.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 18, 2013

Tajuk 470 - Email dari oversea yang WAJIB anda baca !

Aku rasa syukur bila mendapat email berikut sebentar tadi. Email pertama sebenarnya aku terima tahun lepas dan email kedua baru saja aku terima. Tak sangka tulisan aku bagi Tajuk 468 dan 469 mendapat respon yang baik. Ada lagi email2 lain yang aku terima tapi dua email berikut adalah yang paling "significant" utk dikongsi.

Aku rasa syukur atas dua sebab:
(i) Allah memberikan ilham utk aku menulis dan atas asbab tersebut dapat dimanfaatkan oleh pembaca blog drotspss.
(ii) Allah permudahkan penulis email wpun menghadapi dugaan.

Kepada penulis email, tahniah kerana telah sampai ke penghujung satu permulaan baru yang memerlukan lebih komitmen masa akan datang... syabazzz dan selamat balik ke Tanah Air

Maka sama-sama kita kongsi pengalaman ini khususnya bahagian akhir email kedua yang ditujukan khas kepada mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke oversea.  

Email 1 (5 October 2012):

Assalamualaikum Dr OT,
Untuk pengetahuan Dr, saya 'terjumpa' blog Dr sekitar September tahun lepas. Masa itu, saya tak tahu macamana nak mulakan penulisan thesis dengan betul walaupun data analysis sudah ada.

Tak tahu macamana nak mulakan Chapter Introduction, Chapter Literature review, etc. Alhamdulillah, selepas 'mendalami' ilmu yg Dr tulis dlm blog tu, saya sekarang sudah submit 6 dari 9 Chapters (in total) kepada Chief SV untuk di-semak dan semuanya sudah kembali kepada saya utk further editing dan tambahan maklumat.

Walaupun tidak semua statistical analysis yg Dr tulis boleh di-apply kepada bidang saya, namun saya mengambil maklumat yg relevan saja. Sepatah kata dari Chief SV saya bila dia reviewed sebahagian Chapters yang dihantar: "For a non-english speaker, your writing is considered very good".

Saya rasa saya tidak layak utk terima pujian itu, tapi Blog Dr lah yg sepatutnya. Saya amat2 bersyukur kerana dipertemukan dengan blog Dr OT. Sesungguhnya blog itu amat2 membantu saya dari segi teknik penulisan, apa maklumat yg perlu ada dlm thesis mahupun motivasi utk menyiapkan thesis dengan cepat, walaupun format thesis Social Sciences dgn Pure Sciences agak berlainan.

Email 2 (17 April 2013)

Assalamualaikum Dr OT,

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas blog Dr OT tu. Seperti yg saya pernah tulis dulu, wpun saya buat PhD dlm pure science, tapi, guidance untuk penulisan thesis dlm blog Dr OT boleh juga diapplied, especially perihal asas thesis, kat bahagian mana nak letak argument kita, originality, relatioship with SV, focus on research, NO procrastination dsb.

Untuk makluman Dr, saya sudah berjaya submit thesis PhD saya awal bulan ini. 9 chapters kesemuanya. Alhamdulillah...Saya pernah email Dr pasal SV yg sakit tenat dan saya hampir2 kena tukar supervisory panel, tapi berkat doa dan solat hajat, Allah sembuhkan SV saya itu dlm masa sekejap.

Sekarang saya sedang menghitung hari utk balik ke M'sia yg dijadualkan akhir bulan ini.
Untuk makluman Dr, saya mula berkenalan dgn blog Dr pada Sept 2011 with ZERO knowledge about writing thesis. Then, saya applied apa yg relevan utk research saya, NO procrastination and dont get it right, get it written.

Saya cuma ambil tempoh satu setengah tahun saja utk siapkan 9 chapters dan berjaya hantar sejak mengenali Blog Dr.

Tempoh ini termasuk tempoh reviewed by SV, buat pembetulan, review lagi, dsb. Frankly speaking mat2 saleh kat sini especially head of dpt and Dean surprised saya blh siapkan sebegitu byk chapters.

Jadi, maknanya, rakan2 yg lain yg baru je mendaftar boleh siapkan PhD in 3 yrs! Saya siapkan dlm 4 tahun (malunyaaa...), itupun kerana baca blog DR. Kalau tidak, rasanya sampai sekarang saya masih terkial2......dan tak siap.

Chief SV saya suka dengan cara thesis saya ditulis, dan dia hanya guide mana yg perlu saja. Jadi, untuk 2nd draft, sudah tidak banyak mistakes yg dibuat. Ini kerana saya rasa format thesis dan idea2 telah tersusun rapi. Hehehe.. semuanya saya belajar dari blog Dr OT.

Saya terpanggil nak komen pasal tajuk 468, kenapa perlunya siapa2 yg berhajat nak buat PhD kat oversea kena ber-marathon. Pengalaman saya, 3 tahun dengan guaranteed visa, adalah satu j/masa yg indah. Masa itu, semua NO PROBLEM!

Maknanya, gaji jalan, scholarship dpt, elaun masuk on time. Jadi, ramai yg leka! Saya tak nafikan itu. Masa itulah mereka berpoya2, pergi makan angin sana sini, pergi main golf dan hidup mcm bukan buat PhD. Saya melihat banyak yg begitu.

Tapi, bila dah kena masuk fasa extention, mulalah gelabah. Experiments banyak tak siap lagi, thesis tak nampak bayang lagi. Masuk 2nd extention, segalanya cut off! Masa itulah, tahu langit tinggi rendah. Ramai yg kecundang. Dr pun tahu kan, hidup kat oversea ni, kalau tak cukup duit, sengsara hidup. Tukaran duit RM amat2 kecil nilainya. 

Selepas 4 tahun, selalunya IPTA sudah tak bagi sambung lagi, kecuali special case (itupun tanggungan sendiri). Maka ramailah yg 'terpaksa' balik dan datang semula untuk sambung experiments. Bukankan itu membuang masa, wang dan tenaga?

Maka, apa yg Dr tulis tu mmg betul dan tepat...tambah2 bila visa nak mati. Masa nak sambung visa tu punyalah azab. Setiap application is MONEY. Tu tak kira medical check up utk SATU KELUARGA. Saya dah merasainya, sebab itu saya berani cakap. 

Jadi, Dr peringatkanlah bakal2 PhD candidates dlm bengkel Dr tentang perkara ini. Mereka yang tidak siap itu, bukan sebab research atau SV, tapi DIRI SENDIRI. Diri sendiri yang tentukan hala tuju PhD mereka. Kalau pukul 10.30 pagi baru masuk lab, lepas itu pukul 3.30 ptg dah balik, 5 tahun pun experiments takkan siap. Saya cukup tak faham dgn mereka. 

Jadi, saya panjatkan kesyukuran yg tak terhingga kerana takdir ini, dan saya harap Dr teruskan perjuangan memberi kesedaran pada mereka.

Sekian,
Terima kasih




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...