.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1553 : Sistem Pendidikan bakal hasilkn pakar !

Nota - status berikut aku tulis pada 2017... maybe semakin releven mjelang 2020


1. Aku tabek silibus pendidikan Msia. Silibus Kimia misalnya disediakan oleh pakar2 Kimia yang mahu semua content utama kimia dimasukkan tanpa tertinggal satupun…. lagi awal diajar lagi bagus.. bmula sekolah rendah misalnya.. supaya pelajar akan menguasai kandungan kimia dan bakal menjadi pakar Kimia, pakar spt panel2 yang menyediakan silibus tersebut...


2. Begitu halnya dgn pakar Fizik, Biologi, Mathematik, Sejarah, Geografi, BI..BM dll pun mahu content yang lengkap dlm bidang masing2. Akhirnya pelajar terpaksa belajar sebanyak mungkin content.


3. Bila ada isu pelajar kurang berfikir, diterapkan pula aspek pemikiran kritis dan kreatif. Bila didapati pelajar tidak tahu “berusaha”, dimasukkan elemen keusahawanan. Begitulah hebatnya silibus di Msia.


4. Bila ranking Msia dalam PISA dan TIMMS jatuh… maka pakarpun berkata perlunya ditambah element HOTS atau KBAT supaya pelajar kembali berfikir dgn hebat.


5. Percayalah.. semua ini tidak akan berakhir….. bila pakar ini kata cam tu dan pakar tu kata cam ni... lalu silibus yg sedia ketat jd sendat.. ruang utk berfikir bukannya akan terbuka tetapi sebaliknya semakin tertutup rapat.


6. Budaya berfikir bukan boleh diajar tetapi perlu dibentuk dgn menyediakan environment berfikir secara bukan exam oriented.


7. Jika dah ambik sampai 9 subjek, homework, exam silih bganti sbb byk subjek.. makmal jadi kelas teori, jawapan mesti ikut silibus… bila ler pulak nak berfikir keluar dari apa yang akan ditanya dalam exam… sedang yang ditanya dlm exampun tak sempat nak fikir !!


8. Bagi aku, kurangkan sahaja kandungan yang banyak tersebut… bukan semuanya diperlukan... bagi ruang pelajar dan guru bernafas, cukup masa terluang utk diisi dgn aktiviti hands-on, minds-on, collaborative, PBL, SCL dll…yang melibatkan pelajar berfikir apa yang dipelajari dlm kelas diluar konteks exam.... dan mampu mencari maklumat sendiri...


9. Bagi aku, lebih baik faham beberapa konsep dgn baik bagi semua subjek dari belajar punyalah banyak konsep bagi satu2 subjek…. bukan sahaja tidak dapat difahami, tetapi akhirnya dibenci kerana terlalu banyak yang perlu dihadapi.


10. No further comment !

OT



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...