.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1588 : Kepentingan Keyword ...

1. Penerbitan artikel adalah produk penyelidikan, bukan tesis. Tesis hanyalah unpublished manuscript, tidak seperti artikel yang diterbitkan.


2. Pendek kata, tesis hanya utk semakan penilai, sama spt manuskrip final exam.


3. Artikel mempunyai susunan, dimulai dgn Tajuk, Abstrak dan Keywords, sebelum Introduction... diakhiri dgn References dalam kedudukan terakhir.


4. Susunan ini mempunyai sebab atas kepentingannya. Tajuk paling utama, sama spt tajuk filem dan buku. Oleh kerana tajuk biasanya catchy dan ringkas, maka abstrak diperlukan.


5. Selepas memahami abstrak, ditemui keywords yang menggambarkan kepentingannya. Keywords boleh sahaja diletakkan diakhir artikel selepas References, tetapi itu tidak berlaku.


Kenapa?


6. Keywords mewakili fokus kajian kepada satu skop yang melengkari keywords tersebut. Maka sebab itu, keyword penting dan perlu dikenalpasti apabila ada sesuatu isu / masalah yang nak dikaji.. kemudian barulah di terokai researchablity nya dari bacaan artikel berdasarkan keywords tersebut.


7. Ramai jer yang ambil enteng keyword ini, sedang ia adalah langkah pertama pencarian artikel. Tiada siapa memulakan pencarian artikel berdasarkan senarai References, melainkan berdasarkan keywords.


8. Betapa ramai yang lansung tidak kisah keywords kajiannya... kecuali apabila mahu menulis artikel !


OT








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...