.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, August 15, 2013

Tajuk 505: Calon master ibarat melukut dan Rajagopal dapat Tan Sri...!

Aku masih mood raya.... tapi menulis ni macam tak boleh nak berhenti plak....aku pernah menyebut kiasan ini dalam bengkel2 aku bahawa calon master ibarat "melukut ditengah gantang" !

Kenapa tengah gantang bukan tepi? 

Tengah sebab memang calon master duduk tengah-tengah.... dibawahnya ada 1st degree dan diatasnya PhD... so calon Master duk tengah2 ler. Jadi alang2 duk tengah-tengah, mengapa tidak terus ke atas jer...

Sampai hati ko bro.. kata calon Master sebagai melukut...kawan2 aku ramai yang buat master per...

Jgn ler sensitif... be positif....ini satu cabaran... provokasi.... sama macam bila ada org kata "hidung ko tak mancung pipi tersorong2" sebab memang hidung ko sama cam hidung org Asia yg tak mancung... jgn ler nak perasan hidung mancung.... lainlah ko buat plastic surgery hidung ko tu...

Cabar.. provokasi? Apa yang ko cabar?

Aku nak bawa ko menerobos masa lampau....tahun 70an dulu, jika ada seorang anak teruna kampung masuk universiti, fuh.... meriah....dgn analogi pasukan Harimau Malaya qualified World Cup dan Rajagopal akan dapat anugerah Dato Sri Rajagopal....! Bukan itu saja.... ramai ler makcik yang mula kenenkan anak daranya dengan siteruna. Paling dasyat masa tu..... dapat general degree pun masa tu boleh jadi pegawai itu dan ini... malah belum sempat konvo dah dilamar pekerjaan. 

Fuhh dasyat nyer masa tu... !!

Ada lagi....kalau tahun 70an siteruna sambung master....pergilak obersi..... fuh sama macam pasukan Harimau Malaya masuk final lawan Brazil...dan kalau sambung PhD pulak..... apa lagi.. ibarat pasukan Harimau Malaya kalahkan Brazil masa final World Cup bukan 2-1 bro (sikit bona) tapi 4 - 1 (senyum lebar) .... bertingket2 pujian kat coach..... mahu dapat Tan Sri Rajagopal....!

Itu tahun 70an.... 

Memanglah....now tahun 2013 bro....semua tu dah berubah. Org kampung tak hairan dah anak teruna masuk universiti tapi sebaliknya mereka hairan jika ada anak teruna yang tak masuk universiti... sebab "PTPTN kan ada..." 

Tapi.....oleh kerana dan berlambak2 IPTA dan kolej universiti, institut dan macam2 lagi.... maka berlambak2 juga lah ambil peluang sambung master.... dgn harapan boleh jadi pensyarah dan pengajar di mana2 institusi. Oleh kerana bilangan yang memiliki ijazah master semakin ramai...  maka nilainya dah semakin kurang....sama macam juara Malaysian Idol... makin lama makin tak ada yang kisah... aiman pun tak kisah....kecuali kalau dia lepas tu menang World Idol pulak !

Jadi maksud ko?

Oleh itu.... pemilik calon master mesti menanamkan hasrat utk terus mendapat ijazah PhD. Jika tidak.... sukar ler nak jadi Ketua Jabatan yang menjaga pensyarah dengan title Dr, PM mahupun Prof. ... apatah lagi jawatan lebih tinggi... jadi ko persis melukut...

Emmm...

Kalau penceramah motivasi, penjual ubat alternatif malah ahli politik pun nak kan ijazah PhD, mengapa tidak ko yang terlibat dalam dunia akademik hanya berpuas hati dengan Master? Jgn lak kata.... huh..dah serik....jgn tunggu umur dah 50 baru nak sambung PhD. Malah ko boleh buat wpun part-time dgn menggunakan segala kemudahan ICT dan carilah IPTA yang dekat dgn tempat kerja.... sebab semua IPTA ada kepakaran dalam hampir semua bidang...

So dgn PhD dari melukut akan jadi gantang ker?

Memanglah.... dgn gantang itu jugalah ko ceduk ilmu dan kemahiran membuat research....berikan sumbangan yang signifikan....sehingga kehadiran ko diperlukan.... jadi jgn jadi melukut dan sambunglah PhD jgn takut2....

OT




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...