CLT adalah cognitive load theory. Aku tidak pasti adakah penulis buku (yang mungkin juga subject matter expert) tahu CLT ini.
1. CLT secara ringkas merujuk kepada pemprosesan maklumat dalam working memory (WM) yang berlaku dalam masa yang singkat. Oleh kerana memproses maklumat berlaku dengan cepat, maka segala 'unnecessary information' perlu dielakkan.
2. Penulis buku tentunya orang dewasa yang mempunyai WM yang jauh lebih cekap kerana WM nya boleh berinteraksi dgn pengetahuan sedia ada dalam long-term memory (LM) yang lengkap. Ini tidak berlaku kepada murid yang tersangatlah novisnya. Sedikit masalah kecil kepada expert hanyalah secebis ombak dipersisir pantai tetapi adalah satu gelombang besar dilautan dalam oleh novis.
3. Bukan itu sahaja, persembahan yang tidak dirancang sesuai dengan keupayaan WM murid yang novis, hanya akan mengundang split-attention effect. Bila ini berlaku, murid celaru dan keliru untuk mengetahui apa yang sebenarnya cuba perjelaskan oleh kandungan buku teks.
4. Tentu ada yang akan respon 'tapi buku teks sebagai panduan sahaja...' atau 'terserahlah kepada guru untuk menjelaskannya...'
Respon jenis apakah ini? Jika panduan, buku mestilah lengkap tapi ringkas, bukan padat dan sendat. Kalau terserah kepada guru, adakah boleh guru abaikan sahaja buku teks tersebut? Jika boleh, kenapa setiap murid perlu memilikinya yang dipikul saban hari ke sekolah?
5. Bukan sahaja maths dgn angka yang digunakan sampai juta-juta, sedang konsep yang hendak dikira hanyalah tambah dan tolak. Memanglah bagi maths Tahun 2 konsep 234 - 122 sama dgn 1323122343 - 20009899, tetapi cognitive load bagi masalah soalan yang kedua jauh lebih membebankan. Bukan sahaja tidak ada dalam situasi harian murid keperluan mengira juta-juta, orang dewasapun pun tidak akan menghadapinya. Jadi untuk apa nak kira juta-juta tersebut?
6. Bahasa pun sama. Cuba tanya anak anda sekolah rendah maksud 'munasabah' dan minta dia berikan contoh.. selain dari 'Muna org Sabah'. Perkataan ini muncul dalam buku sains Tahun 3. Ini baru satu contoh. Memang sukar tetapi memilih pkataan yg mudah dlm bahasa yg mudah adalah keutamaan yg tidak boleh diabaikan.
7. Terdapat berbagai cara penyelesaian ditunjukkan dalam buku Maths misalnya, selain bentuk lazim termasuk sempoa, dengan niat murid ada pelbagai cara menyelesaikan masalah. Aku sekadar nak tanya, berapa ramai sainstis yang menang Nobel Prize menguasai sempoa?
8. Mmg benar buku teks perlu ikut silibus.. tetapi yg dibincangkn disini adakah buku tersebut 'presentable' sesuai dgn tahap murid.
9. Pernahkah ada kajian perbandingan, buku mana yang paling disukai, mudah difahami serta sesuai untuk pengajaran murid berbagai lapisan?
10. Meminta subject matter expert utk menilai buku tentulah tidak sama dgn pihak yg benar2 menggunakn buku tersebut....
OT
No comments:
Post a Comment