1. Sejak dulu aku berpendapat pendidikan awam (public education) adalah tentang membangunkan potensi semua anak2, bukan pengasingan yang dibuat sejak mula anak-anak memasuki alam persekolahan melalui gred.
2. Aku juga tidak bersetuju dgn tindakan menunjuk2 bilangan As diperingkat sekolah, baik tunjuk plakat atau apa saja sebab tiada lain maksudnya selain menujuk - inilah anak terbaik hasil sistem pendidikan !
3. Aku juga membantah banner yang dicetak dan dipapar dipintu pagar sekolah yang memaparkan sejumlah beberapa anak-anak yang semua As... dgn gelaran "Champion" atau yang sewaktu dengannya.
3. Aku juga membantah banner yang dicetak dan dipapar dipintu pagar sekolah yang memaparkan sejumlah beberapa anak-anak yang semua As... dgn gelaran "Champion" atau yang sewaktu dengannya.
4. Begitu juga sekolah berprestasi tinggi dan lain2 sistem yang berunsur pengasingan berdasarkan skor. Apabila ada yang mempersoalkannya, barulah diambilkira prestasi kokurikulum dll aspek selain bilangan As.
5. Pengasingan (yang masih meletakkan As sbg kriteria) pada peringkat sekolah adalah suatu yang boleh dipersoalkan. Seseorang anak yang dapat 2 As dgn markah setiap subjek berbeza katakan hanya beberapa markah dari yang dapat 4, 5 atau 6 As akan mula terasing.
6. Perbezaan beberapa markah ini akan terus melebarkan mengasingan mereka kerana yang dipilih akan berada dalam persekitaran baru 'berprestasi'. Hanya kerana asalnya ada perbezaan beberapa markah ini lah juga, yang berada dalam persekitaran 'berprestasi' terus dijana pencapaian mereka. Inilah yang berlaku dan akan terus berlaku.
7. Ini tidak pula bermakna, anak2 yang terasing di sekolah biasa tidak boleh berjaya (ramai yang telah membuktikannya) tetapi berusaha dalam situasi berbeza tentunya tidak sama. Menjadi murid di sekolah harian biasa tentunya tidak sama dgn mereka di sekolah elitas. Sebab itu ibubapa 'meroyan' utk menempatkan anak masing2 di sekolah2 sedemikian, kecuali segelintir.
8. Atas alasan inilah kenapa semua sekolah perlu dilayan sama, tiada yang berprestasi dgn bantuan tambahan dan digilai ibubapa. Tentu weird anak yang berada disebelah pagar sekolah berprestasi hanya melihat dari dekat tetapi terpaksa ke sekolah lain pula.
9. Saya menulis tentang pendidikan asas yang perlu adil bagi semua anak-anak. Adil bermakna, yang kurang mendapat lebih perhatian, yang bekeperluan khas mendapat bantuan, bukan makin terperosok dipinggiran. Setelah mereka cukup bimbingan dan matang utk berdikari.. memasuki pra-uni dan menjadi dewasa... itu terserah kepada aqal budi sendiri....utk bersaing dalam dunia terbuka...
10. Memang sentiasa ada usaha utk memperkasa semua peringkat persekolahan... tetapi mestilah dengan satu premis yang lebih menepati tujuan pendidikan yang murni...
Wallahualam...
OT
No comments:
Post a Comment