.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1488 : OBE dan Standard Curriculum (DSKP) diera IR4.0 dan IoT..


Aku bukan penilik atau pakar, aku hanya semut merah, atas karpet merah, dibawah lampu merah, disenja yang merah. Aku hanya ingin melontarkan pendapat aku, kebetulan hujan lebat , sambil menunggu berlabuhnya mentari Ramadan.. sayu.
1. Bagi aku, keindahan OBE dan DSKP yang begitu terperinci dalam dokumen-dokumen dan pemetaan yang tidak berkesudahan persis tenunan songket benang emas, mmg cantik dilihat dari dipakai.
2. Kita menuju IR4.0 dan IoT dgn dunia virtual bergabung dalam dunia reality lalu membuka ruang kepada innovative knowledge yang flexible bukan rigid. OBE dan DSKP ibarat ‘mass production’ yang cuba menghasilkan sesuatu dgn satu kualiti yang standard, sama spt production. Kurikulum dan assessment yang cuba dilaksanakan spt mahu mengawal satu kualiti yang standard untuk semua dgn menganggap pelajar adalah ‘consumer of knowledge’ yang standard.
3. PAK21 adalah era pelajar berubah mengikut perubahan sekeliling, dilatih utk berkembang dengan perkembangan pengetahuan sekeliling dgn satu sistem pendidikan yang seanjal mungkin yang mungkin tidak pernah kita terfikirkan.
4. Pelajar perlu dibekalkan dgn kompetensi utk melaluinya secara yang terbuka tanpa sekatan satu standard yang perlu dicapai bersama. Mereka perlu dibekalkan dgn kompetensi yang terbaik utk masing2 diri dan kemampuan.
5. Sesiapapun boleh menjadi usahawan yang innovative, engineer yang creative atau pemain bola sepak yang terlatih sesuai dgn kecenderungan masing-masing dengan asas penguasaan pengetahuan yang mungkin sahaja berbeza, bermula dari sekolah rendah.
6. Tiada murid yang akan membuang masa berbelas tahun mempelajari beratus teori sains secara ‘rote learning’ dengan penuh susah payah menerusi buku teks dan penilaian yang standard, sedang kebolehan sebenarnya adalah menjadi pemain bola sepak professional, atau pemain muzik atau apa sahaja.
7. Susah nak bayangkan? Aku sebenarnya lagi susah nak bayangkan bagaimana OBE dan DSKP mencapai matlamatnya. Aku tak nampak bagaimana PAK 21 dgn 4C – creative, collaboration, critical dan communication boleh disuburkan dengan OBE dan DSKP. Bukti-bukti kejayaan empirikal ‘jangka pendek’ OBE memang wujud sebagai satu respon biasa kepada sesuatu yang baru diperkenalkan.
8. OBE dan DSKP yang dipenuhi standard yang kemudiaannya dipenuhi dgn countless hours of meeting, amendment serta adjustment… ibarat pembaris lurus yang cuba mengukur garisan yang bengkang bengkok. Dalam OBE, pelajar dah tahu apa yang patut dicapai, outcome yang diberikan dgn jelas, mendapat kemahiran yang ditetapkan sedang semua ini tidak menepati hasrat PAK21 yang mengutamakan 4C, sesuatu yang weird jika semuanya mahu di’standard’kan sehingga menjadi idealistik yg tak realistik.
9. Kehadiran IR4.0 dan IoT, yang membawa bersama pedagogical agents, AI, mobile technologies, apps, cloud computing, MOOC, data mining dll istilah, kini mewakili connectedness dan crowdsourcing yg membawa kepada perlunya pendefinisian semula pendidikan dari yg berasaskan standard kpd yg menepati IR4.0 dan IoT. Jadi tak hairanlah kajian terus diperlukan bagi meneliti aspek ini yang melibatkan multi/transdisiplinary research.
10. Aku spt mahu percaya… walaupun keseorangan dan berangan, OBE dan DSKP sekali lagi akan berubah dari standard kepada kompetensi, dan seperti biasa… status ini menjadi saksi bisu akan perubahan tersebut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...