Aku nk analisis skit buku sains Tahap1, Tahun 3
1. Foto 1:
Tajuk Unit 1 ini 'KEMAHIRAN SAINTIFIK' tidak sesuai utk tajuk Tahap 1. Tajuk inipun aku percaya murid tak faham. Ini baru mukasurat 1. Tajuk ini diikuti dgn sub tajuk 'Kemahiran Proses Sains'... tak tahulah apa yang murid faham.
Aku cadangkn kalaupun nk ajar tajuk di atas.. lebih sesuai tajuk seperti 'Mari Membuat Pemerhatian'... then selepas bberapa tajuk barulah simpulkan sbg kemahiran proses sains.
2. Foto 2:
Bahasa sangat tidak sesuai utk Tahap 1 spt
'Inferens dibuat terhadap sesuatu mungkin benar atau tidak benar'.
'Penerangan yg munasabah berdasarkan pemerhatian'.
Bahasa begini bahasa orang dewasa... yg doesnt make sense utk anak Tahun 3.. yang hanya meletakkan sains kelihatan pembelajaran bahasa... bukan isinya.
3. Foto 3:
Apa maksud ayat ini..
'Meramal tidak sama dengan meneka kerana ramalan dibuat berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu, data atau pola'
Aku selalu jer meneka bdasarkan pengalaman lalu. Jika dalam bahasa melayu... soalan mana yg betul ?
- Cuba teka umur saya?
- Cuba ramal umur saya?
Tentu org yg bertanya ada dihadapan utk kita perhatikan sebelum meneka umurnya. Pelik kalau guna meramalkan...
Pada hemat aku yg ada skit background pendidikan sains.. ini suatu yang serius yg perlu diberikan perhatian... sampai bila kita ingin anak-anak meneka dlm kesamaran...
OT
No comments:
Post a Comment