.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 6, 2019

Tajuk 1653 : Murid malas jika tak ada exam ? (Bah 2)



1. Sistem 1 guru kelas mengajar 3 atau 4 subjek utama dgn 1 atau 2 pembantu guru di Tahap 1 jika ditiadakan exam adalah suatu keperluan. Sistem ini asing di sini dan semua masih tak tahu bagaimana ia berfungsi. Sistem ini sesuai bagi memastikan hubungan guru rapat dgn murid sehingga guru dan pembantu mengenali kelemahan murid dalam semua subjek utama utk ditaksir dan diberikan bantuan / pemulihan.


2. Jadual waktu yang flexible memudahkan guru berbincang dgn pembantu guru (yang juga boleh mengajar) menjalankan aktiviti pengajaraan secara bersepadu. Guru misalnya boleh mengajar BM dgn membuat aktiviti dgn perkiraan (Maths) atau menggunakan contoh hidupan (Sains) bersama murid dalam satu PnPc. Maka sistem jadual waktu mengikut period tidak lagi praktikal.


3. Guru dan pembantu menjalankan pentaksiran dari pelbagai aspek, termasuk sahsiah, toleransi, pencapaian akademik, sikap, pencapaian kemahiran dll bukannya dlm bentuk gred.


4. Kelas berorientasikan aktiviti dan hands-on sepenuhnya dgn segala BBM disediakan bersama dengan murid tanpa memerlukan buku teks mengikut silibus yang flexible dan terbuka sebagai panduan. Ini melahirkan learning by doing dan rasa kepunyaan dan engagement murid dan guru yang tinggi ketika PnPc.


5. Murid yang ada masalah mengikuti PnPc, dirujuk kepada guru PK yang terlatih utk mendapat latihan tambahan.


6. Penilaian dalam bentuk ujian dan kuiz tetap dijalankan, bukan peperiksaan setara.


7. Guru dan pembantu serta rakan disekolah yang sama atau yang berbeza mempunyai PLC bagi meningkatkan professionalism.


8. Apa sahaja keperluan guru dari segi bahan, latihan diuruskan oleh PPD dan JPN... termasuk menyediakan TV screen besar dalam bilik darjah dan keperluan lain. Guru yang bagi instruction kepada PPD dan JPN bila ada keperluan, bukan sebaliknya.


9. Jika hanya exam ditiadakan tetapi sistem lama masih berjalan, kita berkemungkinan akan menghadapi satu lagi krisis dan krisis ini lebih buruk dari exam orientation.


10. Pada Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) mungkin bolehlah sistem period setiap mata pelajaran mula dijalankan, selepas dikenalpasti kebolehan / kelemahan murid di Tahap 1. Tahap 1 adalah tahap paling crucial - tahap inilah menjadikan siapa mereka selepas itu.


Jika kita mahukan sistem pendidikan yang lebih baik dan menepati maksud pendidikan yang dislogankan... lakukan perubahan dgn PEMAHAMAN dan pelajari pengalaman orang lain.... saya bersedia utk membantu !


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...