.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1202 : PAK21 dan KAK21 utk sapa?


Bapak2 dan kakak2..


1. PAK21 diuar2kn bermakna anak2 kita berada dlm era teknologi.... yeaayy .... era yg memudahkn penyampaian pengetahuan. Namun... bila org dewasa mula bercakap tentang mobigogy.. heutagogy.... differentiated learning...self-regulated.. enquiry learning.. PBL .. HOTs ... learner-centric... dll lagi yg cikgupun mungkin dah serik nk tahu 'apakah bendanya semua itu'.. belum lagi kemahiran yg berpuluh2 utk diterap.. selain yg wajib disebut communication.. critical thinking.. creative dam collaborative... pendidikan yg sepatutnya mudah jadi gundah.


2. Mengapa perlu sebut PAK 21 dan KAK 21 klu suasana pembelajaran tahun 1990 sama je dgn 2019 dari banyak aspek? HOTs misalnya mmg dah wujud lama dah... aku tidak terkhilaf.

3. Abad 21 bila diuar2kn bermakna terbukalah ruang peluang dgn guru dan sekolah BUKAN lagi satu-satunya sumber pengetahuan. Ramai je kita dengar anak2 dirumah belajar dari Youtube dan menguasai BI dari internet .. disekolah masih mengadap buku teks.

4. Tiada apa yg hebatnya Abad 21 jika pendidikan makin celaru. Sebahagian kandungan dlm silibus sepatutnya boleh jer di pelajari dan dipermudahkn dgn teknologi... tapi knp 'wait n see'..

5. Anak2 BUKAN pihak yg meminta PAK dan KAK 21. Mereka tak caknapun. Mereka hanya nk bermain sambil belajar ... mengisi curiousity.. sbgmana fitrah mereka yg suci. Selayaknya seruan PAK 21 mjadikan ini realiti... fun-learning ... bukan sekadar menambah lagi isi dan akronim.

6. Elok juga buat kajian longitudinal dan cross-sectional.. kpd murid dan guru... malah ibubapa jika perlu.... jgn sampai byk pihak khususnya anak2 dan guru2 makin stress dan tertekan ... sedang mereka tidak meluahkan...

OT - melihat dari satu sisi utk berfikir


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...