.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1560 : Nak jadi GRA - Ketahui dilema ini dahulu...

GRA adalah Graduate Research Assistant (pembantu penyelidik pascasiswazah). Bukan sedikit yang bertanya kepada aku dilema yang mereka hadapi apabila menjadi GRA.


Ini idealnya:
1. Geran yang dipohon sekumpulan research team sering disertakan dgn produk hasil dari kajian yang dipohon termasuk 'melahirkan' seorang calon PhD (atau master).


2. Maka tawaran menjadi GRA dibuka lalu dipohon kepada yang berminat utk menjadi GRA cum calon PhD


3. Tugas UTAMA GRA ini (dgn upah) adalah untuk MEMBANTU (sebab itu namanya pembantu penyelidik) research team tersebut menjalankan kajian. Dalam masa yang sama, sebahagian data kajian digunakan oleh GRA tersebut untuk dianalisis dan MENULIS TESIS bagi mendapatkan PhD.


Apa yang sering sampai kepada aku:

4. GRA diminta menyediakan segala2nya, termasuk menjalankan semua peringkat kerja2 penyelidikan.


5. GRA diminta melaporkan perkembangan utk dikomen oleh ketua geran atau research team. GRA juga diminta menyediakan artikel dgn nama pemilik geran menjadi main authors


6. Pandai2lah GRA dalam masa yang sama menyiapkan research bawah geran tersebut sambil menyiapkan thesis sendiri.


Apa yang tak kena?


7. GRA sepatutnya hanya membantu, tetapi sebaliknya dipertanggungjawabkan spt kajian tersebut milik GRA dan bertanggung jawab sepenuhnya ke atas kajian tersebut.


8. Hanya kerana GRA dibayar upah, maka segala2nya dikerah untuk disiapkan oleh GRA.


9. Walaupun geran dikeluarkan kepada satu research team yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kajian dan perlaksanaannya, dibantu oleh GRA, tetapi sebaliknya pulak berlaku. GRA pulak yg ambil tjawab menyiapkn kajian dibawah geran tersebut.


So.... sebelum terima jadi GRA....

10. Pastikan tajuk / skop kajian sesuai dan mempunyai sekurang2 dua bahagian atau tahap yang membolehkan satu aspek digunakan utk menyiapkan PhD dan satu aspek untuk geran.


Contoh:

Kajian berkaitan data mining. Research team menyediakan proposal yang melibatkan proses data mining diikuti dgn penghasilan predictive model. Maka, proses menjalankan data mining dilakukan untuk mendapatkan PhD dan interpretation dari data mining tersebut dikembangkan utk kajian geran tersebut.


OT




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...