.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, May 5, 2014

Tugasan Final EDU5900

Sediakan satu kertas cadangan kajian yang lengkap dengan butiran berikut:

- 60% sumbangan markah EDU5900

Font:
- 12 arial, 1.5 spacing
- 2500 – 3000 perkataan (tidak termasuk TOC dan senarai rujukan)

Urutan:
- TOC, Senarai Jadual, Senarai Rajah
- Bab 1 (Pendahuluan)
- Bab 2 (Sorotan Literatur)
- Bab 3 (Methodologi)
- Rujukan (Format APA)

- Sekurang-kurang 20 rujukan dgn 75% atau 15 rujukan adalah journal  
- ¾ dari bilangan 75% tersebut mestilah jurnal tahun >2010
- Gunakan Navigation Pane / Doc Map dan Mendeley 

- Hantar selewat-lewat pada 16 June 2014

Cover:
- Light blue
- Nama + Matrik + Hp
- Tajuk kajian






Sunday, May 4, 2014

Tajuk 589 _Generalisasi dan populasi - Bhg 2

Saya bagi 6 langkah menentukan sample utk membuat generalization (sila rujuk dan baca Bhg 1) dgn contoh sempoi tapi details bagi supervisee memulakan pencarian sample.

Inilah post yang saya terima... (sila semak klu xcaya).... respon dari pembaca...

“Tapi Dr biasanya nanti ditanya 'macam mana u boleh suka2 pilih kategori A sahaja (bukan B,C,D..Z) , 5 – 10 tahun (yang baru kerja) dan kenapa Selangor bukan Kelantan. Nak cari jawapan ni pun dah setahun (kalau jumpa). Tu tak masuk lagi kenapa guna formula Cohen. Sebenarnya lebih kurang masalah saya sekarang”

Ini jawapan umum saya.... saya anggap post di atas adalah sebahagian “budaya SV di Msia” yg suka tanya kenapa sebelum bagi apa-apa… kononnya nak elak budaya spoon feeding hingga supervisee terkonting2..... 

Pertama:
Anda novis. Research adalah pra-syarat kpd master/ PhD yg diberikan kredit sebagaimana anda mengambil course work… bukan tugas hakiki anda spt makan gaji bekerja dgn kerajaan. Anda adalah pelajar postgraduate !

Kedua:
Anda boleh menolak tajuk kajian, SV tak ada hak nak paksa anda buat apapun tajuk tanpa persetujuan anda...

Ketiga:
PhD dan master hanya “academic exercise” utk melatih diri sebagai penyelidik berdikari dan kajian anda tidak akan memberi impak apa2…. kepada sesiapa…melebihi impak kepada diri anda dan SV anda yang mendapat nama bila paper anda diterbitkan

University of Adelaide...
sebahagian kenanganku ada bersamamu...


Keempat:
SV sebagai experienced researcher patut beri panduan dahulu, bagaimana persampelan patut difokuskan supaya tidak terlalu besar tetapi memadai utk anda membuat generalisasi... bukan asyik bertanya "kenapa" dan "kenapa" sedang kajian entah kemana....

Kelima:
Ada dua sebab kenapa SV suka jer nak tanya tanpa terlebih dahulu memberi pandangan yang bernas sbg seorang "expert" (i) SV sendiri tak tahu dan tak confident nak memberi panduan (ii) SV dulupun mungkin cengitu jugak…. setahun fikirkan camner nak ambik sample… kenapa buat di Selangor bukan di UK atau Uganda?

Keenam:
Kalau SV terangkan baik2 6 langkah pencarian sample itupun dah cukup mencabar supervisee mendapatkan sample dgn sendiri…. berdikari..... dan ini tak ada kena mengena dgn spoon feedingpun kalau bagi panduan tersebut…. sebab 6 langkah yang saya tulis tu "TAK ADAPUN DALAM MANA-MANA BUKU".... sekadar pengalaman membimbing pelajar..... sebab akhirnya supervisee lah yang akan terkejar kesana kesini mendapatkan sample…. bukan SV !

Ketujuh:
SV patut bimbing supervisee lebih kurang cenggini (itupun kalau nak ikut..). 

“Ko buat Selangor sahaja sebab itu adalah accessible population ko, dan di Selangor multi racial, cultural dan religion…. represent sebahagian besar kakitangan awam Msia…. tambahan dgn masa kajian ko yang terhad dan budget ko yang ciput.... ko pulak buat di UKM… di Selangor…. dan ko fokuskan kepada pegawai A sahaja kerana kumpulan ini adalah kumpulan pembayar cukai yg aktif dgn tahun bekerja 5-10 tahun sebab ini julat yang paling crucial utk pembayar cukai.... 

Jgn le pulak ko gi Kelantan cari sampel wpun kampung ko kat Tanah Merah dgn alasan rindu kat mak ko.... apatah lagi ko nak gi Ethiopia ler pulak…. kononnya AirAsia ada tiket promosi ke sana.....

Paling utama... ko mesti jalankan semua langkah validation instrument ko betul2 dan pastikan realible yang tinggi serta analisis data ko mendalam utk capai PhD / Master....

Then utk cari sample size.... gunalah formula Cohen sebab ko dapat detect effect size atau GPower yang dapat ko tetapkan statistical power ko juga... jgn bimbang kalau ko guna mana2pun ko akan dapat jumlah sample yang hampir sama.... ko ambiklah jumlah mana yang tinggi... tapi ko kena baca lagi mendalam bab sampling ni... saya hanya bagi panduan jer... ” 

Persoalannya.... salah ke bagi nasihat dan pedoman spt di atas kepada supervisee? 

Aku nak tanya.... adakah panduan di atas sebagai spoon feeding mcam pelajar SPM salin nota ringkas utk hafal sebelum jawab peksa? Sama tak? Adakah dgn maklumat tersebut, supervisee dah tak perlu fikir dan membaca dgn lebih mendalam? Spoon feeding tu maknanya bagi semua sampai yang terima tak perlu lagi nak fikir apa2....!!

Adakah dgn panduan tersebut, supervisee akan terus relex... tido... tidak menbaca lagi dan terus akan dapat sample tanpa buat apa2 ? Tentu tidak !!

Wahai pembaca post ku tersayang.... inilah antara yang aku maksudkan dgn directive supervision dari SV .... dan bayangkan supervisee terkontang kanting selama setahun utk mencari jawapan yang mereka tidak tahu dimana utk mendapatkannya... sedang masa tersebut sgt berharga bagi mereka, keluarga dan masa depan mereka. 

Jika SV sebenarnya pun tak tahu...SV juga perlu bertanya... bukn dapat PhD terus tahu semua.... then hanya tahu arahkan supervisee utk baca..baca dan baca....fikir..fikir...fikir... ada benda yang kadang kala terlalu baru bagi supervisor dgn jawapannya tidak ada tertulis satu persatu dalam buku mahupun journal ... so give them some direction...they will find the rest.!!

OT 

Tajuk 588 - 6 langkah generalisasi dari populasi Bhg 1

Dalam kebanyakkan kajian quantitative, anda tidak mungkin akan menjalankan kajian terhadap populasi. Sebelum anda ingin melakukan generalisasi… lakukan 6 langkah ini:

1. Definisikan target population
2. Narrow down kan definisi target population
3. Definisikan accessible population
4. Narrow down accessible population
5. Ambil bilangan sample yang represent accessible population 
6. Describe the sample in details

Contoh dummy:
SV ko pun berkata-kata "Cer u buat kajian pasal sikap kakitangan kerajaan Malaysia terhadap pembayaran cukai pendapatan"..... dan ko pun tanpa fikir panjang lantas menjawab "Baik Prof...." dan SV pun bangga n mjwab "Cantik... satu Msia tau" lalu bmulalah episod fening kefala ..... camner nk ambik sample... nk bantah tak brani...kan kan kan...

Jgn lurus bendul bro....Ko bukan Pak Menteri atau agensi Kerajaan... Ko hanya seorang calon PHD yg terkonting2 dgn mpunyai pelbagai kekangan so lakukan 6 langkah diatas... sudah memadai.....

1. Target population adalah kakitangan kerajaan seluruh Malaysia, N = 7.3 juta

2. Narrow down: Target population adalah kakitangan kerajaan kategori A di seluruh Malaysia, N = 1.3 juta

3. Accessible population adalah kakitangan kerajaan kategori A yang sudah bekerja 5 – 10 tahun di seluruh Malaysia, N = 200 K

4. Narrow down: Accessible population adalah kakitangan kerajaan kategori A yang sdah bekerja 5 – 10 tahun di seluruh Selangor, N = 20 K

5. Bilangan sample mengikut formula Cohen dgn medium effect size, n = 270 atau guna Gpower dgn 0.8 power adalah 280... jadi ambillah n=280 secara random (simple, cluster or stratified dll strategi sampling)

6. Huraikan demografi 280 sample tersebut secara statistik diskriptif (seks, umur, bangsa, agama dll yg releven) spt yang biasa dilakukan diawal Chapter 4.... tapi perlu lebih details supaya reader boleh justify representative sample yang diambil dgn ciri populasi seluruh Malaysia....membolehkan anda membuat generalisasi utk dapatan kajian anda….


Berapakan populasi kangaroo di Australia?


Last advice..... jgn tamak nak buat populasi terbuka.... tanpa definisi yang jelas.... tapi dapatkan accessible population yang memudahkan kajian....

OT

Tuesday, April 29, 2014

Tajuk 587: Mr Professor… your authority comes with responsibility and accountability !!

Ini sedikit kisah aku. Masa aku buat doctorate dulu… salah seorang yg terlibat adalah Prof Kevin (dah mendiang), Dean ketika itu. Dia memperkenalkan diri dia dihadapan ratusan pelajar baru semasa orientation week dan ketika memulakan kelas statistiknya buat kali pertama....dgn ucapan:

Im Kevin, pls call me Kevin.

Lihat sahaja cara dia berinteraksi, aku yang tak petah berbahasa inggeris ini pun hilang rasa takut.... 

Agak2 kat Msia ni boleh buat announcement cam tu tak?

Tentu tak boleh sebab culture di Msia berbeza..... kalau opening ceremony tak mula dgn Dato Datin dan segala macam tak ikut protokollah....

Prof atau SV dalam komiti advisory telah diberi authority…. kerana status mereka menentukan layak atau tidak progress yang ko lalui sebagai candidate master mahupun PhD… atau layak atau tidak thesis ko tu utk viva.

Authority ini lah yang menggerunkan aku dulu, dan juga ko serta kawan2 yang lain. Tapi lain berlaku dgn SV2 aku... Kevin yang sibuk ni (maklumlah Dean) bila dia panggil aku masuk bilik dia, satu persatu statistik aku di komen…. dan bagi suggestion. Aku terasa authority dia disertakan dgn responsibility dan accountability. Dia awal2 lagi memperkenalkan aku pada buku Andy Field, suruh aku fahami statistics dgn SPSS....dan minta aku masuk kelas statistik dia, masa tu aku rasa dilayan sebagai supervisee. 

Seorang lagi, Dr. Robert Matthews… seorang Jews (sebab dia ada photo memakai kopiah kecik atas kepala) membantu aku jalankan 2 kali pilot di Adelaide. Dia sendiri yang hubungi pihak college dan aku cuma follow up. Bila aku datang jer utk pilot testing…. pensyarah di kedua2 college dah sediakan pelajar utk aku. 

Tapi bila balik Msia utk collect data…. wpun selepas tulis surat rasmi melalui university aku.... aku terpaksa merayu bro…merayu wa cakap lu..... bagi dapatkan pelajar utk kajian sebenar…. tebal muka aku ini … macam pakai foundation dan mekap tebal opera China.... bila pegawai yang patut bantu aku main tolak2….. jadi penutup botol aku ni dijentik kesana sini…. namum “ku tabahkan jua” demi mendapat data !! Akhirnya selesaikan data collection aku…. terbit rasa serik namum itulah realitinya. 



Jadi…. aku berazam utk jadi SV yang berauthority sekaligus dgn responsibility and accountability… kecualilah pelajar tersebut sengaja menjauhkan diri… kerana hal2 peribadi !!

Aku percaya ramai SV yang responsible di Msia....dan aku harap budaya "authority comes with responsibility and accountability" terus subur dalam diri "bakal2" SV dan jgn hanya ada authority tapi gagal menjalankan responsibility !

PERLANCARAN BUKU AKU DI PWTC...

Acara gilang gemilang perlancaran 2 buku terbaharu aku "Thesis and Research: If Only I Had Known" dan "Dialah Supervisorku" pada 30.4.2014.... 


















Monday, April 28, 2014

Group Assignment for EDU3204

FCE3204
Group Assignment

1. Please “create” creatively one product / device / apparatus which can be used amongst UPM students. You can do “PO” technique.

2. Prepare a “creative’” but simple presentation to promote your  product / device / apparatus and why do you think that the product / device / apparatus is worth invented based on any four of CoRT tools (choose only ONE CoRT).

3.Your presentation must not exceed 3 slides and 5 minutes presentation.  

4. Write a report (free style) based on the followings:
• Arial, font 12, 1.5 spacing
• Approximately 1000 words

5. All groups must submit the report on 6 May 2014.

Gaya kreatif .... hu hu


Dr OT

Tajuk 586: Sekitar KL Int. Book Fair 2014 dan Kajian original tak pernah wujud !!

Sebelum aku kupas tajuk di atas.... berikut photo aku di KL International Book Fair 2014... yang menjual 8 buku tulisan aku...














Post aku sebelum ini tentang thesis tak perlu original dalam ertikata kajian "tak pernah dibuat orang" mendapat reaksi....ada yang tak percaya … ada yang tertanya2… ada yang mcm dah terkena.. so aku nak sambung lagi… dgn contoh yang skit giler2….tapi aku masih waras dgn paradigm yang aku cuba bawa...wpun menyongsang arus tetapi aku faham apa yang aku tulis... tak mau jadi ikut2an...

Dalam pendidikan misalnya, tajuk yang ada perkataan ICT jer mesti dikatakan dah basi, tak original... dah berlambak orang buat..... maka pelajar pun panic ... mengelabah nak cari tajuk lain....

Bagaimana dgn tajuk ini?

"Pembinaan APP bagi makmal visual subjek Sains RumahTangga menggunakn learning object dengan pelantar android"

Boleh ke cikgu SRT buat kajian tu? Jika boleh berapa ramai? Aku yakin tak ada sorangpun yang mampu. 

Faham ke SV dgn latarbelakng pendidikan vokasional akan learning object dan Android tu? Pun aku percaya mereka juga tak tahu. Jadi jgn ler beriya2 nk tajuk "baru" takut tak ada SV yg boleh supervised atau SV minta tajuk baru yg sendiri belum tentu boleh supervised !

Tajuk ICT yang biasa2pun masih releven....kerana kajian berkembang ikut masa...tajuk ICT hanya basi kerana ramai yang buat kajian yang hampir2 sama....spt kajian keberkesanan pre-post experimental design…sampai dah tepu......namun tajuk ini tetap releven...segar dan tak basi hanya jika.....

1. kajian memantapkan / re-validated instrument yang ada katakan dengan Rasch model .. supaya dapatan lebih reliable dan valid

2. dibina model yang lebih comprehensive membina soal selidik yg sesuai keadan semasa, lakukn EFA / CFA dan kemudian diuji dengan SEM analysis 

3. kajian dibuat dengan membina soal selidik sendiri dan kemudian diuji pula dgn multilevel modelling menggunakan Mplus atau M+, berbanding model dalam analisis SmartPLS atau AMOS ... bagi menganggar pelbagai model dgn latent, or unobserved variables bagi model yang lebih complex tak kira samada kedua2nya continuous atau berbentuk categorical...

4. Menguji ICT dari aspek kualitatif dan kognitif dgn menjawab persoalan why dan how?

Faham tak apa yang aku tulis kat atas tu?

Tak fahamlah...

Jadi yang basi tu adalah pengetahuan ko bro...dan maybe pengetahuan sesetengah SV juga.... dan jika ini hakikatnya kenalah terima... jadi bukanlah TOPIK tu yang dah basi malah TOPIK berkaitan ICT dalam pendidikan masih banyak ruang yang perlu diperhalusi.... 

Maaf ler kalau aku terlalu berterus terang.... sebab ini juga cabaran bagi diri aku sendiri.... akupun tercabar utk update pengetahuan aku... Ini dikatakan contribution / advanced the knowledge.....

Aku nak tambah lagi ……berusahalah membuat "tesis yang baik" bukan yang original dgn maksud “tak pernah dibuat orang” sebab ...

Pertama:
Penghasilan thesis yang baik adalah bukti keupayaan individu menjalankan proses kajian secara sistematik, secara independent. Dan jika dia berjaya laksanakan dalam tempuh yang diberikan, itu adalah “the best thesis”. .. kerana bagi aku the best thesis adalah “the thesis that is completed independently by the candidate on time”

Kedua:
Oleh kerana PhD baik Master pun, adalah program scholar yang di anugerah oleh institute pengajian, maka elemen penulisan yang baik, jelas dan kupasan theory yang mantap serta analisis data yang komprehensif adalah ciri “The best thesis” yg patutnya diutamakan…. melebihi "sesuatu yang tak pernah dibuat orang…”

Ketiga:
Thesis yang baik adalah thesis yang menunjukkan pemahaman dan penguasaan penyelidik / pelajar sendiri secara yang mendalam terhadap segala aspek pengetahuan, proses menjalankan kajian, analisis data dlm area yang dikaji. 

Keempat:
Kajian “yang tak pernah dibuat orang” hampir tidak wujud bro. Kalau wujudpun kerana pelajar tersebut hanyalah “sebahagian” dari satu projek yang telah lama berjalan.. bukan dimulakan dari scratch oleh pelajar tersebut secara individu.

Satu contoh “The Best PhD Thesis 2011” yang dianugerah kepada kajian seorang pelajar nukleur fizik berkaitan kajian ALPHA (Antihydrogen Laser PHysics Apparatus). Pelajar tersebut menjadi student MSc dan kemudian PhD dengan satu kumpulan penyelidik terbaik dunia yang telah lama mengendalikan projek ALPHA di makmal CERN (European Organization for Nuclear Research), makmal terbaik dunia (sponsored dari 12 negara Eropah) yang beroperasi sejak 1952. Jadi penulisan thesis pelajar tersebut adalah “sebahagian kecil” dapatan project ALPHA yg sudah pasti tiada yang seumpamanya di dunia. 

Ko jgn tak tahu....CERN juga terkenal tempat kelahiran World Wide Web, WWW .... sehingga ko boleh bertenet siang malam dengan FB ko tu ! 

Berapa banyak thesis yang boleh dijalankan dalam keadaan ini? Sebab itu aku berpendapat…. … peluang ini terlalu ideal untuk dijadikan ukuran the best thesis secara umum… “sesuatu yang tak pernah dibuat orang” malah peluang membuat PhD spt di CERN kelihatannya seperti “tidak wujud” di university manapun didunia ini…. !!! 

Jadi aku simpulkan bahawa thesis hasilkan “ sesuatu yang tak pernah dibuat” tidak mewakili keperluan asal thesis yang mengutamakan penghasilan penyelidik yang berupaya menjalankan kajian saintifik secara sistematik untuk "contribute to the body of knowledge” dalam satu tempuh masa yang munasabah secara independent.

Jika masih nak cari jugak tajuk "yang tak pernah dibuat orang".... sukati korang ler ... 

OT

Tajuk 585: Master / PhD Research – The journey is FAR MORE important than the destination !

Bunting di Pintu Utama UPM....
Perbualan dgn beberapa peserta bengkel di UMP Pekan siang tadi masih membawa lagu lama. Dgn jelas masih ada pelajar menyatakan bahawa research mestilah original iaitu yang belum pernah dibuat orang ! Bila ditanya - SV yang tekankan perkara tersebut !!

Aku nak bertanya apa yang original – teori, instrument, analisis data? Maybe ada yang kata – data itulah yang original? Abis kenapa berbangga dgn data yang “original” kalau data tu terhasil dari teori dan instrument kajian lepas yang dah “pernah dibuat orang” !
. 
Dgn berbekalkan pengetahuan “lama” yang diajar dlm kelas research methology, pelajar diminta buat research yang “baru” dgn penekanan kpd “kajian yang tak pernah dibuat lagi” sambil meminta mereka membuat literature review yang mendalam dari “kajian lepas yang pernah dibuat” …. emmm patutlah ramai pelajar yang bingung... 

Baru clear...
Research adalah satu PROSES dan PROSES inilah yang penting… yang perlu DIPASTIKAN dapat dikuasai oleh pelajar…. 

Kalau ikutkan aku…. terutama disiplin sosial sains.... buat jer tajuk apapun dalam bidang masing2…. asal PROSES yang diikuti oleh pelajar menepati standard master / PhD…. Sebab bagi aku, kajian yang original adalah “kajian yang dilakukan sendiri oleh pelajar” bukan “kajian yang tak pernah dilakukan orang” !

Aku nyatakan lagi ….For master / PhD research….the journey is FAR MORE important that the destination !


Tuesday, April 22, 2014

Tajuk 584: Aku tak minta lahir kedunia !

Aku baru selesai menghadiri “sidang kemuncak” guru2 MRSM…. Guru2 yang mendidik anak2 cemerlang akademik. 

Tiba2 hati aku sayu…. Kerana setiap anak dilahirkan dgn fitrah yang suci… ibarat kain putih, namun Allah takdirkan lahir juga anak yang kelainan upaya mental, juga ada yang mempunyai kelainan fizikal..... dgn pelbagai nama pula - autism, dyslexia, ADHD, GDD dan sebagainya.....

Anak yang mempunyai kelainan ini juga memerlukan ruang untuk pendidikan... ruang untuk berada dalam mainstream pendidikan negara.... Aku tertanya2 lagi, di manakah sekolah mereka? Siapa yang mengajar mereka? 

Oleh kerana mereka dinamakan “insan istimewa” adakah sekolah mereka juga istimewa? Jika tidak lebih istimewa dari Sekolah PERMATA PINTAR ….. atau dari SDAR dan Tun Fatimah tentu lebih istimewa dari Sekolah Berprestasi Tinggi yang bercambah tumbuh diseluruh negeri? 

Betulkah telahan aku ini? Aku juga tertanya2….adakah guru mereka juga istimewa……. mendapat latihan khusus dan terlatih … termasuk menghadiri “sidang kemuncak” di hotel mewah untuk membicarakan pemantapan persekolahnak2 istimewa ini ?

Semasa aku belajar di Australia dulu…. Tiada taman perumahan, shopping kompleks atau apa-apa prasarana akan diluluskan pembinaannya jika salah satu syarat wajib iaitu kemudahan kepada insan istimewa ini tidak disediakan. 

Mereka betul2 istimewa…. Mereka tidak tersisih…. Sebagaimana Nick Jujicic yang tiada tangan dan kaki tetapi mendapat tempat yang istimewa disana… sehingga menjadi motivator berkelas dunia... hingga jadi icon mereka yg normal juga...malah sejarah dunia sering mencatatkan kejayaan golongan istimewa...
Mereka anugerah ALlah...

Aku ingin ucapkan terima kasih secara khusus kepada ex-pelajar ku.... dan kini menjadi sahabat... Puan Wan Nomi Wan Omar yang menjelajah keseluruh Malaysia berceramah dan mendemonstrasi memberi kefahaman betapa anak-anak ini memerlukan pendidikan dan perhatian yang sama malah sepatutnya lebih istimewa....

Dan terima kasih juga kepada insan2 lain yang turut menyumbang kudrat dan fikiran.... guru2 pendidikan khas khususnya.... sesungguhnya memang anda semua teramat ISTIMEWA....sedang aku hanya mampu sekadar menjadi pemerhati yang setia..... !

OT

Monday, April 21, 2014

Bengkel Research Methodology dan Thesis Writing bersama pensyarah MARA dan MPWS

Photo 1: Bersama pensyarah MARA di ANCASA KL








 Photo 2 - Di MPWS @ Bandar Baru Bangi








Friday, April 18, 2014

Tajuk 583 - kajian anda hanyalah rangka tidak bernyawa !

Sapa berani jawab?

10 soalan basic... kajian anda hanyalah rangka tidak bernyawa !!

Ramai yang buat kajian quanti…. lalu melihat secara skeptikal pada kajian quali. Betapa ramai SV yang sinis kepada kajian quali dgn menyebut ayat klise "jgn buat quali... susah.....n lama...." sedang mereka sendiri tak pernah pun jalankan kajian quali....... lucukan? Jgn bimbang dunia supervision sebenarnya banyak kisah2 lucu.... sebahagiannya saya rakamkan dalam buku saya "Dialah supervisorku..."

Tahukah anda kajian quali bukan sekadar kajian tentang manusia tetapi juga adalah tentang kemanusian? Sehebat manapun data empirikal kajian quanti anda mengkaji manusia, dan seramai manapun sample kajian quanti…. anda masih perlu menggunakan kemanusiaan anda utk mentafsir dapatan tersebut… jika tidak kajian anda persis rangka tak bernyawa.

Sebagai scholar, pelajar mahupun pengajar, anda tidak boleh pandang sinis kpd kajian quali. Jika anda hanya berkiblat kepada quanti.... kepakaran anda tempang...... 

Saya percaya…. anda sebenarnya takut kepada kajian quali kerana anda jahil dan tidak tahu ! Paling sadis anda termakan momokan dari orang yang sepatutnya membimbing anda..... supaya anak tirikan kajian quali.... sebab ramai yang masih kelabu !!

Tak cayalah..... jgn buat tuduhan melulu bro... tak baik !

Kalau anda tidak percaya.... berikut ada 10 soalan “basic” tentang kajian quali utk anda jawab khususnya pada mereka yang akan atau sedang buat kajian quali atau yang telahpun mengikuti kelas qualitative:

1. Kenapakah inductive dan deductive approaches sentiasa diperlukan dalam kajian quali?

2. Sejauhmanakah anda sebagai reseacher yang juga “instrumen” boleh membuat tafsiran sendiri kepada data quali yang diperolehi?

3. Bagaimana proses open coding, axial coding dan selective coding dijalankan sehingga memberi makna kepada data transkrip, photo, dokumen, audio, video dan observation anda?

4. Bagaimana munculnya tema, subtema dan pemilihan tema yang membawa makna dan bagaimana mengesahkannya?

5. Bagaimana pula membuat validity ke atas data-data transkrip, photo, dokumen, audio, video dan observation tersebut?

6. Bagaimana pula membuat triangulation kepada data-data quali anda?

7. Apakah pula priori coding dan emergent coding dan bagaimana pula untuk mendapatkannya dan menggunakannya pula dalam analisis data?

8. Apakah pula maksud "groundedness" bagi sistem code dalam kajian quali?

9. Tahukan anda bagaimana untuk membina semantic network bagi memberikan makna menyeluruh kepada datang quali anda?

10. Bagaimana anda ingin membuat coding pada rakaman video?

Sapa berani jawab 10 soalan basic di atas dan bagaimana ianya dijelmakan dan dipraktiskan dilapangan dan ketika menganalisis data?

Jangan tak percaya… mungkin "ada" pensyarah yang dah bertahun2 mengajar quali pun mungkin hanya boleh menyebut dan menyampaikannya dalam kuliah, secara theory yang mungkin menjela2…..dan berangkai2 macam jala..... tetapi belum tentu dapat menunjukkannya satu persatu secara explicit bagaimana jala tersebut digunakan utk menangkap ikan ketika berada disungai atau lautan.....… sehingga selepas mengikut kelas Qualitative Method.... masih ramai pelajar masih teraba2.... meraba2 tak tahu hala.... sehingga kelihatannya sangat susah dan terseksa ! Percaya tak? Malah anda mungkin salah seorang daripadanya !!

OT

Tajuk 582 - 20 Petanda SV yg perlu diberi perhatian....

20 petanda awal SV wajib diketahui....

Adakah SV anda....

1. Nasihatkan anda supaya abiskan coursework terlebih dahulu sebelum fikir hal research 

2. Sering menyebut "there is NO short cut" "NO smart way".... 

3. Favorite dia "this is PhD.... you need to do it all on your own..."

4. Jika ada yg tak kena terpacullah "If I can did it , why dont you?"... 

5. Meminta anda mengemukakan TAJUK tanpa memastikn anda menguasai terlebih dahulu TOPIK kajian.

6. Tak suka bincang tapi suka menasihatkan anda "baca lagi... baca lagi...." atau "tulis dulu tulis dulu ....." 

7. Meminta anda memikirkan tajuk "futuristic" dan "bombastic" 

8. Meminta anda menyediakan proposal chapter by chapter dan menyemaknya pun chapter by chapter 

9. Hanya menyokong satu pendekatan sahaja samada quanti atau quali 

10. Ingin menjadi MAIN author pada artikel yang anda tulis dengan hanya membuat editing skit sana sini 

11. Memberi komen ringkas spt tanda “?” termasuk komen cadangan yg dulu dia sendiri yang bagi.....

12. Sukar untuk ditemui... tidak balas email...... Whatsapps..... sms atau kesemuanya sekali.

13. Lambat mengembalikan draft yang dihantar 

14. Suka beri pendapat......tapi tak suka dengar pendapat

15. Menyuruh anda siapkan proposal then biarkan sahaja komen datang masa defend proposal... paling best dia tompang semangkuk bagi komen ! 
..
16. Menjawab "saya dulu tak guna software apapun dapat PhD jugak..."

17. Sekali sekala menyebut "buat apa buat kajian yang tak ada impak pada polisi itu dan ini..."

18. Antara suggestion awal "Cari tajuk kajian yang original, breakthrough, earth remover, tak pernah dibuat lagi...." tapi tak pernah le pulak tunjuk thesis dan apa yang dia buat masa dapat Master atau PhD...

19. Bercakap sebagai seorang ultra-expert sampai yg mendengar tak berapa nak faham....

20. Menunjukkan riak wajah sedikit pucat ...bila anda cadang nak guna Rasch Model atau guna smart PLS.... multivriate analysis... SEM serta software Winstep dan Atlas.ti

Adakah SV anda mempunyai satu atau beberapa petanda di atas??

OT

Friday, April 11, 2014

Tajuk 581: Penyelidikan semudah Déjà Vu !!

Déjà vu bermaksud sesuatu yang anda tiba2 alami dgn satu perasaan spt ianya pernah anda alami sebelumnya (maybe ia maybe tidak).

Apa kena mengena dgn penyelidikan? 

Katakan anda mempunyai latar belakang educational psychology. Tetiba anda berminat utk membuat kajian berkaitan dengan learning disability. Selepas menemui SV….. anda diminta membuat kajian berkaitan learning disability dalam kalangan kanak2 tetapi bukan dyslexia.. 

Tajuk ini agak alien bagi anda sebab anda lebih kepada murid dan guru dalam special education. Anda semacam buntu camner nak dapatkan sample, apakah prosidur kajian...dan tidak ada idea bagaimana nak analisis data. SV relex jer…. dia cuma perlu kata “baca…baca dan baca….”

Jadi penting bagi anda memulakan langkah saewal mungkin utk mendapatkan Déjà vu…. 

Mendapatkan Deja vu? 

Begini caranya......

Buka Mendeley dan type dalam ruang search literature search:

learning disability AND children AND published_in:psychology AND year:[2005 TO 2014] NOT dyslexia

Hasilnya adalah 176 artikel pembuka minda (lihat pic). Katakan anda berjaya mengumpul 50 artikel buat permulaan… itu dah cukup baik.



Mulakan membaca secara FBOT dan SROT spt yang aku ajar dalam bengkel aku. InsyAllah anda akan terjumpa apa yang tertulis dalam artikel2 tersebut spt pernah anda “terfikirkan” sebelumnya. 

Sebagai contoh, salah satu artikel menggunakan satu teknik persampelan… yang mirip dgn kajian yang anda ingin jalankan.....tiba2 anda terfikir:

"Alamak… macam inilah yang aku nak buat…. yezzza !!

Inilah DEJA VU. Jadi lagi byk dan fokus pembacaan anda lagi banyak déjà vu yang akan anda temui… cayo lah cakap den !!

Jadi research anda akan jadi semudah deja vu..... Tapi kalau anda tak mencari dan memulakan bacaan seawal mungkin..... membaca secara fokus...... kononnya nak tunggu dulu kelas Research Methodology abis..... dgn harapan lepas tu akan faham apa yang nak dibuat....abislah anda sebab itu bukan deja vu tetapi itu maknanya anda akan terus kelabu !!

OT 

Monday, April 7, 2014

Tajuk 580: Jika anda stucked utk paraphrase !!

Ada buka Mendeley, terjumpa satu statement baik punya utk support research thesis anda. 

Anda nak paraprase dgn idea yang sama tapi takut plagiat.... then anda stucked !!

Ada satu cara nak kuar dari situasi stucked... khususnya yang lemah bebeno BI.. kawan lak buat derk jer bila minta tolong...

Ada 5 langkah dicadangkan:
Step 1 - copy n paste pernyataan dalam Google translate (BI ke BM)

Step 2 - ubah ayat yang ditranslate dalam BM tu dgn ayat anda sendiri yang juga dalam BM, yang ini jauh lebih mudah dan sempoi...Ingat.... ko buatlah apa sahaja ayat dalam BM asalkan sama idea dlm pernyataan asal (BI). Nak gorengpun tak apa... dgn idea yang sama....

Taa raa...

Step 3 - copy n paste yang dalam BM "baru" di STEP 2 ke dalam Google translate semula

Step 4 - maka pernyataan BM tu ditranslate semula dalam BI.

Step 5 - copy n paste hasil BI dalam Step 4 ke dalam thesis dan edit mana2 ayat yang tak berapa tepat.

Hasilnya ayat BI tersebut sure tak sama dgn ayat asal tanpa menghilangkan idea dalam pernyataan tersebut...!! Kalau ko terror BI tak yah lah buat cam ni.... ini ko buat kalau ko stucked !!

Selamat mencuba ...

OT

Saturday, April 5, 2014

Tajuk 579: Enam pesanan pada SV....

Akhir2 ni banyak yang PM aku…. minta pandangan tentang SV. Oleh kerana aku bukan expert dalam hal ini, sekadar sedikit pengalaman dan juga pengamatan, aku senaraikan 6 aspek umum / general yang perlu ada dalam diri SV…. khususnya kepada bakal2 SV yang membaca post ini.

1. Minda terbuka
Belajar mendengar bukan asyik bagi arahan. Bina situasi yang menggalakkan supervisee bersuara, bertanya dan memberi pendapat, be gentleman. Jgn sampai supervisee lom abis nak explain dah kena sound… dgn nada sedikit mengertak …mana tak kecut nak buka mulut lagi...

2. Bukan saja committed tapi juga competent
Ada SV yang committed…. baik dan supportive, tapi jika boleh biarlah juga competent. Jgn selesa dgn skop kajian yang terlalu spesifik….contohnya SV quanti hanya terima supervisee yang nak buat quanti sahaja. Leceh ler cam ni sebab kesian gak supervisee kena cari SV lain ler pulak. 

3. Memberi bimbingan yang strategik
Supervisee perlukan banyak bimbingan diperingkat awal… bukan sekadar “what to do…” tapi lebih kepada “how to do it” sebab supervisee boleh lakukan apa sahaja dgn bimbingan yang betul... sebab merekapun tak suka disuapkan ! Jgn ler asyik kata "You should know how to do it".. then bila salah.... "This is not the way to do it".... tak ke fening kefala supervisee. Contohnya cari journal... memang supervisee boleh explore tapi alangkah baiknya jika supervisee explore dgn cara yang sistematik dan berstrategik dgn sedikit panduan dari SV.




4. Straight to the point
Ramai SV beri arahan yang kurang jelas dgn harapan pandai2lan supervisee mentafsirkannya. Banyak feedback diberikan dalam bentuk “question mark” tanpa penjelasan apa yang tak kena atau perlu dibetulkan.

5. Explain the whole picture – SV dianggap expert dan experienced person sedang supervisee seorang novice. Bila supervisee datang dgn hajat utk menjalankan kajian itu dan ini, bagilah the whole picture apa yang bakal dilalui…sebagai seorang yang experienced supaya jgn sampai supervisee sesat dan buang masa. Memang supervisee perlu hadapi semuanya namun biarlah yang dihadapi tersebut menambah kemahiran yang signifikan dengan kajian melebihi kemahiran mengatasi masalah yang tidak ada kena mengena dengan kajian....

6. Pupuk budaya research
Budaya SV tak sama dgn budaya supervisee. Tetapi SV pernah menjadi supervisee tetapi tidak sebaliknya. Jadi tanamkan budaya sihat kpd supervisee seperti collaborate, writing journal, presenting paper, budaya menggunakan software spt Mendeley dan ATLAS.ti dll. 

OT

Wednesday, April 2, 2014

Tajuk 578 - Pencarian tajuk...tajuk...tajuk....!

Kenapa jadi begini... pelik sungguh ! 

Bagi postgraduate yang baru mendaftar utk master / PhD - Ini ringkasan satu PM yang saya terima.... sayugia saya nak berkongsi... tanpa niat utk merendahkan sesiapa sekadar berkongsi rasa supaya jgn membuat sesuatu membabi buta. 

Assalamualaikum Dr.. 
Saya ingin bertanya sedikit dengan Dr tentang pemilihan tajuk proposal phD...saya berminat untuk buat kajian tentang keberkesanan penggunaan ebook dalam kalangan pelajar sekolah rendah di negeri XXX memandangkan kerajaan negeri ada memberikan ebook (laptop) percuma kpd pelajar sek rendah bg darjah 4, 5 dan 6.... (SV sokong tajuk ni sebab katanya menarik)

Terima kasih kerana sudi bertanya.. dan saya dahpun berikan jawapnnya. Namun bagi pembaca yang ada "niat" yang sama spt pengirim di atas, cuba2lah jawab soalan rambang berikut:

Soalan 1: Adakah agaknya gap kajian di atas atau kajian sewaktu dengannya? 

Soalan 2: Bukankah pegawai KPM (khusus yang ada master dan PhD) yang patut buat kajian "keberkesanan" tersebut? Bukankah mereka juga yang akan baiki kelemahan jika ada?

Soalan 3: Apakah pula teori bagi kajian di atas?

Soalan 4: Bagaimanakah dgn instrument - boleh kah murid sekolah rendah jawab qnaire atau ditemuduga?

Soalan 5: Variable apakah pula yang akan digunakan?

Soalan 6: Analisis statistik apa yang appropriate?

Soalan 7: Kalau calon tu dapati program tersebut "tidak berkesan" - nak suruh MB hentikan ker atau nak suruh Menteri Pelajaran mansuhkan ebook atau nak suruh pegawai PPD letak jawatan?

Soalan 8: Apa contribution kepada knowledge jika didapati program tu berkesan atau sebaliknya?

Soalan 9: Ada ker ratusan journal yang relevan untuk kajian peringkat PhD ?

Soalan 10: Kenapalah suka sangat cari tajuk.... tajuk... tajuk...then tanya soalan "Sesuai tak tajuk tersebut utk PhD saya ? " tanpa tahu apa2 tentang literature disebalik tajuk tersebut? 

Pelik sungguh ! Apapun moga perkongsian ini dapat memberi sedikit makna !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...