.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 23, 2015

Tajuk 740 - Kuasai dulu analisis data - light at the end of the tunnel !!

Sekali lagi... bersabarlah membaca post ini....
1. Kelas research methodology dan basic statistic yang anda ikuti di awal semester adalah subjek umum dan jgn terlalu berharap kelas tersebut memberi impak maksima kepada pemahaman anda dlm menyediakan proposal n mjalankn research. Ada yang menunggu sehingga sem 3 utk selesai mengikuti kelas tersebut baru memulakan langkah – it is a bit too late to GOT but still early for GST !

2. Langkah yang “lebih wajar” diawal semester adalah membuat “intensive sufficient preliminary reading from research articles” dalam bidang kajian anda utk memberikan idea akan kajian yang bakal anda jalankan. Anda maybe perlukan beberapa minggu sahaja utk tujuan ini (pastinya dgn bantuan MENDELEY). Langkah inilah yang sering diabaikan oleh PG dgn alasan – baru sem 1 bro !

3. Hanya dgn melakukan langkah 2 sahaja anda boleh mula mengenalpasti “isu / debatable argument / problem” dalam kajian lepas, membina objective dan RQ…. (ada ler yg akan kata - kena cari gap... he he) dan menemui pelbagai theory, procedure dan data analysis.

4. Then…. setelah anda membuat “intensive reading” bukan "reading sambil baring" dan mula mengenalpasti “data analysis” yang anda jangka sesuai utk kajian anda, maka jgn berlengah lagi, terus mencari kelas2 data analysis tersebut yang dianjurkan oleh fakulti / jabatan masing2… atau ambil inisiative utk menganjurkan sendiri, mengikuti workshop2.... wpun anda belum mula menulis proposal (dgn alasan masih awal semester 1).

5. Percayolah cakap den… tidaklah begitu sukar utk mula menguasai theory dan methodology dgn pembacaan pelbagai sumber…. namun sgt mencabar utk menguasai data analysis khususnya analisis advanced mengunakan perisian spt AMOS / PLS / SPSS/ Atlas.ti dari sekadar pembacaan. You need hands on experience !

6. Menguasai aplikasi perisian di atas seawall semester 1, akan memberikan anda peluang melihat “light at the end of the tunnel” sebaik sahaja anda mula merangka proposal kerana anda akan lebih yakin:
- mengenalpasti isu / argumen / problem anda boleh diselesaikan dgn analisis yang betul
- akan prosidur pengambilan data dan bersedia dgn teknik persampelan appropriate
-. menyediakan instrument yang valid / realible sesuai dgn keperluan analisis data 
- menjangkakan analisis data yang akan memberikan jawapan kepada RQ / hipotesis dan sekaligus menjawab objektif kajian
- memastikan novelty dicetuskan dari dapatan analisis anda
- memahami artikel yang anda baca dari awal lagi jika melibatkan analisis data menggunakan AMOS / PLS / SPSS/ Atlas.ti dll

7. Jadi, "pening sepanjang dan berpanjangan" menyediakan proposal dan ketika melakukan kajian…. malah mungkin melakukan kesilapan pengumpulan data dan analisis sering terjadi kerana anda terhegeh2 menguasai analisis data hanya di saat2 akhir..... spt amalan majoriti PG.... khususnya selepas data siap terkumpul.

8. Yang masih belum berbuat demikian.... act now !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...