Tak sah dan tak sampai maqam... klu tidak menyebut Pendidikan / Pembelajaran Abad 21, PAK21 dalam transformasi pendidikan dgn elemen Kemahiran Abad 21, KAK21 iaitu 4C - critical thinking, communication, collaboration, dan creativity.
Namun.....
1. Aku tak perasan pula ada perubahan yang ketara kpd anak2...
2. Buku teks yang itu2 juga... tebal, padat dan sendat yang diusung kehulu ke hilir
3. Murid masih guna buku latihan bagi setiap subjek
4. Buku aktiviti yang wajib ada, yang sunat dan harus makin bertambah
5. Kelas pun masih macam itu, duduk atas kerusi 4 segi yang sama selama 6 jam mengadap guru tiap hari
6. Silibus makin menjela2.. kerana dimasukkan lagi berpuluh2 elemen yang utk menjadikan murid yang all-rounder dari aspek JERI... semakin syamil, kamil dan syumul.
PAK21 kalau itulah namanya, obviously bagi aku adalah 'learner-driven'. Inipun aku tak pasti bagaimana ia dilakukan. Akupun tak pasti bagaimana pula dimanfaatkan persekitaran akses 24/7 kepada informasi, networking, social communication, and sharing information yang sinonim dgn PAK21?
Aku tertanya2... elemen kemahiran 4C dalam KAK 21...
1. Creativity - masa bila ia berlaku dan apanya yang kreatif?
2. Communication - berhujah, berinteraksi, public speaking, inter/intrapersonal dll pula masa bila dilaksanakan.
3. Collaboration - aku tak berapa nak dengar murid2 berkolaborasi...
4. Critical Thinking - yang aku perasan semuanya pemikiran skema spt dalam buku teks.. tak tahu kat mana CTnya...
Yang aku pasti dan tahu... KBAT cuba dilaksanakan dalam bentuk soalan2 'luar rutin' (baca: soalan2 pelek) dgn silibus makin padat ... information is crammed sedang semuanya just a click away. Tang mana plak 4C tersebut berlaku aku memang tak tahu..
Katalah, aku memang dah lama tinggalkan biologi tapi kalau aku nak tahu human reproduction... tak sampai 1 minit aku boleh dapat info utk refresh semula .. "human reproduction is any form of sexual reproduction resulting in human fertilization, typically involving sexual intercourse between a man and a woman. During sexual intercourse, the interaction between the male and female reproductive systems results in fertilization of the woman's ovum by the man's sperm.." Malah aku boleh lihat animasi pergerakkan sperm dan illustration (foto) ... bukan satu malah banyak sekali dalam youtube... yang tak ada zaman aku sekolah dulu...
Nota: Dulu cikgu Sains aku skip tajuk ini. Kelas aku pulak dipenuhi lelaki2 ensem baru akhir baligh... yang memang menunggu2 tajuk tersebut dgn penuh semangat. Dia cikgu ppuan, dia suruh baca sendiri. Hi hi...
Maafkan aku, jika aku ketinggalan fakta2 perlaksanaan PAK dan KAK 21 ini.... dan wpun aku dah tak sekolah lagi tetapi aku tahu ada berpuluh2 lagi kemahiran yang didokumenkan utk murid kuasai... selain 4C di atas.. yg aku xtahu pulak bagaimana perlaksanaannya...
Maaf klu aku ketinggalan di abad 20...
OT
No comments:
Post a Comment