1. Oral examination diadakan bertujuan sebagai forum utk PG menjelaskan pemahamannya terhadap kajian yang dijalankan sendiri kepada panel... bukan dipersoalkan semula pemahaman tersebut dengan perkara yang sepatutnya dah selesai.
2. Kalau masih mahu ditanya kenapa buat A dan tidak buat B, kenapa kaji isu ini bukan isu yang lain, apa masalah kajian yang dikaji, kenapa buat kuali bukan kuantiti, kenapa itu dan ini... sepatutnya panel yang sama dijemput mengajar Research Methodology, hadir sebagai panel PD dan menjadi panel VIVA kepada PG yang sama.
Kenapa plak?
3. Kerana dia sahaja yang tahu soalan VIVA dan jawapannya dan yang boleh membetulkan jawapan PG... sehingga PG boleh menghasilkan satu kajian bermaqam PhD serta ada impak kepada kerajaan, kepada industri, kepada komuniti, kepada polisi, kepada agensi dan kepada society. So kenapa tidak ?
4. Soalan yang mungkin tidak terlintas dikepala PG pun boleh ditanya seperti beza antara paradigma dan pendekatan kajian, malah beza antara masalah dan isu, beza antara limitasi dan skop serta beza antara signifikan dan kepentingan kajian serta yang seangkatan dengannya.
Abis kalau tak tanya, macamana nak tahu PG tu faham ke tidak kajiannya?
5. PG yang dah dianggap layak VIVA oleh SV... tentu faham kajian yang dilakukan, tetapi tentulah tidak sedalam yang difahami oleh panel yang hebat dgn pengalaman yg dikumpul sejak puluhan tahun. Panelpun tidak mungkin tiba2 hebat dan tahu semuanya over nite.
6. Ini bukan bermakna PG boleh relex sahaja ketika VIVA... dan semua maklum, mereka tak tidor malam untuk membuat persiapan. Maka sesi VIVA sepatutnya memberi ruang PG mempersembahkan kajiannya dengan pengalaman panel diperlukan utk memantapkan kajian tersebut, bukan mematahkan semangat mereka dgn soalan-soalan auxiliary...
OT
No comments:
Post a Comment