.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 6, 2019

Tajuk 1677 : Siri Penerbitan SCOPUS-ISI #6



Kenali dulu Myjurnal – MCC dan MyCite


1. Sebelum kenal jurnal antarabangsa, Malaysia sendiri menghasilkan jurnal dari pelbagai bidang yang diindeks melalui Malaysia Citation Centre (MCC), yang berpusat dan diuruskan oleh JPT KPM, yang boleh diakses (www.myjurnal.com) atau taip ‘myjurnal’ pada injin carian Google.


2. MyJurnal adalah satu pengkalan data jurnal atas talian yang mengumpulkan semua jurnal yang telah diindeks oleh MCC menggunakan sistem MyCite dari pebagai bidang yang dikategorikan di bawah Science, Arts & Humanities, Engineering & Technology, Medical & Health Sciences dan Social Sciences.


3. Terdapat pelbagai lagi sub-kategori di bawah setiap kategori bagi memudahkan pengguna mendapatkan jurnal yang sesuai dengan bidang masing-masing.


4. Myjurnal disediakan untuk mengumpul jurnal-jurnal terbitan Malaysia bagi memudahkan jurnal-jurnal tersebut diakses oleh komuniti sarjana serata dunia dan sekaligus menjana citation artikel-artikel jurnal yang telah diterbitkan. Artikel-artikel tempatan dengan kajian yang sebahagian besarnya dijalankan di Malaysia diperlukan bagi membolehkan penyelidik mendapatkan rujukan bagi kajian dalam konteks tempatan.


5. Myjurnal mempunyai artikel penuh dan berwasit yang sebahagian besarnya boleh dimuat turun secara percuma.


6. Jurnal yang mempunyai kriteria berikut termasuk dalam indeks MyCite dan layak dikemukan untuk indeks antarabangsa pula iaitu Scopus dan ISI.

- Jurnal diterbit mengikut kekerapan yang tercatat dalam jurnal.

- Diterbitkan dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu

- Mengandungi format jurnal yang lazim seperti abstrak, kandungan serta senarai rujukan

- Mempunyai nombor pendaftaran bersiri ISSN / ESSN

- Dikawal kualiti oleh editor serta panel berwasit (peer-review)

- Diterbitkan di Malaysia

- Keutamaan diberikan kepada jurnal terbitan secara elektronik


OT


Note - Tiada 'dimana', 'ia', atau 'ini kerana' dalam tulisan di atas yang menjadi kelaziman dalam penulisan tesis walau salah dan kabur.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...