1. PhD adalah satu ijazah tertinggi yang memerlukan kajian 'mendalam' serta fokus kepada satu-satu isu.
2. PhD tidak akan menjadikan anda pakar, tetapi hanya memberikan anda asas pengkhususan yang anda boleh menjadi pakar dengannya selepas menimba pengalaman demi pengalaman.
3. Dengan itu, persiapan menjadi calon doctorate yang utama adalah pengkhususan yang boleh membawa kepada sedikit contribution to knowledge, khususnya dalam aspek terkini dan yang diperlukan.
4. Maka, pembacaan mesti dilakukan dengan bijak supaya bahan yang dibaca mengkhusus kepada apa yang perlu dikaji dan membawa kepada pemahaman yang mendalam.
5. Dengan itu, mendapatkan bahan bacaan primer terutama artikel yang khusus dalam isu semasa yang dikaji menjadi keutamaan, diikuti dgn bacaan sekunder utk memahaminya dengan lebih lanjut.
6. Saranan membaca ratusan artikel terlebih dahulu adalah saranan yang tidak masuk akal, malah terpesong dari keperluan menyediakan pemahaman utk menjalankan kajian
.
7. Tiada apa hebatnya membaca 500 artikel yang bertindih2 dgn sebahagiannya berindeks rendah, malah boleh sahaja mengelirukan dan membuang masa. Tetapi pemilihan dgn berhati2 dan fokus mendapatkan 20 artikel primer terbaik diikuti dgn snowball 20 bacaan primer yang lain dan beberapa bacaan sekunder (buku dan handbook) yang related adalah lebih baik, menjadikan jumlahnya katakan 60 - 100 sumber bacaan - ini dah lebih dari memadai.
8. Apabila kajian dijalankan, keperluan memahami aspek2 tertentu mungkin sahaja membawa kepada 100 sumber bacaan yang direct kepada kajian yang dilakukan. Isu semasa ada kalanya masih baru, maka sumber rujukan yang fokus dan terhad sahaja yang ada diterbitkan, bukannya sampai 1000 artikel.
9. Ini bermakna, membaca 500 atau ada yang minta sampai 1000 adalah pendapat saranan tidak waras, tapi ramai pulak mempercayainya.. walaupun yang suruh sendiri tidak pernah melakukannya.
10. Selain pembacaan, menghadiri kelas2 khusus untuk mendapatkan kemahiran tambahan, menghadiri konferens, perbincangan dgn pakar adalah satu keperluan yang menambah pemahaman, bukan dengan membaca sampai 1000 artikel - for what ? Akhirnya nak sangat bacaan ratusan artikel... jadilah macam orang tak keruan, makin byk dibaca, makin kabur... makin terasa pemahaman sendiri makin berterabur...
OT - Foto di Meiji University.. Tokyo

No comments:
Post a Comment