.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, May 15, 2019

Tajuk 1128 : CINTA - PISA atau TIMMS ?


1. Peningkatan kandungan silibus dikatakan berkait rapat dgn ranking PISA / TIMMS dan ekoran laporan OECD. Adakah ini yang sedang kita lakukan ?

2. Sekali lagi aku tidak melihat keputusan PISA / TIMMS sebagai satu keperluan untuk menggubal dan menaikkan silibus.


3. US, Israel, UK, serta Sweden antara negara yang keputusannya TIMMS / PISA nya juga tidak memberansangkan sedang negara2 tersebut sentiasa menyediakan pekerja berkemahiran masa depan dan munculnya inovasi bertaraf dunia.

4. US dan UK dah lama obses kepada STEM, malah merekalah yang popularkan STEM. tetapi dgn cara yang gradual. Mereka tidak meninggalkan manusiawi (ikut falsafah mereka), atau menaikkan silibus tetapi sebaliknya menyediakan kemudahan yang semakin baik utk pendidikan STEM. Jadi, aku berpendapat, pekerja berkemahiran yang didambakan dengan 4C mungkin tiada kaitan dgn keputusan TIMMS / PISA.

5. Adalah baik mendapat ranking yang tinggi dlm TIMMS / PISA, dalam masa yang sama berjaya menjadi negara yang juga mampu membina pekerja berkemahiran. Tetapi tentunya tidak semua negara boleh berada di atas dalam TIMMS / PISA seperti Singapore, yang menjadi jagoan 'test-taking', namun masih banyak negara yang terus maju dan berjaya.

6. Singapore sebagai sebuah negara kecil dgn sumber terhad telah menggerakkan rasa 'terdesak' rakyatnya untuk berjaya dalam pendidikan. Tanyalah rakyat Singapore jika tak percaya.

7. Hebat manapun keputusan dalam Sains dan Maths, pelajar mestilah boleh menguasai aspek lain, tahu berinteraksi, berani mencuba dan membuat innovasi. Syarikat / organiasi masa depan tidak akan bersandar kepada keputusan peperiksaan bakal pekerjanya, tapi kaku bila menghadapi cabaran.

8. Dulu kita guna perkataan networking sahaja, sekarang social networking. Dulu kita fokus kepada constructivist, sekarang kita naikkan kembali social constructivism. Dulu kita expert dalam satu2 bidang, sekarang menuju multidisiplinary. Bermakna, sesuaikan sahaja apa yang kita sedang lakukan ke arah ini, bukan dinaikkan silibus hingga ada yang sudah terkebil-kebil sebaik sahaja membuka muka surat 1 buku sains.

9. Keputusan TIMMS /PISA boleh dijadikan refleksi kelemahan perjalanan sistem pendidikan, bukan terus meningkatkan kandungan silibus dengan hasrat untuk saling bersaing, sedang yang mengadap silibus tersebut tidak keharuan.

10. KPM telah melihat nilai 'cinta' dalam pendidikan yang tidak diuji dalam TIMMS / PISA. Ini bukan bermakna kita berkhayal, dan meninggalkan teknologi. Kita menggunakan teknologi / ICT dalam pengajaran kerana kita cintakan murid kita. Kita menyediakan bahan terbaik kerana kita cintakan pengajaran. Tiada siapa yang patut rasa terlalu superior sehingga bekerja dgn mengarah dan memberi arahan tanpa cinta...

Wallahualam


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...