.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1167 : 105 jer.... sesuai utk dikongsi..


Berikut adalah 105 elemen standard yg aku belum unpacked ... yang aku retrieved dari standard utk dicapai dlm DSKP sekolah rendah. Aku tak tahu camner elemen2 ini sampai kpd murid... dan bagaimana guru unpacking semua ini utk jadikn explicit.. Ini tak termasuk unpacking content subject lagi...utk murid mcapai standard.. aku senaraikan sahaja...

Enam tunjang DKSP
1. Komunikasi
2. Sains dan Teknologi
3. Perkembangan Fizikal dan Estetika
4. Ketrampilan diri
5. Kemanusian
6. Kerohanian, sikap dan nilai

Tiga domain kandungan standard
1. Pengetahuan
2. Kemahiran
3. Nilai

Enam pendekatan inkuiri:
1. pembelajaran berpusatkan murid
2. konstruktivisme
3. pembelajaran kontekstual
4. pembelajaran berasaskan masalah
5. pembelajaran masteri
6. strategi dan kaedah yang berkaitan.

Sembilan kemahiran pemikiran kritis
1. Mencirikan
2. Membandingkan dan membezakan
3. Mengumpulkan dan mengelaskan
4. Membuat urutan
5. Menyusun mengikut keutamaan
6. Menganalisis
7. Mengesan Kecondongan
8. Menilai
9. Membuat kesimpulan

Sepuluh kemahiran pemikiran kreatif
1. Menjana idea
2. Membuat hubungkait
3. Membuat inferens
4. Meramalkan
5. Mengitlakkan
6. Membuat gambaran mental
7. Mensintesis
8. Membuat hipotesis
9. Menganalogi
10. Mereka Cipta

Tiga Strategi berfikir
1. Mengkonsepsi
2. Membuat keputusan
3. Menyelesaikan masalah

Dua belas kemahiran proses sains
1. Memerhati
2. Mengelaskan
3. Mengukur dan menggunakan nombor
4. Membuat inferens
5. Meramalkan
6. Berkomunikasi
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
8. Mentafsir data
9. Mendefinisi secara operasi
10. Mengawal pembolehubah
11. Membuat hipotesis
12. Mengeksperimen

Lima kemahiran manipulatif
1. Mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul.
2. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
3. Melakar spesimen, bahan, peralatan sains dengan tepat.
4. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
5. Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul

Enam Kemahiran berfikir aras tinggi
1. KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.

2. Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

3. Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.

4. Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.

5. Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah.

6. KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek.

Dua belas Sikap saintifik dan nilai murni
1. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar
2. Jujur dan tepat dlm merekod/mengesahkan data
3. Luwes dan berfikiran terbuka
4. Rajin dan tabah menjalankan / menceburi sesuatu perkara
5. Sistematik, yakin dan beretika.
6. Bekerjasama
7. Bertanggungjawab ke atas diri, rakan serta alam sekitar.
8. Ikram
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi
10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
11. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
12. Menyedari sains salah satu cara untuk memahami alam.

Sembilan Kemahiran Abad 21 (PAK21)
1. Berdaya tahan
2. Mahir berkomunikasi
3. Pemikir
4. Kerja Sepasukan
5. Sifat ingin tahu
6. Berprinsip
7. Bermaklumat
8. Penyayang / prihatin
9. Patriotik

Lapan Elemen merentas Kurikulum EMK
1. Bahasa
2. Kelestarian Alam Sekitar
3. Nilai Murni
4. Sains dan Teknologi
5. Patriotisme
6. Kreativiti dan Inovasi
7. Keusahawanan
8. ICT

Dan yang berikut, dah tak larat dah aku nak tulis...

- Empat tahap standard proses sains
- Tujuh langkah penyiasatan saintifik
- Lima tahap penguasan standard prestasi...

Ntah2 ada yg sedang berbincang utk memanjangkan lagi senarai di atas..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...