Raya pun raya jugak...
Hujan lebat. Aktiviti jalan raya berehat seketika. So... cam besolah... jom baca...
1. Aku cuba nak figure out camner nak mudah faham IR4.0 dan kenapa nak kecoh-kecoh nk kaitkn dgn pendidikan. Jom lihat apa yang kita semua dah tahu.
2. Dulu sebut Kodak semua orang tahu, la ni semua pekerja kodak dah diberhentikan. Dulu nak bniaga mesti ada kedai, la ni, ada FB pun dah boleh berniaga, tanpa modal tanpa pekerja dgn untung ribu raban dalam sekelip mata. Banyak teori klasik business yang dah orang tak guna.
3. Contoh lain paling ketara, Grab yang hanya satu software tetapi menguasai industri taxi serata dunia. Bukan itu sahaja, tiba-tiba adik beradik anda jadi pemandu Grab plak. Kini Shopee dan Lazada membawa barangan ke muka pintu, termasuk bini aku yang ada je benda yang nak dibelinya.
4. Ramai usahawan mula menggunakan 3D printer sendiri yang semakin murah utk menghasilkan prototype, tanpa perlu masuk universitipun. Kerja bank? Banyak yang dah dibersarakan kerana diambilalih oleh computer, online banking. Abis caner?
5. Semua diatas berlaku akibat perkembangan teknologi berlaku secara ‘exponential’ mulai IR3.0 (hypothetical term) sehingga sesuatu yang kita belajar hari ni, tiba-tiba dah tak diperlukan lagi tahun2 akan datang – tak ke haru. Katalah anda graduan marketing, tiba2 sukar nak bersaing kerana tidak kompeten dengan IT dan teknologi semasa.
6. Jadi mulai IR3.0 dan kini IR4.0 pula, akan ubah cara kita hidup, cara berkomunikasi, cara bekerja dan tentunya cara kita belajar dan apa yang dipelajari juga perlu berubah. IR4.0 bermula bila banyak perkara tertumpu kepada automasi dan AI, yang dulunya hanya berlingkar dalam kalangan mereka dibidang spt computer engineering dan computer science saja.
7. Ini bukan bermakna semua murid perlu diajar AI tetapi memahami serta berupaya memanfaatkan perkembangan teknologi tersebut perlu diberikan perhatian. Tentulah menguasai STEM misalnya perlu terarah kepada aplikasi AI, penguasaan kepada subjek lain pula kepada memanfaatkan teknologi baru dengan IoT juga. Ini melibatkan multi, trans dan interdisciplinary knowledge as well as research.
8. Term seperti blockchain misalnya adalah teknologi yang tidak memerlukan bank utk sebarang transaction, cepat dan jauh lebih selamat. Kita tentu tak mahu murid ‘book smart’ dalam sistem pendidikan sekarang terpinga-pinga apabila berada dalam dunia pasaran kerja akan datang.
9. Kedatangan IR4.0 memperlihatkan pula kerja-kerja yang melibatkan ‘repitition’ dan ‘algorithm’ spt mass production, accounting akan diganti dengan automation. Maka di era IR4.0, terbuka ruang untuk kerjaya yang automation sukar dilaksanakan yang melibatkan creativity (idea penghasilan filem, karya kreatif, fesyen, design) atau social interaction / social function (hospitality, tourism, therapists, health care, psychologist etc) atau problem solving (kaunselor, scientist, programmer, mechanic, supervisor, dietitian) yang ‘robot dgn automation’ tak boleh lakukan sebaik manusia.
10. Jika anda berminat dengan kajian IR4.0 dan pendidikan .. timbul persoalan baru…
What's worth knowing and learning for IR4.0 ?
OT
#IR4IoT
#IR4IoT

No comments:
Post a Comment