Pagi raya ke-2 yang hening. Aku bermalam di KL, rumah mertua. Izinkan aku menulis tentang alien bernama IoT, apa ko bondo ea IoT ni.
1. Aku nak guna bahasa simple-simple, supaya yang ghairah nak buat kajian IoT berfikir banyak kali, macam makan lemang, mana cukup sekali... mesti byk kali.
2. IoT adalah istilah berkaitan dgn infrastruktur network yang merangkumi ‘smart gadget’ (yang disebut ‘thing’ – apa sahaja termasuk robot dan automation) yang ada keupayaan spt sensor, computing, camera, actuator (komponen yang mengawal pergerakkan mekanikal) sebagai antara fungsi utamanya, yang dihubungkan dgn internet utk berkomunkasi sesama gadget and manusia bagi memberikan pelbagai perkhidmatan termasuklah ‘education’.
3. IoT ini ada 3 asas - smart objects yg ada fungsi (i) boleh dikesan dan mengesan (ii) boleh berkomunikasi (iii) boleh berinteraksi (beri respon dan dinamik) secara interconnected. Maka contoh paling mudah faham dan ketara adalah robotik dan automation. Sebab itulah IoT dikaitkan dgn IR4.0.
4. Tentunya bidang yang berkait direct kepada benda alah IoT ni adalah Computer Science, CS. Namun, STEM, spt yang semua atok dan uwan pun tahu, adalah sekumpulan bidang Science, Maths, Engineering, Tecnology, TVET sbg integrative (interdisciplinary) knowledge yg support kepada CS dan penghasillan IoT. Mungkin sahaja disiplin neuroscience terlibat sama..
5. Namun, apa yang menarik, STEM boleh menjadi sebagai “consumer” kepada IoT atau dalam masa yang sama sebagai “sparkler” kepada pengetahuan asas yang diperlukan oleh CS dalam penghasilan IoT.
6. Sebagai educator, tentunya aku lebih berminat utk mengkaji aspek ‘education sebagai fungsi sosial’ dalam penghasilan IoT yang dapat dimanfaatkan dalam pendidikan disekolah, sebagai compliment kepada disiplin CS.
7. Moga in menjadi satu pengembangan kepada aplikasi IoT dalam pendidikan, yang tentunya melibatkan perubahan kurikulum juga. Dgn kata lain, samada ia robot, automation, atau visualisation, AI dll… IoT mesti ada ‘smart social features’ jika mahu dimanfaatkan dalam education, sebab ia melibatkan PnP, bukan buat botol kicap secara mass production.
8. ‘Smart social features’ ini mungkin spt mengesan potensi dan bakat murid melalui EDM (educational data mining), menyelaras kemenjadian murid, menjadikan kurikulum lebih flexible (as opposed to OBE dan DSKP) yang secara umumnya melibatkan educational management.
9. Aku tinggalkan dengan persoalan besar - But how ?
10. Jadi jangan sedap je nak sebut IR4.0.. IoT... tapi tak tahu arah dan apa kebendanya
Foto - IoT dirumah mertua, lom mandi lagi !

No comments:
Post a Comment