.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1487 : No problem jika anda SV novice atau baru...


Isu generalisasi dan population.
Ini soalan dari PG yg dibawah SV novice...
“Tapi Dr OT.... nanti ditanya 'macam mana u boleh suka2 pilih kategori A sahaja (bukan B,C,D..Z) , 5 – 10 tahun (yang baru kerja) dan kenapa Selangor bukan Kelantan".
Nak cari jawapan ni pun dah setahun (kalau jumpa). Tu tak masuk lagi kenapa guna formula Cohen. Sebenarnya lebih kurang itulah masalah saya sekarang”
Ini jawapan umum saya.... khusus kpd SV baru yg novice..atau SV otai yg tidak berkembang pengetahuan dan bidang kajiannya...... its ok asal jgn berpura2 … kononnya nak elak budaya spoon feeding hingga supervisee terkonting2.....
Pertama:
PG adalah mcm anda juga sbg SV yg novis, yang hanya baru buat SATU kajian utk PhD anda. Bagi PG pula, research adalah pra-syarat utk mereka dpt master/ PhD mcm anda juga dulu.. bukan tugas hakiki mereka buat kajian sejak mula bertugas... jadi mereka perlukan guidance.
Kedua:
Anda tak boleh menolak tajuk kajian PG begitu shj.. klu tak ngam dgn apa yg anda tahu... inilah masa utk terus belajar.
Ketiga:
PhD dan master hanya “academic exercise” utk melatih PG sbg penyelidik berdikari melebihi impak kepada negara atau kpd KPI anda dari artikel yg akan diterbitkn oleh PG tsbt..
Keempat:
SV sebagai researcher yg dah ada pengalaman (wpun masih baru) patut beri panduan bukan hanya arahan, bagaimana persampelan patut difokuskan supaya tidak terlalu besar tetapi memadai utk PG membuat generalisasi... bukan asyik bertanya "kenapa" dan "kenapa".
Kelima:
Ada dua sebab kenapa SV yg novice maybe suka jer nak tanya tanpa terlebih dahulu memberi pandangan
(i) SV sendiri tak tahu dan tak confident nak memberi panduan
(ii) SV dulupun mungkin cengitu jugak…. setahun fikirkan camner nak ambik sample… kenapa buat di Selangor bukan di UK atau Uganda?
Keenam:
Kalau anda sbg SV terangkan baik2 langkah umum pencarian sample itupun dah cukup mencabar bagi supervisee utk mendalaminya dgn pembacaan lanjut dari buku atau artikel... melaksanakannya sendiri dan berdikari..... dan ini tak ada kena mengena dgn spoon feedingpun kalau bagi panduan tersebut….
Ketujuh:
SV patut bimbing supervisee lebih kurang cenggini (itupun kalau nak ikut).
“Awak buat Selangor sahaja sebab itu adalah accessible population, dgn Msia sebagai target population, dan di Selangor / Lembah Kelang sesuai kerana multi racial, cultural dan religion…. represent semua bidang kerjaya dan sebahagian besar kakitangan awam Msia berada disini …. tambahan dgn masa kajian awak yang terhad dan tanpa geran.... awak pulak di UKM… di Selangor…. dan awak fokuskan kepada pegawai A sahaja sbg sampling frame kerana kumpulan ini adalah kumpulan pembayar cukai yg aktif dgn tahun bekerja 5-10 tahun sebab ini julat yang paling crucial utk pembayar cukai.... cer bagi lagi secara mdlm dan dapatkan support citation.... dlm buku Cresswell pun ada.."
Kelapan:
Ingatkan PG.... paling utama sebelum itu... mesti jalankan semua langkah validation instrument betul2 dan pastikan realible yang tinggi serta analisis data yg mendalam utk capai PhD / Master....
Sembilan:
Then utk cari sample size.... boleh guna bbrp teknik spt formula Cohen sebab dapat detect effect size atau GPower yang dapat ko tetapkan statistical power juga... jgn bimbang kalau utk guna mana2pun akan dapat jumlah sample yang hampir sama.... ambiklah jumlah mana yang tinggi... kena baca lagi mendalam bab sampling ni... saya hanya bagi panduan jer... ”
Persoalannya.... salah ke bagi nasihat dan pedoman spt di atas kepada supervisee?
Aku nak tanya.... adakah panduan di atas sebagai spoon feeding macam pelajar SPM salin nota ringkas utk hafal sebelum jawab peksa? Sama tak? Adakah dgn maklumat tersebut, supervisee dah tak perlu fikir dan membaca dgn lebih mendalam? Spoon feeding tu maknanya bagi semua sampai yang terima tak perlu lagi nak fikir apa2.. hadap saja..!!
Adakah dgn panduan tersebut, supervisee akan terus relex... tido... tidak membaca lagi dan terus akan dapat sample tanpa buat apa2 ? Tentu tidak !!
Sepuluh:
Inilah directive supervision dari SV .... dan bayangkan supervisee terkontang kanting selama setahun utk mencari jawapan yang mereka tidak tahu dimana utk mendapatkannya... sedang masa tersebut sgt berharga bagi mereka, keluarga dan masa depan mereka.
Sebelas:
Jika SV sebenarnya pun tak tahu...SV juga perlu bertanya kpd yg lebih senior... sbb ada PhD bukan terus tahu semua.... then hanya nk arahkan supervisee utk baca..baca dan baca....fikir..fikir...fikir... ada benda yang kadang kala terlalu baru bagi supervisor dgn jawapannya tidak ada tertulis satu persatu dalam buku mahupun journal ... so give them some direction...they will find the rest.!!
OT
Rembau


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...