.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Thursday, May 16, 2019
Tajuk 1169 : YB Maszlee dan OT....
Aku mula menulis tentang Tahap 1 sejak 3, 4 tahun lepas. Aku pernah hadir talk YB Maszlee (ketika itu Ass. Professor Dr. Maszlee Malek) di UIA dan berkenalan dgn beliau. Namun beliau lebih berminat bercakap tentang pendidikan ummah secara umum ketika itu, tanpa menyentuh sangat pendidikan di sekolah.
Ketika menulis tentang Tahap 1, aku lebih tonjolkan pentingnya pengurang subjek, tanpa perlu exam dan homework serta tiada buku teks. Syukur, sekurang2nya ketiadaan exam setara telahpun dilaksanakan oleh KPM sejak YB Maszlee menjadi peneraju.
Kini beliau menekankan kepentingan R = Reading dan A = Arts, seiring dgn STEM. Aku nak kupas, dari perspektif aku. Tahap 1 adalah membina literasi (kebolehan membaca dan menulis) dan mengira. Selesaikn ini dgn fun learning dan guided exploration. Murid era Abad 21 ini majoritinya dah boleh sedikit2 menguasai 3M (dari tadika) tetapi perlu dipertingkatkan di Tahun 1. Sebab itulah, subjek tidak perlu banyak utk fokus kepada 3 M ini. Jika ingin menambah 4M, biarlah skit2 bermula gradually.
Jika murid dah mula menguasai membaca (selari dgn menulis)...
1. Membaca adalah amalan seumur hidup. Minat membaca tidak boleh dibataskan hanya utk peperiksaan. Sering aku bagi contoh mak cik2 marhein di Oz yang dah berusia masih lagi ke public library utk meminjam buku, yang tidak mungkin berlaku di sini.
2. Membaca terutama bahan tambahan akan menambah pemahaman subjek yang diajar
3. Membaca menajamkan fikiran, fokus dan ingatan
4. Membaca membuka 'dunia' kepada anak2
5. Membaca menambah kesedaran kepada fenomena yang berlaku disekitar
6. Membaca menambah keyakinan utk bercakap dgn banyak idea utk berbincang
7. Membaca melatih utk memahamkan bahan yang dibaca
8. Murid suka membaca sering diikuti dgn kejayaan2 akademik yang lain
9. Membaca akan membawa kepada interaksi semasa murid
10. Membaca menambah istilah2 baharu
Bagaimana dengan ARTs?
1. Arts spt lukisan, kraf, music, sport.. yang melibatkan kemahiran motor kasar, halus serta concentration. Ini memudahkan penulisan, melukis rajah dll dalam STEM
2.Mengetahui aspek shape, color, object dari sudut lukisan, permainan dll yang juga wujud dalam STEM adalah satu kelebihan
3. Membantu meningkatkan imiginasi... creativity...
4. Membantu meningkatkan visual dan spatial ability
5. Arts membantu added value kepada apa2 penghasilan product... ini kena tanya Jobs
6. Music pula menjadikan murid lebih versatile dan yakin membuat persembahan
7. Lakonan, role play dll games adalah sumber fun learning
8. Aktiviti melibatkan arts spt sukan, lukisan, music, drama, seni lebih mudah membawa 4C - collaborative, critical, creative dan communication
9. ARTS memberikan nilai kemanusiaan, empati dan kasih sayang
10. Membuat kajian STEM juga satu seni.... seni membina problem statement.. . seni menulis LR serta seni mengupas dapatan kajian
Cukuplah utk hari ini.... walaupun cuti dan travelling, aku terus menulis....
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment