.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, May 4, 2014

Tajuk 589 _Generalisasi dan populasi - Bhg 2

Saya bagi 6 langkah menentukan sample utk membuat generalization (sila rujuk dan baca Bhg 1) dgn contoh sempoi tapi details bagi supervisee memulakan pencarian sample.

Inilah post yang saya terima... (sila semak klu xcaya).... respon dari pembaca...

“Tapi Dr biasanya nanti ditanya 'macam mana u boleh suka2 pilih kategori A sahaja (bukan B,C,D..Z) , 5 – 10 tahun (yang baru kerja) dan kenapa Selangor bukan Kelantan. Nak cari jawapan ni pun dah setahun (kalau jumpa). Tu tak masuk lagi kenapa guna formula Cohen. Sebenarnya lebih kurang masalah saya sekarang”

Ini jawapan umum saya.... saya anggap post di atas adalah sebahagian “budaya SV di Msia” yg suka tanya kenapa sebelum bagi apa-apa… kononnya nak elak budaya spoon feeding hingga supervisee terkonting2..... 

Pertama:
Anda novis. Research adalah pra-syarat kpd master/ PhD yg diberikan kredit sebagaimana anda mengambil course work… bukan tugas hakiki anda spt makan gaji bekerja dgn kerajaan. Anda adalah pelajar postgraduate !

Kedua:
Anda boleh menolak tajuk kajian, SV tak ada hak nak paksa anda buat apapun tajuk tanpa persetujuan anda...

Ketiga:
PhD dan master hanya “academic exercise” utk melatih diri sebagai penyelidik berdikari dan kajian anda tidak akan memberi impak apa2…. kepada sesiapa…melebihi impak kepada diri anda dan SV anda yang mendapat nama bila paper anda diterbitkan

University of Adelaide...
sebahagian kenanganku ada bersamamu...


Keempat:
SV sebagai experienced researcher patut beri panduan dahulu, bagaimana persampelan patut difokuskan supaya tidak terlalu besar tetapi memadai utk anda membuat generalisasi... bukan asyik bertanya "kenapa" dan "kenapa" sedang kajian entah kemana....

Kelima:
Ada dua sebab kenapa SV suka jer nak tanya tanpa terlebih dahulu memberi pandangan yang bernas sbg seorang "expert" (i) SV sendiri tak tahu dan tak confident nak memberi panduan (ii) SV dulupun mungkin cengitu jugak…. setahun fikirkan camner nak ambik sample… kenapa buat di Selangor bukan di UK atau Uganda?

Keenam:
Kalau SV terangkan baik2 6 langkah pencarian sample itupun dah cukup mencabar supervisee mendapatkan sample dgn sendiri…. berdikari..... dan ini tak ada kena mengena dgn spoon feedingpun kalau bagi panduan tersebut…. sebab 6 langkah yang saya tulis tu "TAK ADAPUN DALAM MANA-MANA BUKU".... sekadar pengalaman membimbing pelajar..... sebab akhirnya supervisee lah yang akan terkejar kesana kesini mendapatkan sample…. bukan SV !

Ketujuh:
SV patut bimbing supervisee lebih kurang cenggini (itupun kalau nak ikut..). 

“Ko buat Selangor sahaja sebab itu adalah accessible population ko, dan di Selangor multi racial, cultural dan religion…. represent sebahagian besar kakitangan awam Msia…. tambahan dgn masa kajian ko yang terhad dan budget ko yang ciput.... ko pulak buat di UKM… di Selangor…. dan ko fokuskan kepada pegawai A sahaja kerana kumpulan ini adalah kumpulan pembayar cukai yg aktif dgn tahun bekerja 5-10 tahun sebab ini julat yang paling crucial utk pembayar cukai.... 

Jgn le pulak ko gi Kelantan cari sampel wpun kampung ko kat Tanah Merah dgn alasan rindu kat mak ko.... apatah lagi ko nak gi Ethiopia ler pulak…. kononnya AirAsia ada tiket promosi ke sana.....

Paling utama... ko mesti jalankan semua langkah validation instrument ko betul2 dan pastikan realible yang tinggi serta analisis data ko mendalam utk capai PhD / Master....

Then utk cari sample size.... gunalah formula Cohen sebab ko dapat detect effect size atau GPower yang dapat ko tetapkan statistical power ko juga... jgn bimbang kalau ko guna mana2pun ko akan dapat jumlah sample yang hampir sama.... ko ambiklah jumlah mana yang tinggi... tapi ko kena baca lagi mendalam bab sampling ni... saya hanya bagi panduan jer... ” 

Persoalannya.... salah ke bagi nasihat dan pedoman spt di atas kepada supervisee? 

Aku nak tanya.... adakah panduan di atas sebagai spoon feeding mcam pelajar SPM salin nota ringkas utk hafal sebelum jawab peksa? Sama tak? Adakah dgn maklumat tersebut, supervisee dah tak perlu fikir dan membaca dgn lebih mendalam? Spoon feeding tu maknanya bagi semua sampai yang terima tak perlu lagi nak fikir apa2....!!

Adakah dgn panduan tersebut, supervisee akan terus relex... tido... tidak menbaca lagi dan terus akan dapat sample tanpa buat apa2 ? Tentu tidak !!

Wahai pembaca post ku tersayang.... inilah antara yang aku maksudkan dgn directive supervision dari SV .... dan bayangkan supervisee terkontang kanting selama setahun utk mencari jawapan yang mereka tidak tahu dimana utk mendapatkannya... sedang masa tersebut sgt berharga bagi mereka, keluarga dan masa depan mereka. 

Jika SV sebenarnya pun tak tahu...SV juga perlu bertanya... bukn dapat PhD terus tahu semua.... then hanya tahu arahkan supervisee utk baca..baca dan baca....fikir..fikir...fikir... ada benda yang kadang kala terlalu baru bagi supervisor dgn jawapannya tidak ada tertulis satu persatu dalam buku mahupun journal ... so give them some direction...they will find the rest.!!

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...