail Hakimi yang menganjurkan bengkel serta Zul yang mengambil aku dari airport. Kali ini bengkel aku cukup cool sebab aku dapat sampaikan message dengan baik... 


Cooool !!
Selepas ini menulis tesis tak dapat ditahan2 lagi....

Selain dari memberikan pandangan kepada masalah peserta bengkel, aku juga dapat berbincang dengan seorang PhD candidate dari Nottingham Uni, UK yang menghadiri bengkel. Tak sangka bengkel sempoi2 aku ni bertaraf international juga dan berciri Satu Malaysia.... dgn peserta berbilang kaum...

Juga rasa hormat kepada seorang pensyarah UTM yang membawa 4 pelajarnya utk berkongsi pengalaman dgn ku. Ada permintaan utk aku ke UTHM pulak.... jadi aku tunggu pelawaan tersebut sebab aku tak pernah ke sana. 


Hari ini aku tak bawa DSLR Nikon aku... jadi guna kamera compact jer... so pic berikut kureng skit kualitinya ... 


Dewan yang sungguh selesa....
  
Dimulai dengan idea
 "PhD adalah latihan praktikal kedoktoran"

Happy jer...bila berkenalan dgn KOT Cycle

Hilang stress abang2 ni dgn SROT

Relex ...kerana anda ada RFOT

Menulis tesis memang tension....
jadi buat ler cara yang efficient

Ustaz zaman IT...mencuba "Proofing dan Auto correct"

Fahami idea DMIRMIW
Apsallah aku tak tahu page break ni

Senyum seindah suria yang membawa cahaya...

Masa utk hands on aktiviti... bina TOC, LOT dan LOF

Tersenyum melele dengan Mendeley

Jgn ada mental block dalam menulis...

Barisan penganjur....

Bersama seorang pensyarah dan anak buahnya

Jika dibuat perbandingan dgn ANOVA ni... 

Dah penat berdiri .... kena bantu jugak... 

OT

Friday, April 12, 2013

Tajuk 466: Camner nak buat INDUCTIVE & DEDUCTIVE dlm ATLAS.TI

Salam bro.. dah lama aku tak menulis pasal Atlas.ti ni.

Kenapa plak?

Ramai yang nak tahu Mendeley .. so terpaksalah layan Mendeley. Tapi aku dapat satu pertanyaan pasal kajian qualitative yang mesti ada proses INDUCTIVE & DEDUCTIVE.... kat mana nak apply tu? Ko tahu ker?

Manalah aku tahu bro... aku ni orang quanti... ko ler jawab jawab.

Sebelum tu aku nak tanya ko... apa maksud Atlas.ti tu?

He he soalan bonus tu. ATLAS tu adalah satu projek yang menghasilkan software tersebut di German. Maka dinamakan ATLAS ler. Then entah camner... ditambah .ti yang bermaksud Text Interpretation.... jadi ler Atlas.ti adanya.....

Wooo cam tu plak... abis yang deductive dan inductive tu amende plak?

Akupun selalu confused dua perkataan tu bro. Aku cuba faham pelahan2 k.... aku nak bagi maksud umum dulu...

Bila ko ada data yang specific then ko buat generalisasi maka itu adalah Inductive (specific to general).

Bila ko ada theory yang general dan dapat dikaitkan dgn penghasilan data yang specifik itu adalah Deductive (general to specific).

Baik ko faham betul2.... wpun ko kata ko mahzab quanti....

OK....

Dua kunci utama dalam Atlas.ti adalah Text dan Code. 
Text adalah umum atau general sementara Code adalah specific. 

Sebab tu text menjela2 dan code hanya satu atau beberapa perkataan

Tak faham lah....

Satu CODE yang specific boleh mewakili byk TEXT yang berkaitan dengan code tersebut.. sebab TEXT-TEXT tu general.

Contoh:

Mulakan dengan CODE:
CODE = Marah 
TEXT = Aku benci ko, Ko memang tak boleh diharap ! Aku menyampah ! Tak guna punya budak! 

Ko mulakan dengan membaca TEXT:
TEXT = Kenapa jantungku berdebar2, Mandiku tak basah, Aku tak lalu makan...

Maka semua text tersebut boleh di CODE sebagai: 
CODE = Angau !!


OOOO.... terang lagi bro.....


Pic ni tak der kena mengena dengan CODE
Ini pic aku pakai COAT
(jika tak mesti pekena jeans and sport shoes....)


Pertama:
Bila ko sediakan CODE dahulu (specific) then cari TEXT (general) yang berkaitan dgn code tu - INDUCTIVE
Bila ko baca TEXT (general) then ko CODE kan text tersebut - DEDUCTIVE

Kedua:
Proses DEDUCTIVE dan INDUCTIVE boleh berlaku serentak dalam proses ko menganalisis transkrip ko.

Maksudnya:
Ko maybe dah ada CODE then ko cari TEXT (INDUCTIVE)  yang berkaitan. 
Then sambil ko baca TEXT ko terjumpa pula CODE yang baru (DEDUCTIVE).

Cam tu jer?

Abis ko nak apa lagi. Kalau ko baca buku qualitative memang ler huraianye menjela2 ntah apa2...akupun tak faham.... tapi dgn Atlas.ti.... sempoi !!

OT



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...