1. Aku dah lama ronda2 utk cari word limit proposal serata dunia. Yang paling tinggi aku jumpa adalah 10 - 20 pages (12 font and 1.5 spacing) - lihat semua foto.
2. Umumnya sekitar 2500 atau 3000 words (maxima 10 pages), malah ada yang hanya 5 - 6 pages macam jot down main ideas sahaja... tak ada ikut format, tak ada format rigid macam mini thesis.
3. Malah ada di Jepun... proposal ini (PG Jepun jgn marah).. ada atau tak ada sama je ... bergantung kepada sensei.
4. Secara umum... perkataan 'feasibility of the research' sering digunakan sebagai tujuan utama proposal... maka ia tentunya 'shallow' tetapi lengkap.
Apa makna semua ini?
5. Ini bmakna universiti terhebatpun menganggap proposal sebagai blueprint bukan mini thesis yang tebal dan detail. Sebab itu dihantar PG dgn belanja besar ke obersi sejak sekian lama utk belajar cara terbaik mengendalikan calon PhD... bermula dari proposal yang ringkas tapi lengkap...
Note: Aku tak boleh bayangkan bila PG dgn 100 pages (dah 5 sem) dikatakan belum capai maqam PhD.. dan tak leh bayangkan jika dgn 100 pages ini baru boleh defense then pastu kena tukar tajuk.... OMG ampunilah dosa-dosaku...
OT
No comments:
Post a Comment