1. Mungkin saja ada cikgu sekolah terutama suami isteri kategori A yg mengeloh bila peluang ank mereka ke SBP spt tersekat. Tak kurang yg akan rasa tertekan kerana ank mereka kecewa xdpt tempat ke SBP kerana mereka tahu SBP menyediakn persekitaran pembelajaran yg terbaik, ditambah dgn paparan akhbar murid2 SBP dgn straight As memegang plakad melonjak gembira ketika mengambil keputusan.
2. Cikgulah yg paling tahu knp. SBP mjadi target ibubapa. termasuk mak ayah yg dulu pernah berada di SBP. Pasakan nasihat 'Klu dapat As nnti boleh masuk SBP.. semua akan bangga.. boleh jadi doktor.. engineer ... dll'.
Mentaliti ini patut dimurnikan semula. SBP diasaskn dgn tujuan tertentu.. boleh semak sendiri...dan aku tak pasti samada mengutamakan anak guru adalah salah satu daripadanya. Tentunya SBP diwujudkn utk beri peluang kepada ribuan murid miskin yg berpotensi esp luar bandar utk ke SBP dgn pengurusan dan persekitaran psekolahan sekolah yg baik.
3. Jadi tumpuan sekarang kpd semua ibubapa adalah kejayaan mbentuk anak2 dimanapun mereka bersekolah. Sbg pensyarah.. aku tak perasan plak pelajar aku dari SBP lebih cemerlang dari SMK. Peringkat PG pun macam tu. Ank pensyarah pun xder keutamaan masuk uni... sama je dgn ank org lain.
4. Bila diumumkan SBP utamakan B40.. bukan lagi straight As... akn berlaku perubahan... tentunya 'tekanan' lebih dirasai oleh cikgu SBP yg juga menerima murid bukan 'ulat buku straight As'. Sebab itulah definisi 'kemenjadian' juga perlu dimurnikan semula.... bukan disandarkn kpd bil As... tapi 'apanya yg menjadi' ?
5. Murid tahap 2A 4B misalnya... kemudian mdpt 5A 1B lebih menjadi dari yg sentiasa dpt 6As. Maka tugas guru2 hebat di SBP adalah utk meningkatkn kemenjadian ini... bukan utk capai 100% semua As. Maka prestasi juga jgn diukur kpd As tetapi kpd 'kemenjadian' ini.
6. Tentu tidak adil juga mengharapkn 'magic' utk 'kemenjadian' murid dlm bentuk bil As yg selama ini diagong2kn di SBP.. tetapi lebih dlm bentuk 'peningkatan potensi' individu murid.
Nota: Aruah isteri aku dulu adalah guru SBP... dan semua 3 anak aruah belajar sekolah biasa... salah seorang best student UIA... anugerah Rektor.. spt yg dicita2kn oleh aruah semasa hidupnya utk salah seorang masuk UIA.
Wallahualam.... salam suboh !
OT
No comments:
Post a Comment