.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 6, 2019

Tajuk 1649 : Kenapa sains sangat DULL bagi anak-anak ?



1. Sains sekolah rendah dimulakan dgn memperkenalkan buzzword Kemahiran Proses Sains (KPS) kepada anak-anak. Tiada KPS diperkenalkan dinegara maju, boleh cuba semak silibus mereka - UK, OZ, Jepun mahupun Finland. Mereka memperkenalkan sains secara hands-on dan exploration bukan melalui perkataan hipotesis, meramal, berkomunikasi, hubungan ruang dan masa. Mak ayah pun tak faham apa maksud .. 'menghubungkan ruang dan masa'. Ini semua penekanan yang belum tiba masanya dan hanya 'andaian' oleh orang dewasa yang gagal menjiwai cara anak-anak memahami dunia.


2. Di negara maju yang sainsnya maju.. mereka perkenalkan sains kepada anak-anak dgn cara anak-anak tersebut melakukannya, dengan penekanan kepada 'THE BIG IDEA' dan 'MAKING SENSE OF THE RESULT'... lalu sains difahami lalu diminati oleh sebahagian besar anak-anak dgn melakukannya, bukan dari pembacaan atau penghafalan langkah-langkah atau diajar supaya boleh menjawab soalan seperti 'Jika xxx dilakukan maka yyy akan terjadi..'. Ini bukan sains.. ini parroting.


3. Kita uar-uarkan STEM. Nak runtuh langit dgn STEM sana-sini. Ini satu langkah perlu menyusuri zaman. Tapi jgn biarkan anak-anak belajar cara lama, sdg buku teks dgn buzzwords sahaja yang bertambah... membuatkan anak-anak semakin tidak boleh bergerak, melekat macam stem hasil yang tunggu masa untuk dimatikan dgn bayaran yang bukan murah.


4. Sains adalah sekitaran. Sains adalah kehidupan. Sains sangat dekat dengan anak-anak. Namum, selagi sains bukan amali, bukan aktiviti, bukan hands-on, bukan explorasi, bukan praktikal diikuti dgn murid berupaya mengeluarkan 'THE BIG IDEA' dan mampu 'MAKE SENSE OF THE RESULT' .. selagi itulah sains tidak akan dikuasai dan diminati oleh anak-anak disekolah dan selagi itulah penat guru mengajar sains atas awang-awangan.. dan selagi itulah sains menjadi subjek paling sensasi yang hilang daya tarikannya kepada anak-anak.


Jangan salahkan anak-anak...


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...