.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1584 : Thesis TIADA CONTRIBUTION TO KNOWLEDGE

Bila abis tulis thesis dan dibetulkan dari titik ke koma, thesis tersebut dah tak berguna lagi. Thesis akan disimpan dalam koleksi library dan hampir tiada siapa akan hiraukannya disana. Anggap sahaja ia dah tak berguna lagi.


Abis kenapa buat thesis?
1. Sebagai bukti kerja original individu PG yang disahkan oleh beberapa panel yang dilantik utk graduation
2. Thesis adalah bukti kepada usaha dan pencapaian individu peribadi tersebut
3. Thesis bukti individu PG menguasai sesuatu kajian untuk diri dia sendiri, utk kerjaya dia, tiada kena mengena dengan orang lain termasuk isteri dan anak dia sendiri.
4. Dalam situasi ini, kewujudan dan harapan thesis memberi contribution kepada knowledge tidakpun disedari, apatah lagi kepada polisi... jauh lagi utk berlakunya generalisasi wpun kajian mggunakan ribuan responden.
5. Ramai juga yang pergi obersi, bila siapkan thesis di tanahair sebab dah terlajak waktu pengajian, tidak memberikan salinan kepada library, tak sapa pun tahu kecuali salinan utk bergraduasi.
6. Maka, tebalnya thesis tidak membawa apa2 makna kepada sesiapa selain pemahaman individu pemilik thesis saja... itupun klu dia faham sepenuhnya.
7. Jika pemilik thesispun tidak praktis dan mengembangkan apa yang di'thesis'kan, maka tiada apa2 makna lagilah kewujudan thesis tersebut...
8. Mujur di US thesis wajib di upload ke Proquest, maybe adalah peluang untuk sesapa nak jengok2.. itupun kalau ada sebab artikel semakin mudah diperolehi... sangat mudah jika diobersi.. malah graduan dari US dah tiada thesis lagi wpun utk simpanan mereka sendiri... cer minta klu xcaya.
9. Menjadikan thesis sebagai 'satu2nya' produk PhD semakin tidak releven, apatah lagi nak berbangga dengan ketebalan dan banyaknya rujukan... ini semua old school !
10. Lalu, perlu ada perubahan 'paradigma' terhadap kewujidan thesis ini.


Aku mencadangkan..

- jadikan thesis concise dan precise seboleh yang mungkin

- ketebalan thesis patut menjadi sesuatu yang 'dilarang'

- thesis yang baik (kajian yang baik juga) adalah thesis yang nipis tetapi membawa weightage sekurang2 dua artikel yang baik utk PhD dan satu utk master.

- thesis 100 pages dgn 100 references yang boleh terbitkan 3 artikel lebih berharga dari thesis 250 pages dgn 300 references tapi hanya boleh hasilkan 2 artikel 'so-so'.

- semakin nipis thesis, semakin ia mendekati ciri artikel.. semakin mudah diterbitkan, makin mudah sampai kepada target group, maka semakin KETARA sumbangannya ke society dan scholar


Maka thesis yang ditebal2kan hanya kerana ia berstatus PhD tidak membawa banyak makna.... atau tiada lansung makna selepas beberapa ketika....


Kalau thesispun tiada makna.... apatah lagi proposal walau setebal manapun ia...


Sayang.. 💋.. kamu...


OT




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...