.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1164 : Kajian kuantitatif tanpa conceptual framework, CF dan knowledge gap, KG bukan satu kajian ?


1. CF ibarat satu sistem, teori, malah presumed relationship yg plausible bagi kajian anda. Ia boleh dalam bentuk visual graphic atau written (narrative). Di dalamnya terdapat istilah2 utama untuk dikaji. CF adalah ‘main idea of the study to be conducted’. Perlunya CF adalah untuk membantu merancang kajian, menentukan kaedah yang sesuai dll yang berkaitan dgn kajian anda.

2. CF adalah sesuatu yang anda bina sendiri atau jelaskan sendiri, hasil dari aspek2 penting dalam teori, yang anda akan gunakan dalam kajian anda. Bila seseorang tidak melihat CF dalam bentuk illustrasi lalu menghukum kajian tersebut tidak ada CF dan menganggapnya ‘salah’ adalah satu salah faham yang tak sepatutnya berlaku.


3. Tujuan buat research utk ‘contribute to knowledge’. Tapi ramai yang tidak gunakan istilah ini sebaliknya menggunakan research gap dan KG.

4. Bagaimana research gap atau KG ini bila berjaya ‘diisi’ maka ia adalah ‘contribute to knowledge’ ? Isu disini lebih kepada pemahaman terhadap idea research gap atau KG yang dikatakan sebagai ..
- a missing piece in the progression of a field of research
- area that yet to be researched
- area which is unexplored as well as there are certain research deficit areas
- a missing link in the existing body of knowledge
- phenomena that have not been studied or covered

5. Senarai di atas menyebabkan PG sering disuruh membaca sebanyak mungkin artikel sehingga menemui missing piece.. unexplored area… not been studied .. missing link… Nak faham satu aktikel berimpak tinggipun belum.tentu... nk baca beratus ? Tentunya sukar dan pelek seorang novis diminta mencari sesuatu yang ‘hilang’ dan yang ‘tiada’ dalam ratusan artikel.

6. Kenapa pulak PG yang bersusah payah mencari semua itu sedang lebih baik dia membuat kajian yang dia ingin lakukan, asalkan ada teoretikal dan conceptual framework (jika kajian kuantitatif).

7. Conceptual framework bukan terhasil dari 5 elemen di atas, tetapi dari intention PG (juga disebut motivation to do research) untuk melakukan kajian samada dengan
- menggabungkan teori sedia ada bagi menguju strength
- menguji variables baru yg dimasukkan dalam teori sedia ada
- membina prototaip menggunakan teknologi semasa
- membangunkan model atau apa sahaja menerusi DDR
- menguji satu kerangka konsepsi dari andaian yang plausible
- menentusahkan satu instrumen menggunakan analisis Rasch.

8. Kesemua elemen dalam #7 di atas akan menghasilkan dapatan dan sesuatu ‘product’ yang jelas novel sebagai indicator contribution to knowledge dari mencari sesuatu yang ‘missing’ utk diisi dan akhirnya dikatakan ‘I cant see you gap’?

9. Inilah yg perlu sama2 kita fahami...

10. Penat dah aku explain...

OT
Senai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...