-------------------------------------------------------------------------
Aku membaca laporan kajian tindakan oleh pengamal pendidikan di Msia. Aku dapati laporan yang dibuat semuanya hampir 'sebijik' dgn menggunakan analisis paired sample t-test utk ujian pra-pos menggunakan 'one-sample' (tanpa kumpulan perbandingan).
1. One-sample hanya digunakan untuk bandingkan skor kumpulan dgn skor "populasi" yang diketahui atau dihipotesiskan.
Misalnya aku nak tahu samada mean score ujian Sains yang aku berikan kepada 30 murid kelas Mawar di SMK Undang Rembau mempunyai mean score (x=56) berbeza dgn mean score populasi murid sekolah daerah Rembau (X=60). Ketika ini barulah boleh gunakan one-sample..
2. Menggunakan one-sample dgn analisis paired sample t-test untuk bandingkan ujian pra-pos adalah suatu yang tidak menepati tujuan paired sample t-test tersebut.
3. Ujian pra-pos melibatkan intervensi diantara kedua ujian tersebut, yang kemudiannya intervensi tersebut dianggap sebagai 'inovasi PnPc' utk mengurangkan kelemahan dalam pengajaran. Ini juga andaian yg tidak tepat.
4. Semua situasi jika diberi intervensi akan meningkatkan skor min ujian pos, bukan kerana intervensi tersebut tetapi kerana pendedahan kepada pengetahuan yang akan diuji dalam ujian pos yang tidak diketahui oleh subjek ketika ujian pra. Ujian pra bermaksud ujian yang diberikan sebelum apa2 intervensi diberikan.
5. Bila ujian pra-pos menggunakan soalan yang sama / setara maka kenaikan markah ujian pos boleh sahaja dijangkakan dengan comman sense tanpa perlu fikir panjang sebab ujian pos tersebut dijalankan selepas sekumpulan murid diberikan intervensi / latihan / pengukuhan / exposure.
6. Ini tidak memberi apa2 makna, dengan kata lain, apa sahaja bentuk intervensi pun akan meningkatkan skor ujian pos.
7. Menggunakan parametric paired sample t-test dalam kes ini tidak memberi apa2 makna kerana skor yang boleh dijangkakan meningkat dengan drastik (spt semua laporan yang saya baca). Ia juga 'statistically unrealistic'.
8. Menggunakan parametric paired sample t-test tanpa menguji syarat spt data mesti menghampiran taburan normal dgn situasi dikawal adalah 'statistically wrong'.
9. Dalam situasi ini, analisis descriptive kelihatan lebih berwibawa utk dijalankan.
10. Pendekatan lain seperti pemerhatian, temubual klinikal malah analisis dokumen (transkrip jawapan murid) lebih wajar utk situasi ini.
Wallahualam.
OT

No comments:
Post a Comment