.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, May 15, 2019

Tajuk 1117 : STEM... semua pakat-pakat terkejut !


1. Kita tiba-tiba obses dgn STEM kerana STEM dikatakan sebagai persediaan ‘masa depan’ yang dijangka dipenuhi robots dgn AI. Orang dewasa khususnya cerdik pandai mahu anak-anak ‘future-proof’.. belajar mechine learning, AGI, Big Data, IOT walaupun masa depan sukar diramal dan tidak pasti. Namun ada satu perkara yang kita lupa. Suatu yang pasti adalah masa kini.

2. Apa sebenarmya yang kita bimbang? Perbahasan oleh so called experts yang mencadangkan gelombang masa depan masih diperingkat swallow, acah-acah dan spekulasi, dengan beberapa buzzword kita pun melatah. Ingat lagi fenomena Y2K, istilah yang diheboh2kan oleh pakar.... yang kecoh satu alam maya... berforum sana sini... akhirnya senyap sepi bila menjelang 2000.


3. Kita mula bercakap pasal masa depan. Kita ingin bersedia dgn masalah yang belum lagi wujud, sedang yang kita hadapi masa kini terlalu banyak dan bertimbun. Macamana nak hadapi masa depan jika asas 'good education' masa kini masih belum tercapai.

4. Minat terhadap STEM makin merudum. Keghairahan kepada STEM dan masa depan tidak salah.. tetapi obses kepada STEM sehingga mencelarukan lagi akar umbi (baca: murid-murid dan guru-guru) itu yang membimbangkan sehingga hilang ‘gambaran sebenar’ pendidikan... yang dikejar tak pasti apa ke benda.. yang ada terus berkucalana.

5. Di manakan kedudukan 4C – Communication, Collaboration, Creative and Critical dalam sistem pendidikan? Yang menjadikan anak-anak bakal pekerja yang cemerlang masa depan adalah kerana nilai 4C... sedang STEM adalah beberapa subjek sahaja. Malah minat utk meneruskan kerjaya bidang STEM , bukan disebabkan teknologi, tetapi bagaimana teknologi digunakan sejajar dengan keperluan murid untuk memahami kandungan yang dipelajari.

6. Aku rumuskan bahawa yang menjadikan murid ‘bersedia’ dengan kerjaya masa depan bukan STEM tetapi bagai pihak berwajib berkomunikasi dan berkolaborasi untuk menjadikan pendidikan sesuatu yang menarik dengan penyelesaian yang kreatif hasil penelitian yang kritis terhadap sebarang krisis yang dihadapi dalam pendidikan masa kini.

7. Kegagalan menggunakan 4C terlihat dengan penghasilan kurikulum yang semakin 'padat' sehingga merengsa anak-anak dan ibubapa, mengusarkan guru-guru sedang ia tidak membantu kecintaan anak-anak kepada STEM, malah statistik menunjukkan ia menjauhkan lagi mereka.

8. Tentulah yang obses kepada STEM ini sepatutnya murid-murid, jika ia satu keperluan masa depan, bukan pengeluar buku, alatan robotik, produk2 quick fix science, producer drone atau computer games.

OT - foto... bersama melihat masa depan !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...