.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Tuesday, May 14, 2019
Tajuk 909 : Pengajaran dari VIVA..
Aku orang kedil. Aku dilihat weird. Semua orang berjalan kehulu beramai2.. aku lihat ada jalan yang lebih baik kehilir.. lalu aku terpinggir.
Ramai yang kenal Roselan Baki .... pensyarah cool yang sentiasa tenang mengucapkan kata dan sempoi kepada pelajar. Dato' Dr. Roselan Baki dah pun pencen tetapi kata-kata beliau dalam satu perjumpaan yang aku hadir
'Setiap manusia tidak sama... dan menetapkan satu standard yang rigid kepada apa yang kita setuju sahaja hanya akan mensia2kan potensi yang unik...'
Apa kaitan dgn VIVA?
Setiap PG adalah unik. SV perlu mencungkil keunikan ini dan mengembangkannya. Sama spt pemimpin, yang berjaya melihat potensi dan keunikan orang bawahan. Jgn kerana sedikit berbeza, dan status quo... kita terus mencantasnya. Abis cerita.
Ini apa yang aku lalui dari pengalaman sangat singkat terlibat dalam VIVA... utk berkongsi keunikannya...
1. Wording dalam tajuk kajian yang asalnya ditolak beberapa kali dan minta ditukar diawal-awal semester, kembali semula kepada wording yang sama oleh panel VIVA... lalu ia membuktikan terbuangnya masa di awal2 semester hanya kerana hal yang belum nyata.
2. Persembahan yang ringkas dan padat serta lancar adalah indikator penguasaan calon tanpa membaca satu persatu dari skrin.
3. Penyediaan slide yang ringkas memerlukan keberanian dan satu pemahaman kepada kajian sendiri. Betapa ramai yang copy and paste dari tesis utk disumbatkan dalam slide !
4. Berani mempertahankan hujah atau statement semasa VIVA sambil merujuk kepada nama-nama besar adalah sesuatu yang akan meyakinkan panel. Anda bukan sekadar tahu berhujah tetapi tahu sumber hujah tersebut.
5. VIVA adalah masa yang istimewa utk PG... masa utk touch up kajian mereka... bukan masa utk menunjukkan superiority !
Selamat berpuasa...
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment