Kalau anda di UKM dan tulis dalam BM.. status ini utk anda sebab saya sayang UKM ...
1.
Kurikulum matematik SEBAGAIMANA YANG KITA SEMUA TAHU adalah sama seperti kurikulum sains yang bersifat abstrak KERANA IANYA lebih mengutamakan penyelesaian masalah hipotetikal berbanding masalah sebenar sehingga keadaan ini akan HANYA menguntungkan pelajar pandai berbanding pelajar yang lemah.
Kurikulum matematik bersifat abstrak kerana mengutamakan penyelesaian masalah hipotetikal berbanding masalah sebenar yang memberi kelebihan kepada pelajar pandai berbanding pelajar yang lemah.
2.
Tujuan statistik deskriptif dijalankan ADALAH SUPAYA menunjukkan ciri-ciri ….
Statistik diskriptif bertujuan menunjukkan ciri-ciri …
3.
Statistik inferensi penting DI MANA dapatannya boleh digeneralisasi...
Dapatan statistik inferensi boleh digeneralisasikan...
4.
Objektif kajian ini ADALAH UNTUK menentukan tahap..
Kajian ini dijalankan bagi menentukan tahap....
5.
Statistik deskriptif meliputi prosidur UNTUK memerihalkan kriteria penting BAGI sesuatu sampel supaya IANYA difahami seperti jadual, carta DAN LAIN-LAIN.
Statistik deskriptif meliputi prosidur memerihalkan kriteria penting sampel dalam bentuk persembahan visual seperti jadual, carta atau graf.
6.
SECARA MUDAH, triangulasi BOLEH DIFAHAMI sebagai pelbagai kaedah mendapatkan data kualitatif untuk dianalisis bagi meningkatkan kesahan interpretasi terhadap sesuatu fenomena yang dikaji.
Triangulasi adalah kepelbagaian kaedah mendapatkan data kualitatif bagi meningkatkan kesahan interpretasi sesuatu fenomena yang dianalisis.
Phewwww...
OT

No comments:
Post a Comment