.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, April 18, 2014

Tajuk 583 - kajian anda hanyalah rangka tidak bernyawa !

Sapa berani jawab?

10 soalan basic... kajian anda hanyalah rangka tidak bernyawa !!

Ramai yang buat kajian quanti…. lalu melihat secara skeptikal pada kajian quali. Betapa ramai SV yang sinis kepada kajian quali dgn menyebut ayat klise "jgn buat quali... susah.....n lama...." sedang mereka sendiri tak pernah pun jalankan kajian quali....... lucukan? Jgn bimbang dunia supervision sebenarnya banyak kisah2 lucu.... sebahagiannya saya rakamkan dalam buku saya "Dialah supervisorku..."

Tahukah anda kajian quali bukan sekadar kajian tentang manusia tetapi juga adalah tentang kemanusian? Sehebat manapun data empirikal kajian quanti anda mengkaji manusia, dan seramai manapun sample kajian quanti…. anda masih perlu menggunakan kemanusiaan anda utk mentafsir dapatan tersebut… jika tidak kajian anda persis rangka tak bernyawa.

Sebagai scholar, pelajar mahupun pengajar, anda tidak boleh pandang sinis kpd kajian quali. Jika anda hanya berkiblat kepada quanti.... kepakaran anda tempang...... 

Saya percaya…. anda sebenarnya takut kepada kajian quali kerana anda jahil dan tidak tahu ! Paling sadis anda termakan momokan dari orang yang sepatutnya membimbing anda..... supaya anak tirikan kajian quali.... sebab ramai yang masih kelabu !!

Tak cayalah..... jgn buat tuduhan melulu bro... tak baik !

Kalau anda tidak percaya.... berikut ada 10 soalan “basic” tentang kajian quali utk anda jawab khususnya pada mereka yang akan atau sedang buat kajian quali atau yang telahpun mengikuti kelas qualitative:

1. Kenapakah inductive dan deductive approaches sentiasa diperlukan dalam kajian quali?

2. Sejauhmanakah anda sebagai reseacher yang juga “instrumen” boleh membuat tafsiran sendiri kepada data quali yang diperolehi?

3. Bagaimana proses open coding, axial coding dan selective coding dijalankan sehingga memberi makna kepada data transkrip, photo, dokumen, audio, video dan observation anda?

4. Bagaimana munculnya tema, subtema dan pemilihan tema yang membawa makna dan bagaimana mengesahkannya?

5. Bagaimana pula membuat validity ke atas data-data transkrip, photo, dokumen, audio, video dan observation tersebut?

6. Bagaimana pula membuat triangulation kepada data-data quali anda?

7. Apakah pula priori coding dan emergent coding dan bagaimana pula untuk mendapatkannya dan menggunakannya pula dalam analisis data?

8. Apakah pula maksud "groundedness" bagi sistem code dalam kajian quali?

9. Tahukan anda bagaimana untuk membina semantic network bagi memberikan makna menyeluruh kepada datang quali anda?

10. Bagaimana anda ingin membuat coding pada rakaman video?

Sapa berani jawab 10 soalan basic di atas dan bagaimana ianya dijelmakan dan dipraktiskan dilapangan dan ketika menganalisis data?

Jangan tak percaya… mungkin "ada" pensyarah yang dah bertahun2 mengajar quali pun mungkin hanya boleh menyebut dan menyampaikannya dalam kuliah, secara theory yang mungkin menjela2…..dan berangkai2 macam jala..... tetapi belum tentu dapat menunjukkannya satu persatu secara explicit bagaimana jala tersebut digunakan utk menangkap ikan ketika berada disungai atau lautan.....… sehingga selepas mengikut kelas Qualitative Method.... masih ramai pelajar masih teraba2.... meraba2 tak tahu hala.... sehingga kelihatannya sangat susah dan terseksa ! Percaya tak? Malah anda mungkin salah seorang daripadanya !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...