.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, August 30, 2013

Tajuk 508: Bengkel di KK… Berbanggalah dgn MAJOR CORRECTION – MERDEKA !!

Syukur.... kehadiran aku di KK utk kali ke-5 masih mendapat sambutan, malah lebih dari jangkaan. Kehadiran peserta bengkel yang memenuhi ruang kompleks TH KK sangat mengharukan....

Tahniah bro…  dan selamat Hari Merdeka !

Sempena merdeka ni…..aku ingin berpesan… calon2 PhD dan Master boleh berbangga jika mendapat MAJOR CORRECTION (MC) semasa viva.

Woi… apsallak ko nak calon PhD dan Master dapat MC… kan elok dapat minor correction!

Tulah ko…. jangan melihat dari hanya satu aspek…. lihatlah secara global dan holistic!

Amende tu bro…. jgn kasi aku fening… straight to the point please….

Ada nak singkap beberapa scenario…. katalah ko jadi subjek scenario tersebut yang sedang buat master, sebagai contoh…

Pertama:
Ko akan menulis tesis sebaik mungkin supaya dapat minor bukan?

Mestilah…. Sapalah nak MC bro

Betapa ramai pelajar yang takut…. tak yakin….termasuk SUPERVISOR pun tak yakin.. sehingga ko terpaksa buat perubahan itu dan ini dalam penulisan dan terpaksa submit tesis ada kalanya melangkau 5 tahun….  namun itupun tiada jaminan utk dapat minor sebab panel VIVA maybe mempunyai pandangan yang berbeza…dan kemungkinan mendapat MC selepas 5 tahun tetap ada dan ini banyak kali berlaku

Kedua:
Katakan ko mempercepatkan penulisan, memastikan perkara asas kajian ko dipersetujui supervisor dan bersegera menghantar tesis setelah mencapai 2 tahun.... masa yang diberikan kepada ko …

Abis kalau dapat MC?

Sapa ler pulak nak dapat MC? Jika semuanya dah disemak oleh supervisor, tapi masih dapat MC, sepatutnya ko masih boleh berbangga kerana:

i. Ko telah berjaya menghantar tesis ko dalam tempoh yang sepatutnya iaitu 2 tahun...

ii. Tesis ko telah diperiksa oleh panel VIVA yang tersangatlah pakarnyer....dan mereka bermurah hati memurnikan tesis ko walaupun dgn MAJOR CORRECTION !

iii. Ko akan diberi tempoh 6 bulan utk baiki tesis ko bermakna ko akan selesaikan semuanya selepas 2 tahun 6 bulan

Setuju?

Tak faham lah bro...apa yang ko cuba bagi tau ni ?

Aku cuma nak bagi tahu…. adalah lebih baik tesis ko berjaya disiapkan wpun dgn MC dan kemudian buat pembetulan berdasarkan report yang disiapkan oleh panel... dan selalunya report ini agak objective bagi memudahkan pembetulan dilakukan oleh pelajar.....dan pelajar boleh submit selepas 2 tahun 6 bulan dan selepas itu MERDEKA berbanding ko submit selepas 5 tahun kononnya utk buat yang terbaik sedang tiada jaminanpun ko akan dapat minor bukan major correction ! Bayangkan selepas 5 tahun…. ko masih dapat MC ?

Emmm…..plausible ...

Jgn confused…. aku bukanlah kejam dan bermaksud supaya ko buat tesis utk dapat MC…. Tapi siapkan tesis dgn cepat tanpa menunggu terhasilnya naskah yang SEMPURNA.. kerana kesempurnaan tesis hampir tidak wujud....biarlah kesempurnaan tersebut ditentukan oleh panel VIVA. 

Jadi?

Jadi.... letakkan PRIORITY kepada menyiapkan penulisan secepat mungkin…dan biarlah panel VIVA menilainya….. kalau minor syukur…. kalau major…. pun syukur sebab kedua2nya adalah satu proses yang biasa jer dalam penilaian tesis. Percaya tak.....berapa ramai professor yang tersohor sekarang ni dan maybe termasuk SV ko yang dulu dapat MC bro.... so what a big deal? 

Malah ada kalanya ko akan belajar LEBIH BANYAK benda dengan mendapat MC dari mendapat minor. Maka persoalan major atau minor tu bukanlah sesuatu yang perlu ko bimbang sangat…. mengatasi usaha ko untuk menyiapkan tesis secepat mungkin dan kemudian MERDEKA !

Merdeka? 

Aah merdeka.... sebab kalau ko calon master…. ko dah merdeka untuk meneruskan pulak pengajian ko peringkat PhD. Kalau ko calon PhD… ko dah merdeka untuk meneruskan kehidupan ko sebagai penyelidik bergelar “Dr” tanpa dibelenggu oleh status calon PhD yang melemas dan merimaskan….setuju?


Dan last sekali aku nak bagi pendapat...... pemurniaan thesis semasa viva adalah penting bagi memantapkan kajian pelajar....masih perlu dibuat mana2 pembetulan tetapi aku berpendapatan yang lebih wajar istilah "pass with correction" sahaja digunakan tanpa perlu adanya major atau minor....sebab kalau major - adakah bermakna pelajar telah salah dibimbing oleh supervisor ?

Saksikan pics bengkel di kompleks TH KK...









































Thursday, August 29, 2013

Tajuk 507: Apa perlunya "Test for normality"

Statistik adalah dunia pelik. Namun kepelikannya telah memberi makna kepada angka. Apa yang anda boleh simpulkan bila min usia penduduk Jepun adalah 87 manakala min usia penduduk Malaysia adalah 75? Semua ini memberi makna jika data adalah normal.

Apa yang boleh anda simpulkan jika min ketinggian penduduk disebuah kawasan perkampungan sukan adalah 1.2 meter manakala min ketinggian penduduk dikawasan perkampungan awam adalah 0.85 m?

Tuesday, August 27, 2013

Tajuk 507: Bengkel di KUCHING - Master Vs PhD?

Selesai bengkel penulisan pertama di Kuching.... kebetulan diadakah di Institute Engineer of Malaysia yang bersebelahan dengan hotel penginapan aku. Pukul 7.30 am aku keluar hotel meninggalkan isteri dan the two boys menyambung mimpi...

Bengkel dan penjualan buku aku berjalan lancar... alhamdullillah.... moga dapat manfaat. Semasa bengkel pula bertalu2 persoalan yang aku terima dan salah satunya keluhan beberapa peserta berkaitan sample yang terlibat dengan kajian. Soalan tersebut berbunyi begini:

"Saya ingin membuat kajian berkaitan dgn XXX di daerah Kuching. Belum sempat apa2 SV terus kata tidak boleh buat di Kuching sebab kajian PhD kena buat seluruh Malaysia "

Aku tertanya2.... mengapa ini terjadi dan kenapa buat kajian seluruh Malaysia hanya kerana buat PhD ? 

Sampel bergantung kepada keperluan / objektif kajian. Jika pelajar ingin membuat kajian eksperiment, 30 sampel utk satu kumpulan sudah memadai. Malah tidak perlupun mengambil sample seluruh Sarawak apatah lagi Malaysia. Kajian eksperimen memberi fokus kepada kawalan extraneous variable dan keberkesanan treatment terhadap kumpulan2 sampel kajian yang identical (setelah dilakukan random assignment).


Jika kajian melibatkan objektif yang dicapai dgn pendekatan kualitatif... etnografi, fenomenalogi, grounded theory, study case....apa perlunya gesaan sample mestilah seluruh seluruh Malaysia? Jika kajian terhadap budaya masyarakat Malanau.... maka buat di Sarawak jer lah ! Lakukan sahaja purposif sampling.... sehingga mencapai tahap saturated sample !!


Jika kajian survey pula..selain target population diseluruh Malaysia, kajian masih boleh dilakukan terhadap accessible population seperti satu Sarawak sahaja atau beberapa zon mengikut cluster. Ada peserta yang menyatakan bahawa SV berpendapat sample seluruh Malaysia akan membezakan kajian PhD berbanding master ? Abis kalau pelajar buat PhD kajian survey di Amerika, kena buat kajian seluruh Amerika lah sebab semasa master dah buat seluruh Texas misalnya..... sedangkan Amerika 28 kali lebih besar dari Australia dan Australia pula 20 kali lebih besar dari Malaysia? 

Bukan cara itu yang membezakan Master atau PhD. Kenapa takut2kan pelajar..... sebab satu perkataan yang perlu wujud adalah "rigorous".... iaitu kajian PhD > rigorous bergading dgn Master. Amender rigorous tu? Secara mudah ia bermaksud "lebih detail" dan "lebih mendalam" atau "lebih advanced" dari segi review, methodologi dan analisis data bukan  dari luas atau banyakknya sample. 

Apa kajian pun baik master mahupun PhD, sample perlulan "adequate" dan "appropriate" bukannya bila buat PhD sample mesti lebih banyak dari Master. Semua depend kepada objektif kajian yang membawa kepada pendekatan kajian samada kualitatif ataupun kuantitatif.

Berikut adalah bengkel di Kuching...PHEWW...ceria.. serius dan excited semua ada....



Lokasi bangkel


Yezzaaa !!!


Catat bang jgn tak catat


Memeluk buku Tulis Tesis Cepat.....


Akhirnya buku ini dapat dimiliki....


Berkongsi cerita


Fokus....


Break for tea....


Full concentration


Sijil kepada peserta


Pasangan suami isteri...




Tanda tangan di buku Tulis Tesis Cepat


Atlas.ti kini milik ku.....























Monday, August 19, 2013

First time di Institute Bioscience UPM !!

Pertama kali setelah berkhidmat lebih 20 tahun aku menjejakkan kaki ke Institute Bioscience UPM utk bengkel penulisan tesis. Lokasinya isolated.....aku terkesima dgn bangunannya yang sedikit unik........ada pokok dalam bangunan.... creepy...
























Saturday, August 17, 2013

Tajuk 506: Feature baru Mendeley – Literature Search ! Jangan cari tajuk tapi generate tajuk !!

Sebelum aku tulis pasal Mendeley dan fungsi Literature Search, ada sikit kesah aku pada Jumaat lepas. Selepas solat Jumaat  aku didatangi oleh pelajar PhD yg belajar di sebuah university di obersi…balik cuti raya. Aku salute jugak sebab datang jauh berjumpa aku kerana ingin membeli buku Tulis Tesis Cepat dan Atlas.ti. Maknanya buku2 aku wpun dalam BM tapi dah bertaraf international…. dibaca dan dibawa ke obersi….

So bro… ada apa2 yang menarik ker?

Biasalah…. aku ambil kesempatan bertanya itu dan ini….

Apa yang ko tanya?

Aku tanya…. Dia ada guna doc map ker utk menyiapkan proposal? Bagaimana dengan reference manager dan dropbox?

Dia jawab memang guna doc map skit2…. guna EndNote …. cuma dia tak guna dropbox… sebab selesa dgn “cara lama” bawa thumb drive yg comel dan makin nipis ke sana sini. Dia kata…. takut guna dropbox… takut tak selamat !! (Dlm hati aku berdoa... Ya Allah selamatkan lah budak ni...) 

Akupun minta di tunjukkan doc map…. tapi dia kelam kabut…. maknanya tak mahir… sekadar tahu gitu2 jer... yang lebih baik anggap tak tahu jer !

Emmm..

Then akupun tunjukkanlah Mendeley…. apa lagi…. Dia terkezut sebab EndNote yang dia tahu hanya diguna utk masukkan reference jer. Dia terkesima keupayaan Mendeley mengurus artikel secara digital ...

Aku tanya, kenapa tak mahu mahirkan diri dengan doc map dan Mendeley.

Dia jawab…. tak ada pengalaman sebab ketika membuat Master.. dia hanya buat coursework…. Jadi dia nak fokuskan dulu pada pencarian tajuk dan kemudian baru membuat pencarian artikel. Bab kemahiran penulisan mengguna doc map tu tidak penting lagi katanya…

OO…. Aku tahu apa yang ko komen bro?

Pedia….?

Mesti ko kata… jgn cari tajuk dulu tapi kuasai topic of interest.. kan kan !!

Bagus… pandai ko teka… lagi?

Tu jer…. mana aku tahu apa lagi yang ko komen..

Aku kata… menguasai topic of interest lebih utama dari pencarian tajuk. Menguasai topic of interest akan membuka “pintu hijap” utk mengetahui perbincangan terkini dalam bidang yang nak dikaji. Menguasai topic of interest akan mendedahkan pelajar kepada latarbelakang kajian, hala tuju kajian dalam bidang tersebut, isu yang banyak dibincang, penyelidik tersohor, teori terkini dll.

Lagi?

Namun, semua itu tidak mudah tanpa dimulakan dengan Literature Search dahulu dan kemudian artikel yang diperolehi di sorting, categorising dengan baik dan pembacaan secara selective dilakukan. Dengan Mendeley, ko boleh terus mengasingkan ratusan artikel tersebut mengikut tema – latar belakang kajian, penulis tersohor, theory semasa, isu dll… diikuti dgn membuat pembacaan secara fokus hanya berdasarkan tema tersebut. Dari pembacaan inilah ko akan generate beberapa tajuk yang paling sesuai.. siap dengan latar belakang, theory, methodology….. Jadi ko bukan cari tajuk then cari artikel… tapi ko cari artikel berdasarkn topic of interest dan mengurus artikel tersebut dgn Mendeley dan membuat pembacaan berdasarkan tema2 yang ko nak tahu. Inilah yang aku war2kan lama dulu supaya ko bermula dengan Literature Search…. bukan Literature Review.

Apa bezanya kalau dah ada tajuk yang nak dibuat?

Mana boleh ada tajuk sebelum ko kuasai bidang kajian ko. Lainlah ko dah membuat kajian dalam bidang tersebut bertahun2 sebelum itu… macam pensyarah.

Then aku tanya lagi… camner dia nak tahu detail statement yg penting yang yang dia dah baca?

Dia terdiam….

So aku jawab…. gunalah doc map dgn mahir…. buat heading dan sub-heading berdasarkan tema yang sama dengan tema pada folder Mendeley (aku akan tulis lanjut benda ni dalam ebtry akan datang...) boleh sahaja buat “copy-n-paste” dan terus lakukan cite while you write…. barulah tajuk akan ter”generated”…. dgn isi sekali…. barulah excitement akan muncul…. dan inilah the beauty of starting your research .. and this is how you get started ! Tumpuan akan wujud dan masa tak membazir tak keruan…. bukan dapatkan tajuk dulu tapi kosong… tak ada isi !!


Dalam tajuk ini aku juga nak war2kan satu feature dalam Mendeley – Literature Search !! Ha.. ha… sama dengan apa yang aku war2kan sebelum ini…. Buat Literature Search sebelum Literature Review. Tak sangko den… Mendeley baru menggunakan istilah ini…. bermakna idea aku memang tepat dengan keperluan pelajar PhD memulakan langkah dengan Literature Search !!!

Fungsi Literature Search ini sekurang2nya memberikan ko senarai sumber yang boleh ko cari... dgn sekali klik jer...samada terus melalui Mendeley ataupun melalui IPTA ko....

Screen shot1:

Screen shot1 menunjukkan senarai 34881 artikel apabila ko search dengan kata kunci - creativity "science education". Jadi pandai2 ler ko gunakan kata kunci yang sesuai..

Screen shot2:


Seterusnya lakukan langkah berikut:

  • Langkah 1 ko klik pada senarai artikel. 
  • Langkah 2 akan muncul abstract artikel tersebut. 
  • Langkah 3 kalau artikel tersebut sesuai ko boleh terus dapatkan artikel tersebut dari Mendeley.... (dgn syarat ko ada wifi)


Ko boleh ulang dgn kata kunci yang lain utk dapatkan senarai artikel yang lain atau gunakan advanced search berdasarkan author dll. Katalah aku nak cari artikel yang ditulis oleh sifu David Treagust dalam bidang berkaitan chemistry yang dipublished dalam jurnal berkaitan science education...aku cuma perlu klik Author then type treagust... diikuti dgn klik title  then type Chemistry then klik publication names then type science education maka ko akan dapat spt berikut (screen shot3):

author:treagust title:chemistry published_in:science education

Screen shot3:


Bila ko enter jer... maka keluarlah senarai semua artikel berikut spt screen shot 4 !! 

Screen shot4

Mak oii... ada 1481760 paparan.... mahu muntah keluar lomang yang ko makan di open house kalau ko nak klik dan baca semuanya.... wpun abstract !!

Apapun....fungsi ini menjadikan kerja2 Literature Search "just a click away"...yang semakin melampau2 pulak mudahnya.... jadi mengapa tidak mencubanya sendiri....

Last sekali bro....tak ada sapa buat open house ker... ajak ler aku sekali...esp yang dok bangi tu.... :-) sebab tahun ni aku tak buat open house sebab sentiasa open....

OT

Thursday, August 15, 2013

Tajuk 505: Calon master ibarat melukut dan Rajagopal dapat Tan Sri...!

Aku masih mood raya.... tapi menulis ni macam tak boleh nak berhenti plak....aku pernah menyebut kiasan ini dalam bengkel2 aku bahawa calon master ibarat "melukut ditengah gantang" !

Kenapa tengah gantang bukan tepi? 

Tengah sebab memang calon master duduk tengah-tengah.... dibawahnya ada 1st degree dan diatasnya PhD... so calon Master duk tengah2 ler. Jadi alang2 duk tengah-tengah, mengapa tidak terus ke atas jer...

Sampai hati ko bro.. kata calon Master sebagai melukut...kawan2 aku ramai yang buat master per...

Jgn ler sensitif... be positif....ini satu cabaran... provokasi.... sama macam bila ada org kata "hidung ko tak mancung pipi tersorong2" sebab memang hidung ko sama cam hidung org Asia yg tak mancung... jgn ler nak perasan hidung mancung.... lainlah ko buat plastic surgery hidung ko tu...

Cabar.. provokasi? Apa yang ko cabar?

Aku nak bawa ko menerobos masa lampau....tahun 70an dulu, jika ada seorang anak teruna kampung masuk universiti, fuh.... meriah....dgn analogi pasukan Harimau Malaya qualified World Cup dan Rajagopal akan dapat anugerah Dato Sri Rajagopal....! Bukan itu saja.... ramai ler makcik yang mula kenenkan anak daranya dengan siteruna. Paling dasyat masa tu..... dapat general degree pun masa tu boleh jadi pegawai itu dan ini... malah belum sempat konvo dah dilamar pekerjaan. 

Fuhh dasyat nyer masa tu... !!

Ada lagi....kalau tahun 70an siteruna sambung master....pergilak obersi..... fuh sama macam pasukan Harimau Malaya masuk final lawan Brazil...dan kalau sambung PhD pulak..... apa lagi.. ibarat pasukan Harimau Malaya kalahkan Brazil masa final World Cup bukan 2-1 bro (sikit bona) tapi 4 - 1 (senyum lebar) .... bertingket2 pujian kat coach..... mahu dapat Tan Sri Rajagopal....!

Itu tahun 70an.... 

Memanglah....now tahun 2013 bro....semua tu dah berubah. Org kampung tak hairan dah anak teruna masuk universiti tapi sebaliknya mereka hairan jika ada anak teruna yang tak masuk universiti... sebab "PTPTN kan ada..." 

Tapi.....oleh kerana dan berlambak2 IPTA dan kolej universiti, institut dan macam2 lagi.... maka berlambak2 juga lah ambil peluang sambung master.... dgn harapan boleh jadi pensyarah dan pengajar di mana2 institusi. Oleh kerana bilangan yang memiliki ijazah master semakin ramai...  maka nilainya dah semakin kurang....sama macam juara Malaysian Idol... makin lama makin tak ada yang kisah... aiman pun tak kisah....kecuali kalau dia lepas tu menang World Idol pulak !

Jadi maksud ko?

Oleh itu.... pemilik calon master mesti menanamkan hasrat utk terus mendapat ijazah PhD. Jika tidak.... sukar ler nak jadi Ketua Jabatan yang menjaga pensyarah dengan title Dr, PM mahupun Prof. ... apatah lagi jawatan lebih tinggi... jadi ko persis melukut...

Emmm...

Kalau penceramah motivasi, penjual ubat alternatif malah ahli politik pun nak kan ijazah PhD, mengapa tidak ko yang terlibat dalam dunia akademik hanya berpuas hati dengan Master? Jgn lak kata.... huh..dah serik....jgn tunggu umur dah 50 baru nak sambung PhD. Malah ko boleh buat wpun part-time dgn menggunakan segala kemudahan ICT dan carilah IPTA yang dekat dgn tempat kerja.... sebab semua IPTA ada kepakaran dalam hampir semua bidang...

So dgn PhD dari melukut akan jadi gantang ker?

Memanglah.... dgn gantang itu jugalah ko ceduk ilmu dan kemahiran membuat research....berikan sumbangan yang signifikan....sehingga kehadiran ko diperlukan.... jadi jgn jadi melukut dan sambunglah PhD jgn takut2....

OT




Saturday, August 3, 2013

Tajuk 504: Kat mana nak publish artikel – CIJ, IF atau scopus?

Ini soalan yang ditanya oleh seorang pelajar kepada aku. Aku dah tulis dalam entry yang lepas (Tajuk 463) pasal jenis2 journal ni…. so nak tambah skit lagi.

Pelajar master dan PhD diperlukan menghantar artikel utk penerbitan....sebagai pra-syarat bergraduasi..... sekurang2nya bertaraf CIJ. Jadi amende CIJ tu?

Jadi ko nak explain CIJ ler ni?

Bukan CIJ jer… tapi lain2 yang berkaitan juga…

Ok..ok…

CIJ adalah akronim “Citation-Indexed Journals” iaitu jurnal yang selalunya bertaraf international seperti …. seperti yg diterbitkan oleh publisher tersohor ScienceDirect, Wiley-Blackwell, Taylor dan Francis…. dll yang ko  boleh baca dalam Tajuk 503. Pendek kata, jika ko dari bidang sains sosial dan artikel ko keluar dalam 13 publication disenarai Tajuk 503 tu…. CIJ ler !

Cam tu plak… apa yang jadikan publication tu CIJ bro?

Ini kerana publisher menyediakan system yang “agak” ketat sebelum menerima sesuatu artikel… antara lainnya adalah bebas kesalahan dan ada signifikan kepada body of knowledge. Selalunya mereka gunakan system “double blind reviewing” oleh 3 pakar dalam bidang yang berkaitan. Ini bermakna reviewer atau dipanggil juga referee (dalam BM nya wasit) tak tahu sapa pengarang artikel tersebut.  Artikel tersebut akan dipulangkan utk di revised semula sehingga mencapai standard yang diperlukan. Sebab itulah….

Sebab apa bro?

Sebab  itulah title Prof… Dr… dll tu tak diperlukan dalam artikel. Mereka mementingkan content bro…. dan aku rasa “malu” bila ada artikel khususnya artikel open access di Malaysia ni yang authornya siap ada title Dr… AP malah Prof…. tapi isi artikel hanyalah deskriptif gitu2 jer… dan hairan kenapa author tersebut tak rasa malu utk letakkan Prof didepan namanya… apatah lagi dia menjadi penulis pertama wpun semua orang kampong den tahu… itu paper yang ditulis oleh pelajar bukan Prof tu ! 

Biarlah bro…

Patutnya Prof tu kata “Tak nak… tak nak.. tak nak…” dan hanya minta tulis nama tapi tak perlu title sebab akan menjejaskan credibility Prof tu sendiri. Dan jgn pula "menggertak" pelajar utk letakkan nama sbg 1st author sedangkan artikel dan kajian tersebut adalah milik pelajar. SV yang beretika tidak akan merelakan dirinya menjadi 1st author pada artikel pelajar apatah lagi artikel yang simple2 gitu... !

Selain CIJ.....ada journal dikatakan high impact journals. Ni macam ‘impak maksima” ! Journal ini diindeks oleh badan spt  SCOPUS (managed by Elsevier) ataupun Web of Knowledge atau ISI Thomson (managed by Thomson-Reuters) dengan satu benchmark yang dinamakan Impact Factor (IF).

Amende ler pulak Impact Factor (IF) tu bro?

Secara ringkas IF adalah ukuran purata sesuatu article tersebut dirujuk dalam artikel lain. ISI Thomson telah menjadikan IF sebagai satu cara menentukan kualiti sesuatu jurnal…Selain Thomson..... Elsevier  juga mempunyai satu data base yang dinamakan Scopus yang mengeluarkan IF… dan ada jurnal yang diindeks oleh scorpus sebagai CIJ tetapi mungkin tidak mencapai tahap untuk mendapatkan IF... 


Bakal pemain yang akan beri impak kepada Harimau Malaya !!

Kenapa plak?

Sebab artikel2 dalam journal tersebut telah melalui proses refereed dan mencapai standard yang baik malangnya artikel2 dalam journal tersebut "sangat sedikit" dirujuk oleh artikel dari journal yang lain sehingga tidak mencapai tahap utk mendapat IF  !

Selain diberikan status CIJ dan IF, terdapat juga journal yang dinamakan sebagai “Open Access Journals” iaitu journal yang diterbitkan online samada percuma atau dgn sedikit bayaran. Ini termasuklah refereed journal spt Harvard Journal atau oleh OMICS Group ataupun jornal terbitan dari IPTA tertentu ataupun yang diupload oleh pengarang sendiri. 

Boleh pakai ker journal open access ni?

Boleh...khususnya yang terbukti melakukan proses refereed yang ketat kerana terdapat juga journal common ground yang kononnya berwasit (refereed) tetapi sebenarnya tidak dilakukan secara rigorous. Terdapat journal jenis ini yang diterbitkan secara online spt oleh IPTA tempatan….dan dari pengamatan aku terdapat journal ini tidak melalui proses yang ketat….kerana aku menjumpai perbagai kesalahan sana sini dalam journal tersebut....jadi pelajar Master dan PhD perlu peka status journal2  open access sebegini samada untuk dirujuk mahupun untuk dihantar bagi diterbitkan walaupun bernaung dibawah IPTA.

Bagaimana dengan proceeding?

Proceeding ni lazimnya tidak melalui proses refereeing yang rigorous sebab panel hanya menilai  kesesuaian artikel untuk thema2 dalam conference. Namun ada proceeding yang mencapai tahap refereeing seperti journal seperti yang diterbitkan dalam Procedia (Elsevier). So tugas ko adalah memastikan semua perkara ini sebelum menghantar artikel….


Lagi bro?

Contoh2 di atas banyak lebih cenderung kepada bidang social science.... jadi pelajar dari bidang hard sciences dll silalah lakukan proses yang sama bagi memastikan tahap CIJ dan IF journal tersebut..

OT

Friday, August 2, 2013

Tajuk 504: Menerobosi minda SV - Ingatan vs Lupaan

Pagi ni hening. Aku terlalu penat lepas tarawikh sampai tak sedar tidor hingga masuk suboh.... hilang pahala sahur. Apapun, dgn mata yang segar.... aku cover dgn tadarrus....

Selepas mencampakkan baju dalam washing mechine.... lipat baju yang masih tersidai... sebab kerja membasuh baju dan melipat ni aku dah buat sejak sekolah rendah lagi.... maklumlah mak ayah aku mana ada bibik.... nak makan pun tersekat2..... then aku buka Samsung aku ni. Ada sesuatu yang aku nak coretkan.

Ko ni... kalu tak menulis tak boleh ker? Apsal banyak sangat benda dalam kepala ko tu?

Mana ada.... aku ni manusia biasa cam ko jugak.... sekadar berfikir skit2....

Apa yang sikit..... ko nak menerobos minda SV? 

Istilah bombastik jer.... benda yang aku nak tulis ni... very straight forward. Kalau ko tak cuba menerobos minda SV ko... ko akan faham cara mereka berfikir....

Camtulah ker? Apsal SV tak menerobos minda aku.... dan aku plak kene menerobos minda SV aku?

Nanti aku tulis pulak entry menerobos minda supervisee ! 

Kalau ko tak cuba menerobos minda SV ko.... ko tak akan dapat faham peel (perangai ler) mereka....tidak kira... samada SV ko tu Dr.... AP.... atau Prof... atau madam dam mister.... mereka tu satu species yang hampir sama...species supervisor !

So amende yang ko nak tulis?

Adalah beberapa perkara......apa yang SV ingat dan manybe apa yang SV lupa....

Yang mungkin SV ingat adalah:

Pertama:
Bila terlantik sahaja mereka sebagai SV.... mereka nak tahu sapa supervisee mereka....cun ker... hensem ker... CEO ker.... cikgu ker?

Kedua: 
Bila ko jumpa SV.... mereka akan rasa "Im superior - i know almost everything " manakala supervisee "you are nothing - you have to do everything ! "

Ketiga:
SV akan kata.... "saya sibuk tau...." so pandai2lah SV menyelit diantara kesibukan tersebut.

Keempat:
Berdasarkan pengalamannya SV akan hinted "buat PhD ni memang susah... saya dulu bla..bla...bla... jadi U kena bersedia utk susah...

Kelima:
SV tahu bahawa buat tesis ni memang susah...."Jadi jgnlah susah kan aku....."

Keenam:
Aku dah dapat PhD.... ada Prof lagi....byk dah aku lalui... so nak tak nak aku terpaksa ishtiharkan bahawa "Im definitely a superior supervisor !!"

Tujuh:
SV ada style dan preference tersendiri... "Kenapa aku kena kisah preference supervisee aku pulak"

Lupa:
Pertama:
Mutula responsibility
  • Understand your own work style preferences.
  • Recognize and work comfortably with their own and others’ work style preferences.
  • Be aware of your own values.
  • Recognize other people's different values and work well with them.
  • Understand your role in the larger environment.
Kedua:
Effective communication
  • Consistently and clearly communicate expectations.
  • Listen effectively.
  • Provide clear feedback.
  • Notice and attend to non-verbal communication.
  • Adapt your personal communication style to fit a variety of situations.
  • Match the most appropriate method of communication to your message.
Ketiga
Diversity
Keempat


thesis writing which is a form of exploration
The supervisor’s role is clearly not one of
doing the work for the students i.e. writing thesis or
narrating it partially or completely, but of providing
advice and support in order to help researchers
produce the best theses which they are capable of.

It is the job of teacher/supervisor to edit and proofread
the thesis, most of the students assume. They
submit their first draft without even giving a first
reading. They just print the first draft and bring it
straight to the supervisors as if they (supervisors)
were editors.

The supervisees also have a personal responsibility for their own learning by:
a. Developing research skills and techniques;
b. Gaining a deeper awareness of the social and professional implications of the research;
c. Enhancing appropriate research management practices;
d. Becoming increasingly self-disciplined, motivated, thorough, independent and self-reliant;
e. Improving communication and information technology skills; f. Learning to use cooperative networks;
g. Developing project management, time management and self-management

Thursday, August 1, 2013

Tajuk 503 : 13 publisher established utk journal - Brat Pitt pun baca journal !

Ramadhan dah masuk peringkat ke 3... peringkat mencari lalilatul qadar. Jadi kenalah curi2 tidur sekejap waktu tengahari utk qiam malam nanti...tak kisahlah malam bila lailatul qadar.... asalkan dapat solat sunat setiap malam.... barulah Ramadah ko lebih establised !

O... mesti ko nak tulis pasal established ni...

Aah...aku nak tulis skit pasal "journal yang established"... sebab ramai yang tanya...nasib mereka tak tanya bila lailatul qadar... 

Camner nak tahu journal tu established ke tidak bro?

Aku nak bagi analogi....kalau aku tanya ko... sapa pelakon hollywood yang established.... apa jawapan ko?

Emmm kacang tu bro.... Johny Depp, Bruce Wallis, Denzel Washington, Bratt Pitt, Will Smith, Tom Cruise...

Fuhh.....pasal hollywood ko semua hafal !

Mestilah... aku follow filem dia orang per...

Apsal diorang established...?

Berlakon secara konsisten, popular, kualiti lakonan terbaik !!  
Cam ner lagi ko nak tahu dalam byk2 actor tu.. mana terbaik dipasaran ?

Emmmm kalau aktor yang berlakon dengan top film company macam 20th Century Fox, MGM, Paramount Pictures, Warner Bros, Universal Pictures, Columbia Pictures and United Artists...mesti actor terbaik yang dipilih...


So samalah macam journal bro... yang diterbitkan secara konsisten, berkualiti dan popular....

Mana aku nak tahu...  sebab aku ni buah cempedak bro !

Kalau ko tak tahu.... elok ko ambil tahu.... at least kokena tahu publisher atau company yang established yang terbitkan journal2 tu... macam ko tahu company yang terbitkan film2 hollywood !

Hero Malaya !
Dah lama Nine and Zuhayr tak jadi gambar hiasan...

Bagilah contoh bro...

Kalau ko bidang social science... berikut ni adalah publisher atau company yang established yang wajib ko tahu dan cari journal dan baca artikel yang berkaitan dengan bidang ko...

1.   Annual Review
2.   Cambridge University Press
3.   EBSCOhost
4.   Emerald
5.   JSTOR
6.   Oxford Journals Online
7.   Proquest
8.   CSA Illumina
9.   SAGE 
10. Science Direct
11. SpringerLink
12. Taylor & Francis
13.Wiley - Blackwell

Woii... banyaknyer.....ni pun dan ada ratusan ribu artikel !!

Ko jangan tak tahu.... journal pun macam filem hollywood jugak..... 

Abis tu ko agak Brat Pitt baca journal tak?

Tak kot.... samalah macam ko.... hu hu

OT

..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...