.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


Phew...menuju ke 1,000,000 page views !!

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

April:

- Tulis Tesis Cepat /Mendeley (MPWS, BANGI) - 17 April

- SPSS (MPWS, BANGI) - 6 April

- TESIS CEPAT / Mendeley (Pahang) – 26 April

Mei:

- TESIS CEPAT / Mendeley (MPWS, BANGI) - 8 Mei

- TESIS CEPAT / Mendeley (Melaka) - 15 Mei

- QNAIRE (MPWS, BANGI) - 17 Mei

- TULIS TESIS CEPAT / Mendeley (UUM) - 29 Mei (nhusna@uum.edu.my, 049288151)

Jun:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 5 Jun

- QNAIR (MPWS Bangi) - 7 Jun

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Tganu kite) - 12 Jun



Pendaftaran bengkel - http://www.postgraduateworkshop.com/


Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, April 20, 2013

Tajuk 472 - 10 tanda SV yang perlu anda ketahui...


Aku baru balik dari penamaan calon P125 Putrajaya. Aku tak mahu lepaskan peluang untuk merasai kehangatan PRU13 kali ni.... sebagaimana yang aku lakukan saban tahun.

Aku takkan panjangkan kisah PRU13. Blog2 PRU13 tumbuh bagai cendawan jadi anda bolehlah baca sendiri dari blog2 tersebut.

Aku ingin menulis ringkas... akan 10 perkara yang menjadi petanda pada SV yang perlu diberikan perhatian. Aku menulis kerana sebagai SV aku sendiri sentiasa memerhatikan petanda tersebut pada diri sendiri supaya aku dapat meningkatkan keberkesanan menyelia supervisee. Aku juga insan biasa, kadang kala alpa dan lupa.

Tulisan aku ini telah pun ada dalam entry2 yang lepas sedikit disana dan sedikit disini, namun aku ingin buat kesimpulan.... bagi mudah dibaca. 10 petanda ini jika berlaku dan berterusan akan dianggap sebagai sesuatu yang “biasa” sehingga supervisee  sendiri menganggap keadaan ini sebagai normal yang wajib mereka ditempuh.... betul kah begitu?

Aku mendapat respon dari ratusan malah ribuan peserta bengkel menerusi email, fbook dan pertanyaan lansung. Kebanyakkan respon menunjukkan calon PhD dan Master bermula dengan naif.... zero knowledge sehingga ada yang tak tahupun beza antara journal dan article....antara research dan dan problem statement... antara research question dgn hipotesis ..... dan kelas research menthodology kelihatannya spt terlalu umum dan tidak byk membantu !! 

Menunjukkan cara mencari article
dan references kepada peserta bengkel

Oleh itu adik kakok....bimbingan awal dan terkawal dari advisor / SV sangatlah crucial....

Berikut adalah antara 10 petanda yang kelihatan spt normal tetapi perlu anda ambil kesah kerana akan memberi kesan lansung dan tidak lansung kepada perjalanan anda utk bergraduate.

Petanda1 - Membiarkan supervisee “honeymoon” di awal semester tanpa perlu ada perjumpaan atau perbincangan mengenai research dan thesis..... hanya dinasihatkan ambil coursework itu dan ini. 

Mengikut aku, semester pertamalah yang paling sibuk... paling kerap perjumpaan... dan paling penting dalam penentuan topik, tajuk dan hala tuju kajian.... mengenalpasti sampling frame dan membincangkan the strengths adn weaknesses of the topic... manalah supervisee sedar semua ini jika tidak dimaklumkan oleh SV.... bukan relex bro !! 

Petanda 2 - Meminta supervisee mengemukan tajuk kajian sedang SV tidak memastikan supervisee menguasai terlebih dahulu topik kajian dengan mendalam dan menyeluruh

Petanda3 -  Meminta supervisee membaca artikel, tetapi tidak pula meminta mereka write as they go…. kerana supervisee tidak akan mampu simpan semua maklumat yang dibaca dalam kepala… lepas 2, 3 hari gerenti lupa !!

Petanda4 - Meminta supervisee menyediakan proposal mengikut chapter 1 dahulu, sedangkan proposal perlu disediakan serentak  3 chapter... malah SV hanya akan menyemak chapter 1 sahaja tanpa mengambilkira chapter 2, 3 dan chapter2 yang lain walaupun dihantar serentak!

Petanda5 - Meminta supervisee membuat kajian quantitative / qualitative sedang SV sendiri tidak update dengan pengetahuan dan software terkini yang berkaitan kedua2 approaches...

Petanda6 - Minta menjadi main author pada artikel yang ditulis oleh supervisee. Membuat editing sana sini  tidak melayakkan SV menjadi the main author... malah tugas tersebut adalah tugas hakiki SV. Abis kalau bukan SV yang supervise students siapa lagi... takkan Penolong Pendaftar ? SV sendiri akan dapat merit dalam KPI apabila supervisee dapat di”graduate”kan....

Petanda7 -  Memberi komen tetapi tidak secara constructive ...… maybe dengan hanya memberi tanda “?” di sana sini tanpa sebarang penjelasan... pandai2lah supervisee nak betulkan....atau sekadar komen "keep reading"... tanpa diketahui apa masalah sebenarnya...

Petanda8 - Terlalu sukar utk ditemui.... atau dapat ditemui utk beberapa minit sahaja... atau kedua2nya sekali...

Petanda9 - Lambat mengembalikan draft yang dihantar oleh supervisee... ada yang lupa kat mana dia simpan draft tersebut...

Petanda10 – Terlalu strict.... semua mesti ikut apa sahaja  yang SV propose.... seolah2 SV sahaja yang tahu, tiada yang dia tidak tahu melainkan tahu-tahu belaka.... 

Jd ketahuilah simpton di atas adalah sebahagian sahaja dan anda boleh tambah lagi. Cuma jgnlah sampai menanggap simpton tersebut sebagai "biasalah tu"... itulah realiti dunia research sedangkan tugas supervision tu adalah tugas hakiki yang sama pentingnya dengan tugas mengajar..... kedua2nya mesti efisyen ! 

Kalau kat rumah suami culas ke dapur, lebih suka mengadap TV... jgn pula penyelesaian adalah dengan menganggap "biasalah tu orang lelaki".... sedang kedapur tu bukan tugas hakiki isteri... tapi tugas bersama sementelahan isteri juga bekerja...

Namun aku juga terfikir.... apakah yang boleh dilakukan jika secara  consistent supervisee menerima dari mana2 amalan SV yang tidak efisyen di atas? Kepada siapa ingin disuarakan? 

Kenapa aku mengutarakan hal ini? Apa masalahnya?

Aku percaya dan yakin bahawa nawaitu semua SV adalah baik... ingin melahirkan generasi penyelidik yang kompeten.... dan sebahagian besarnya adalah SV yang dedikasi, malah berjaya melahirkan puluhan "Dr".  

Cuma dalam kontek supervision, sukar utk menetapkan satu standard sebagaimana standard dalam pengajaran... yang sekurang2nya ada silibus dan nota utk dikongsi sesama pensyarah. 

SV tidak dilatih dan tidak adapun latihan praktikal menjadi SV.... lalu SV menjadikan pengalaman sendiri sebagai satu2nya rujukan, termasuk aku sendiri. Situasi ini tidak menjadi satu masalah besar 15 tahun lepas ketika hanya pelajar dengan at least 2 class upper dibenarkan membuat master. Sekarang, byk kelonggaran sehingga hampir sesiapa sahaja boleh membuat master !!

Bagaimana dgn PhD? Dgn wujudnya IPTA / IPTS yang semakin banyak, termasuk peningkatan taraf ITM ke UiTM menjadikan ribuan kakitangan akademik, termasuk dibawah MARA dan KPM yang dulunya hanya OK sahaja dgn 1st degree atau  Master kini berlumba2 utk mendapatkan PhD.

Fenomena ini menjadikan tugas supervision bukan lagi sesuatu yang boleh dijalankan "begitu2 aja" berdasarkan pengalaman, sedang pengalaman ada kalanya tidak boleh dijustifykan dgn bilangan tahun jika amalan yang sama dilakukan bertahun2 tanpa sebarang perubahan. 

Pengalaman SV pula berbagai2... bergantung bagaimana mereka di supervise ketika menjadi calon PhD....bagaimana acuan begitulah kuihnya. Malah ada kalanya pengalaman tersebut tidak lagi relevan dgn perubahan masa...

Contohnya..... SV dengan pengalaman 15 tahun mengendalikan analisis kualitatif secara manual tidak akan memberi banyak makna jika pelajar ingin menjalankan analisis menggunakan perisian komputer. 15 tahun dulu, sukar utk menghubungi SV... sekarang dah ada sms, email, twitter dan fbook.... malah 15 tahun dulu.... journal hanya dalam bentuk hardcopy berbanding sekarang dgn e-journal yang boleh diakses dalam sekelip mata !!

Aku ingin akhiri tulisan ini dgn persoalan:

Adakah SV anda mempunyai satu atau beberapa petanda  di atas?

Jika anda adalah SV... adakah anda mengamalkan mana2 petanda tersebut?

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...