.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1600 : Silibus rendah ? Knowledge is accumulated !

1. Kita ghairah nak samakan silibus dgn negara ‘maju’, kerana takut ketinggalan. Ada perbezaan negara tersebut bukan sahaja silibus tetapi juga dari segi kesedaran ibubapa, bilangan anak yang hanya 2 sahaja, pelajar yang relatif sedikit dalam satu kelas dan kemudahan spt TV besar dan LCD dalam setiap kelas serta penguasaan BI sebagai mother tongue disana.Juga .. negara spt Spore tak mula subjek sains 2 tahun pertama (Year 1 dan 2) ..
2. Maka, content silibus kita klupun dikatakn rendah sedikit pun tiada masalah kerana ‘knowledge is accumulated’. Maknanya, lebih ramai murid yang boleh menguasai dan yang gifted pula boleh menguasai dgn lebih mendalam.
3. Jika silibus tinggi, content plak banyak. ramai yang akan tercicir dengan guru terpaksa bertungkus lumus sedang yang boleh mengikutinya mungkin tidak sebaik yang diharapkan sehingga mereka terpaksa diajar semula berkali-kali bila naik Tahun / Tingkatan. Penat ooo.
4. Knowledge yang dikuasai dgn baik, akan mudah dipertingkatkan bila semakin kompleks semakin naik Tahun / Tingkatan.
5. Ini bermakna... jika murid sampai ke PT3, peratus dan kedalaman penguasaan lebih baik walaupun content dan silibus sedikit rendah dari standard antarabangsa.
6. Ini berbanding dengan penguasaan yang tidak seberapa kerana banyaknya content yang dipelajari sehingga setiap tajuk baru perlu diajar semula asasnya dan ini adalah satu pendekatan yang meletihkan, tidak termasuk ramai yang terus kecundang dan rasa tertekan. Adakah ini yang dimahukan?
7. Aku nak bagi analogi. Pelajar A dan B masing2 belajar 5 dan 7 content. Pelajar A menguasai dengan lebih baik 4 dari 5 content sedang pelajar B terpaksa belajar lebih content maka menguasainya kurang mendalam. Apabila content meningkat ke 10, pelajar A boleh menguasai dgn baik kerana asas yang kukuh sedang pelajar B pula mula mendapati content semakin susah. Bila content semakin kompleks, pelajar A boleh menguasai dgn lebih baik dari pelajar B.
8. Akhirnya... penguasaan yang baik menjadi keutamaan, bukan content yang banyak.
9. Ini prinsip mudah dan common sense sahaja… sebab knowledge is accumulated. Kalau yang asas berterabur, content banyak pun akan jadi bubur.
10. Sekadar menjentik untuk berfikir... sbb yang banyak tak semestinya bertambah... yg sedikit tak bmakna berkurang.. bila libatkn aspek penguasaan knowledge...


OT




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...