.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, August 30, 2013

Tajuk 508: Bengkel di KK… Berbanggalah dgn MAJOR CORRECTION – MERDEKA !!

Syukur.... kehadiran aku di KK utk kali ke-5 masih mendapat sambutan, malah lebih dari jangkaan. Kehadiran peserta bengkel yang memenuhi ruang kompleks TH KK sangat mengharukan....

Tahniah bro…  dan selamat Hari Merdeka !

Sempena merdeka ni…..aku ingin berpesan… calon2 PhD dan Master boleh berbangga jika mendapat MAJOR CORRECTION (MC) semasa viva.

Woi… apsallak ko nak calon PhD dan Master dapat MC… kan elok dapat minor correction!

Tulah ko…. jangan melihat dari hanya satu aspek…. lihatlah secara global dan holistic!

Amende tu bro…. jgn kasi aku fening… straight to the point please….

Ada nak singkap beberapa scenario…. katalah ko jadi subjek scenario tersebut yang sedang buat master, sebagai contoh…

Pertama:
Ko akan menulis tesis sebaik mungkin supaya dapat minor bukan?

Mestilah…. Sapalah nak MC bro

Betapa ramai pelajar yang takut…. tak yakin….termasuk SUPERVISOR pun tak yakin.. sehingga ko terpaksa buat perubahan itu dan ini dalam penulisan dan terpaksa submit tesis ada kalanya melangkau 5 tahun….  namun itupun tiada jaminan utk dapat minor sebab panel VIVA maybe mempunyai pandangan yang berbeza…dan kemungkinan mendapat MC selepas 5 tahun tetap ada dan ini banyak kali berlaku

Kedua:
Katakan ko mempercepatkan penulisan, memastikan perkara asas kajian ko dipersetujui supervisor dan bersegera menghantar tesis setelah mencapai 2 tahun.... masa yang diberikan kepada ko …

Abis kalau dapat MC?

Sapa ler pulak nak dapat MC? Jika semuanya dah disemak oleh supervisor, tapi masih dapat MC, sepatutnya ko masih boleh berbangga kerana:

i. Ko telah berjaya menghantar tesis ko dalam tempoh yang sepatutnya iaitu 2 tahun...

ii. Tesis ko telah diperiksa oleh panel VIVA yang tersangatlah pakarnyer....dan mereka bermurah hati memurnikan tesis ko walaupun dgn MAJOR CORRECTION !

iii. Ko akan diberi tempoh 6 bulan utk baiki tesis ko bermakna ko akan selesaikan semuanya selepas 2 tahun 6 bulan

Setuju?

Tak faham lah bro...apa yang ko cuba bagi tau ni ?

Aku cuma nak bagi tahu…. adalah lebih baik tesis ko berjaya disiapkan wpun dgn MC dan kemudian buat pembetulan berdasarkan report yang disiapkan oleh panel... dan selalunya report ini agak objective bagi memudahkan pembetulan dilakukan oleh pelajar.....dan pelajar boleh submit selepas 2 tahun 6 bulan dan selepas itu MERDEKA berbanding ko submit selepas 5 tahun kononnya utk buat yang terbaik sedang tiada jaminanpun ko akan dapat minor bukan major correction ! Bayangkan selepas 5 tahun…. ko masih dapat MC ?

Emmm…..plausible ...

Jgn confused…. aku bukanlah kejam dan bermaksud supaya ko buat tesis utk dapat MC…. Tapi siapkan tesis dgn cepat tanpa menunggu terhasilnya naskah yang SEMPURNA.. kerana kesempurnaan tesis hampir tidak wujud....biarlah kesempurnaan tersebut ditentukan oleh panel VIVA. 

Jadi?

Jadi.... letakkan PRIORITY kepada menyiapkan penulisan secepat mungkin…dan biarlah panel VIVA menilainya….. kalau minor syukur…. kalau major…. pun syukur sebab kedua2nya adalah satu proses yang biasa jer dalam penilaian tesis. Percaya tak.....berapa ramai professor yang tersohor sekarang ni dan maybe termasuk SV ko yang dulu dapat MC bro.... so what a big deal? 

Malah ada kalanya ko akan belajar LEBIH BANYAK benda dengan mendapat MC dari mendapat minor. Maka persoalan major atau minor tu bukanlah sesuatu yang perlu ko bimbang sangat…. mengatasi usaha ko untuk menyiapkan tesis secepat mungkin dan kemudian MERDEKA !

Merdeka? 

Aah merdeka.... sebab kalau ko calon master…. ko dah merdeka untuk meneruskan pulak pengajian ko peringkat PhD. Kalau ko calon PhD… ko dah merdeka untuk meneruskan kehidupan ko sebagai penyelidik bergelar “Dr” tanpa dibelenggu oleh status calon PhD yang melemas dan merimaskan….setuju?


Dan last sekali aku nak bagi pendapat...... pemurniaan thesis semasa viva adalah penting bagi memantapkan kajian pelajar....masih perlu dibuat mana2 pembetulan tetapi aku berpendapatan yang lebih wajar istilah "pass with correction" sahaja digunakan tanpa perlu adanya major atau minor....sebab kalau major - adakah bermakna pelajar telah salah dibimbing oleh supervisor ?

Saksikan pics bengkel di kompleks TH KK...









































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...