1. Org dewasa ni tahu mereka tak berapa kreatif. Bila tak kreatif, masukkan KBKK dalam silibus anak-anak. Fine.
2. Bila orang dewasa tak ada ciri keusahawanan, masukkan pendidikan keusahawanan kepada anak-anak. Fine.
3. Bila org dewasa tak boleh selesai masalah, masukkan KBAT dalam soalan anak-anak. Fine.
4. Bila tak berjaya dalam PISA, naikkan silibus anak-anak. Fine.
5. Bila tak boleh juga selesaikan masalah cara biasa, masukkan computational thinking, anak-anak boleh berfikir spt komputer. Fine.
6. Dulu bila kadar kemalangan meningkat sebab orang dewasa bawa kereta macam tak ingat dunia, nak masukkan pendidikan pemanduan berhemat kepada anak-anak sekolah. Senyap.
7. Now, nak jadi pengundi umur 18 tahun, nak masukkan pendidikan sbg pengundi kepada anak-anak. Emm.
8. Aku dah kata. Org dewasa ni memang kurang kreatif, tahunya menambah sampai silibus dan bertukar2 strategi..
9. Kadang2 cara fikir sangat simplistik. Nak buat apa2 perubahan, mesti tambah, yang sedia ada wpun tak efektif teruskan sahaja.
10. Cer bagi mereka yang suka cadangkan penambahan itu dan ini tak kiralah siapa..cuba ambil exam satu subjek je.. mathematik PT3. Tengok... kalau tak menggagau... menggoogle lah jawabnya !
Bonus:
11. Bila PG yg dewasa tak faham nk buat research... orang jer yg lebih dewasa suruh baca 500-1000 artikel - gulp !
12. Bila PG yg dewasa tak reti nk buat research...ada jer orang yg lebih dewasa suruh tebal-tebalkan lagi proposal hingga ada yang sampai ratusan pages. OMG....
OT - berfikir sejenak

No comments:
Post a Comment