Saya ingin berkongsi satu qnaire...yang diminta utk saya menilainya moga dapat juga manfaat semua. Saya masih hairan qnaire begini masih lagi dibuat diperingkat PG....
Pertama:
Skala yang digunakan menyukarkan tanpa sebarang keperluan iaitu:
1. Teramat Tidak Setuju (TTS)
2. Sangat Tidak Setuju (STS)
3. Tidak Setuju (TKS)
4. Sederhana Setuju (SS)
5. Setuju (S)
6. Sangat Setuju (SS)
7. Teramat Setuju (TAS)
atau
1. Tiada
2. Kurang kerap
3. Sekali sekala
4. Kerap
5. Sangat kerap
Wpun skala 7 di atas secara statistic ada yang bpendapat lebih baik dari skala 5, namun "maqassid" atau tujuan skala tersebut hilang. Apa bezanya "Sgt Tidak Setuju" dan "Teramat Tidak Setuju". Ini sesuatu yang lucu sedang antara "Setuju" dan "Tidak Setuju" pun sukar mempunyi ciri equidistant. Pening responden nak pilih mana satu sedang perbezaannya sgt tipis dan mengelirukan dgn mainan perkataan, dahlah yang diukur hanyalah pendapat secara umum, bukannya amalan responden
Respon saya:
Guna skala 2 ekstrem seperti ini:
(Tidak Setuju)1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 (Setuju)
Biar responden tentukan skornya antara skala 1 -10. Skala ini juga dikatakan berciri interva utk dijlnkn parametrik statistik. Responden yang pilih 8 spt 80% "Setuju".
Kedua:
Item yang digunakan hanya "pernyataan umum yang ideal dan suci" tanpa mengukur apa2
A: Konstruk Motivasi:
Guru XX perlu;
Item 1: Sentiasa bermotivasi untuk melakukan tugasan dengan cemerlang
Item 2: Menetapkan matlamat untuk mencapai visi dan misi pendidikan
Item 3: Berusaha bersungguh-sungguh memperkembangkan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial dalam melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.
B: Konstruk Potensi Diri
Guru XX perlu;
Item 4: Menggilap bakat dan kebolehan membuat inovasi dalam mempertingkatkan kualiti kerjaya.
Item5: Berkesanggupan membentuk dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri pelajar
Item 6: Mampu memberikan idea dan jawapan yang bernas apabila diminta memberikan pandangan dalam hal-hal subjek XX
Respon saya::
Ini bukan item utk ukur apa2. Ini pernyataan 'ideal' sama seperti "Rakyat Malaysia perlu patuh kepada undang-undang negara". Kalau ada yang respon "4: Sederhana Setuju"... maka responden ini tidak normal / bermasalah... belum lagi dia jawab "1:Teramat Tidak Bersetuju" !!
Adakah anda jangka ada guru yang akan jawab "1: Teramat tidak bersetuju" kepada semua item2 di atas. Apa akan berlaku jika 99.99 % guru menjawab 6 dan 7 - apa yang anda ingin ukur sebenarnya? Baik isi sendiri jer qnaire tersebut.
Malah perkataan "Guru XX perlu" pun dah jadi satu "hint" kepada responden utk pilih respon 6 atau 7 !
Kesimpulan:
Silalah tengok balik item2 dalam qnaire anda...
OT
No comments:
Post a Comment