Status ini penuh dgn gap utk anda... jom share !
Aku malas nak fikir dalam-dalam pasal gap. Setahu aku, buat PhD ke.. Master ke... DBA ke... EdD ke semuanya utk contribute to knowledge... tiba2 ada je yang sebut pasal gap. Diluar dunia PG, setiap saat ada orang contribute to knowledge, buat macam2 research dan penulisan... kita tak abis2 patah kebelakang nak cari gap... kemudian stuck dalam gap !
Contoh gap ?
Aku ambil contoh foto berikut (sila baca foto tersebut dulu). Aku tak tahu pulak ada kajian lepas yang dapatannya inconclusive (bahasa mudahnya meragukan) dan juga berlaku contradictory - kedua2nya dianggap gap.
1. Kalaulah ada dapatan yang meragukan, kenapa plak diterbitkan dalam artikel setelah disemak oleh editor? Adakah anda lebih editor dari editor? Tak tahulah kalau gap tersebut dirujuk dalam artikel 'low standard', atau hasil kajian undergrad yang tak diindeks?
2. Kalau dapatan tersebut dah bertahun lamanya, tentulah ada yang meragukan jika muncul kaedah analisis yang lebih advanced. Maka buatlah kajian baru anda sendiri dgn analisis advanced tersebut, biar jelah dapatan kajian lepas yang memang terhasil dengan method lama yang sesuai ketika itu. Yang sibuk2 dgn kajian lepas yang dah outdated tu kenapa?
3. Berapa banyak pulak artikel yang dapatannya meragukan - 1, 2, 5 atau berapa ? Biar jerlah sebab banyak lagi dapatan kajian lain yang tak meragukan... kan ?
4. Kenapa bila berlaku contradiction kita pulak nak buat kajian baru dalam isu yang sama? Kalau kita buat kajian, adakah ia akan selesaikan 'contradiction' tersebut, atau menambahkannya lagi? Adakah dapatan kajian yang contradiction tersebut menggunakan variable, method, isu, konteks, sample dll yang sama? Kalau tak sama, biasalah ada contradiction. Kalau sama, tak mungkinlah pulak. Abis kat mana gap atau kelompongan nye?
5. Ayat terakhir ..."Consequently, many researchers have concluded that more research is needed in that area.." bukan bermakna anda pulak perlu buat kajian dan anggap itu satu 'gap'
6. Siapa anda nak kata ada dapatan lepas tu inconclusive, sedang anda apa kajian pun belum buat lagi.. malah ntah faham ntah tidak apa yang dibuat oleh pengkaji lepas.
7. Tiba2 jer dakwa yang contradiction, inconclusive dan 'more research is needed' adalah satu hint 'this is an implied gap to the researcher' ....
8. Katalah itu memang gap - jadi apa yang nak dilakukan bila dah jupa 'gap' tersebut - buat kajian baru (kajian apa?)... guna IV/DV baru (mana satu) atau bagaimana?
9. Apa kata kalau ada pihak lain kata tak nampak gap atau gap tersebut (inconclusive / contradiction) tak kukuh? Macamana nak nampakkan gap tersebut dan nak bagi kukuh lagi? Caner? Baca 100 lagi articles?
10. Banyak soalan kat atas tu.. macam gap ler juga....siapa nak tolong isi gap tersebut dgn memberikan jawapan ?
OT
No comments:
Post a Comment