.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1561 : Betul ke content silibus matematik makin tinggi?

1.Saya mulakan dgn...

a. Perubahan dan transformasi adalah satu lumrah kemajuan, apatah lagi dalam dunia pendidikan

b. Perubahan perlu meningkatkan kefungsian sesuatu sistem - sistem pendidikan

c. Perubahan perlu dimulakan dengan melihat komponen utama yang memberi fungsi kepada sistem tersebut spt - silibus, guru, kemudahan, buku teks etc secara menyeluruh.

d. Perubahan melibatkan proses menambah, mengurang, membuang atau menggantikan komponen yang tidak lagi menyumbang kepada fungsi sistem secara berkesan.


2. Sejak seminggu dua ini, diviralkan perubahan silibus subjek matematik yang terlalu 'demanding'. Banyak topik yang abstrak dan 'alien' dalam kamus pemikiran murid mula diajar seawal Tahap 1.


3. Teori kognitif Piaget walaupun berasaskan kepada postulat dari pemerhatian, tetapi mampu memberikan penjelasan logik tahap pemikiran anak-anak yang bermula dari skema yang mudah, diikuti dengan akomodasi lalu cuba mencapai keseimbangan (equilibrium). Skema lebih mudah terbentuk dengan penceritaan dan perbualan antara guru dan murid bermula dalam konteks pengalaman murid sendiri sebagai unsur sangkutan (chunking) kepada perkara baru yang ingin diajar. Kita tidak hairan melihat hampir semua subjek di negara maju pada tahan primary dimulakan dengan penceritaan oleh guru, bukannya dimulakan dengan membuka buka teks.


4. Tahap 1 adalah permulaan 'preoperational' yang baru untuk mengenali simbol-simbol dalam skema yang mewakili suatu makna setelah berjaya diakomodasi seperti huruf dan nombor. Ketika ini, naluri bermain dan santai akan membantu mempercepatkan proses ini. Kemudian diikuti dengan 'concrete operational' yang diperkukuhkan dengan aktiviti 'hands-on' untuk mencapai keseimbangan.


5. Adakah mereka yang dianggap 'content expert' menyedari konsep asas dan dimensi dalam perkembangan kognitif ?


Konsep asas satu dimensi untuk preoperational:

'Ali memberi 20 biji bola kepada Abu'


Konsep dua dimensi untuk concrete operational:

'Ali ada 20 bola dan Abu ada 1/4 kurang dari bola Ali'


6. Konsep di atas dianggap konkrit sekiranya telah berada dalam skema pemahaman murid dan telah mencapai tahap akomodasi yang membolehkan murid menguasai logik utk minda mereka membina keseimbangan. Jika berlaku ketidakseimbangan, murid belum lagi faham, muncullah keliru, anxiety, stress dan ini akan mengganggu pembelajaran seterusnya..


7. Memperkenalkan konsep baru yang abstrak dan 'alien' tanpa keperluan yang membawa pelbagai dimensi seperti insuran, pertukaran mata wang akan menambah beban kognitif murid.


8. Aku nak perkenalkan istilah ini - Enantiomer yang bermaksud ' A pair of stereoisomers that are non-superimposable mirror images of each other'. Tentunya konsep enantiomer yang di ajar di tahap matrikulasi ini tidak wajar diperkenalkan di Tingkatan 4. Memperkenalkannya hanya akan menambah beban kognitif sekirannya murid belum menguasai asas kimia organik.


9. Konsep ini enantiomer ini kacang bagi aku kerana aku telahpun mengajarkannnya berpuluh tahun ! Kalau anak-anak gagal memahaminya, kerana telalu banyak content, maka jalan singkat 'rote memorization' adalah pilihan, lalu bertambah terbebanlah kognitif mereka, bukan terbeban dgn 1 subjek tetapi 9 subjek dengan beratus topik dan beribu konsep !


10. Status aku ini akan menjadi saksi... bahawa aku telah memberi pandangan dan aku tidak rela anak-anak yang naif memikul perubahan yang tidak efisyen yang dibebankan kepada mereka.


Wallahualam


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...