.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, August 3, 2013

Tajuk 504: Kat mana nak publish artikel – CIJ, IF atau scopus?

Ini soalan yang ditanya oleh seorang pelajar kepada aku. Aku dah tulis dalam entry yang lepas (Tajuk 463) pasal jenis2 journal ni…. so nak tambah skit lagi.

Pelajar master dan PhD diperlukan menghantar artikel utk penerbitan....sebagai pra-syarat bergraduasi..... sekurang2nya bertaraf CIJ. Jadi amende CIJ tu?

Jadi ko nak explain CIJ ler ni?

Bukan CIJ jer… tapi lain2 yang berkaitan juga…

Ok..ok…

CIJ adalah akronim “Citation-Indexed Journals” iaitu jurnal yang selalunya bertaraf international seperti …. seperti yg diterbitkan oleh publisher tersohor ScienceDirect, Wiley-Blackwell, Taylor dan Francis…. dll yang ko  boleh baca dalam Tajuk 503. Pendek kata, jika ko dari bidang sains sosial dan artikel ko keluar dalam 13 publication disenarai Tajuk 503 tu…. CIJ ler !

Cam tu plak… apa yang jadikan publication tu CIJ bro?

Ini kerana publisher menyediakan system yang “agak” ketat sebelum menerima sesuatu artikel… antara lainnya adalah bebas kesalahan dan ada signifikan kepada body of knowledge. Selalunya mereka gunakan system “double blind reviewing” oleh 3 pakar dalam bidang yang berkaitan. Ini bermakna reviewer atau dipanggil juga referee (dalam BM nya wasit) tak tahu sapa pengarang artikel tersebut.  Artikel tersebut akan dipulangkan utk di revised semula sehingga mencapai standard yang diperlukan. Sebab itulah….

Sebab apa bro?

Sebab  itulah title Prof… Dr… dll tu tak diperlukan dalam artikel. Mereka mementingkan content bro…. dan aku rasa “malu” bila ada artikel khususnya artikel open access di Malaysia ni yang authornya siap ada title Dr… AP malah Prof…. tapi isi artikel hanyalah deskriptif gitu2 jer… dan hairan kenapa author tersebut tak rasa malu utk letakkan Prof didepan namanya… apatah lagi dia menjadi penulis pertama wpun semua orang kampong den tahu… itu paper yang ditulis oleh pelajar bukan Prof tu ! 

Biarlah bro…

Patutnya Prof tu kata “Tak nak… tak nak.. tak nak…” dan hanya minta tulis nama tapi tak perlu title sebab akan menjejaskan credibility Prof tu sendiri. Dan jgn pula "menggertak" pelajar utk letakkan nama sbg 1st author sedangkan artikel dan kajian tersebut adalah milik pelajar. SV yang beretika tidak akan merelakan dirinya menjadi 1st author pada artikel pelajar apatah lagi artikel yang simple2 gitu... !

Selain CIJ.....ada journal dikatakan high impact journals. Ni macam ‘impak maksima” ! Journal ini diindeks oleh badan spt  SCOPUS (managed by Elsevier) ataupun Web of Knowledge atau ISI Thomson (managed by Thomson-Reuters) dengan satu benchmark yang dinamakan Impact Factor (IF).

Amende ler pulak Impact Factor (IF) tu bro?

Secara ringkas IF adalah ukuran purata sesuatu article tersebut dirujuk dalam artikel lain. ISI Thomson telah menjadikan IF sebagai satu cara menentukan kualiti sesuatu jurnal…Selain Thomson..... Elsevier  juga mempunyai satu data base yang dinamakan Scopus yang mengeluarkan IF… dan ada jurnal yang diindeks oleh scorpus sebagai CIJ tetapi mungkin tidak mencapai tahap untuk mendapatkan IF... 


Bakal pemain yang akan beri impak kepada Harimau Malaya !!

Kenapa plak?

Sebab artikel2 dalam journal tersebut telah melalui proses refereed dan mencapai standard yang baik malangnya artikel2 dalam journal tersebut "sangat sedikit" dirujuk oleh artikel dari journal yang lain sehingga tidak mencapai tahap utk mendapat IF  !

Selain diberikan status CIJ dan IF, terdapat juga journal yang dinamakan sebagai “Open Access Journals” iaitu journal yang diterbitkan online samada percuma atau dgn sedikit bayaran. Ini termasuklah refereed journal spt Harvard Journal atau oleh OMICS Group ataupun jornal terbitan dari IPTA tertentu ataupun yang diupload oleh pengarang sendiri. 

Boleh pakai ker journal open access ni?

Boleh...khususnya yang terbukti melakukan proses refereed yang ketat kerana terdapat juga journal common ground yang kononnya berwasit (refereed) tetapi sebenarnya tidak dilakukan secara rigorous. Terdapat journal jenis ini yang diterbitkan secara online spt oleh IPTA tempatan….dan dari pengamatan aku terdapat journal ini tidak melalui proses yang ketat….kerana aku menjumpai perbagai kesalahan sana sini dalam journal tersebut....jadi pelajar Master dan PhD perlu peka status journal2  open access sebegini samada untuk dirujuk mahupun untuk dihantar bagi diterbitkan walaupun bernaung dibawah IPTA.

Bagaimana dengan proceeding?

Proceeding ni lazimnya tidak melalui proses refereeing yang rigorous sebab panel hanya menilai  kesesuaian artikel untuk thema2 dalam conference. Namun ada proceeding yang mencapai tahap refereeing seperti journal seperti yang diterbitkan dalam Procedia (Elsevier). So tugas ko adalah memastikan semua perkara ini sebelum menghantar artikel….


Lagi bro?

Contoh2 di atas banyak lebih cenderung kepada bidang social science.... jadi pelajar dari bidang hard sciences dll silalah lakukan proses yang sama bagi memastikan tahap CIJ dan IF journal tersebut..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...