.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1559 : Ini tanggungjawab sebagai seorang GRA...

Siti dari bidang X... berminat utk sambung blaja lalu mendengar kabar seseorang sedang tercari2 GRA dalam bidang Y.


Dihari pertama selepas selesai mendaftar, dia diberikan grant proposal utk difahami dan memikirkan bagaimana untuk menjalankan kajian seperti cadangan ringkas dalam proposal tersebut. Maka bermulalah episod membaca tanpa henti kerana bidang Y masih baru bagi Siti.


Selepas 3 bulan cuba memahami kajian berkaitan Y, Siti makin keliru dan tak tahu apa yang dicarinya, sedang boss nya sendiri menyerahkan sepenuhnya kepada Siti kerana beliau juga kurang arif tentang kajian dibidang Y... dgn harapan diletakkan kpd Siti.


Siti semakin keliru sedang kerja-kerja PhDnya masih belum bermula apa-apa lagi, kerana diminta fokus kepada proposal grant tersebut.


Akhirnya Siti mula menyedari bahawa tugas GRA tersebut lebih kepada menyiapkan kajian grant tanpa perancangan untuk kajian PhDnya sendiri. Siti mula mempersoalkan tindakannya menerima tugas GRA yang dilihatnya seperti memikul sepenuhnya tanggungjawab menjalankan kajian.


Kini Siti sedang memikirkan untuk menarik diri dari menjadi GRA dan berkemungkinan menarik diri sebagai calon PhD kerana tidak mendapat bimbingan sewajarnya....


Komentar aku:

Ketahuiah bahawa tugas RA adalah sebagai PEMBANTU dalam menjalankan projek seperti pencarian maklumat penyelidikan, pengumpulan data, mengurus perolehan bekalan / peralatan, membantu dalam aktiviti penyelidikan yang dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan'.. maka


1. Jgn menerima tawaran sebagai GRA jika anda tidak tahu bidang yang dikaji.


2. Tugas GRA adalah sebagai pembantu, bukan menjadi ketua penyelidik yang menjalankan kajian atau menulis artikel.


3. Pastikan ada perbincangan khusus tentang bahagian kajian yang datanya anda perlukan untuk kajian anda sendiri, jgn biarkan sehingga anda sendiri akhirnya tiada data.


4. Pastikan juga kerja-kerja penyelidikan anda sendiri diteruskan.


5.Jika semua kerja-kerja penyelidikan dan penulisan artikel diserahkan kepada anda, maka ada sesuatu yang tidak kena...


OT







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...