.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, April 1, 2015

Tajuk 716 - Discussion: Jgn biarkan aku geli geleman....

Sampai kepada aku satu persoalan…. 

Adakah bahagian discussion hendaklah mempunyai citation sama spt bahagian LR sebagai bukti penulis mempunyai pemahaman dari LR utk dibincangkan semula dalam bahagian discussion?

Aku cuba menjawab soalan di atas yg diajukan kepada aku. Bahagian discussion sgt istimewa dan mestilah unik dan menunjukkan anda telah menjadi semakin "lebih cerdik" berbanding kupasan anda dalam LR. Jika anda menyatakan kajian anda novel dan contribute sesuatu kepada knowledge / advanced the knowledge, di sinilah untuk anda buktikan argumen anda tersebut.

Pertama:
Discuss mengapa dapatan anda penting dalam mengembangkan theory yang anda gunakan. Oleh kerana anda telah mendapat findings… maka discussion dan citation anda mestilah fresh… bukan menyorot semula apa yang dah anda bincangkan dalam LR tetapi mengembangkan perbincangan tersebut, maka anda memerlukan citation yang berbeza yang maybe lebih current. Tunjukkan dapatan anda membawa makna baru dari yang telah anda bincangkan dalam LR.

Kedua: 
Inilah bahagian anda tunjukkan kajian anda offer kepada pemahaman / perspektif baru dan mengundang persoalan kajian-kajian lain utk masa depan. Ini bukan gap yang terlompong tetapi tetapi to extent the understanding. Anda boleh mengundang persoalan supaya theory di revised, instrument di refine malah mengundang comparison theory2 yang berkaitan, malah membuka kepada interdisciplinary research yang boleh memanjangkan penjelasan anda dalam bahagian discussion ini.  

Ketiga:
Jelaskan bagaimana dapatan anda telah menyumbang incrementally kepada knowledge / theory yang anda gunakan. Disinilah aku tak faham apabila ditulis “kajian ini telah mengisi kelompongan” ….  sedang anda perlu jelaskan dapatan anda yang telah extent the horizon of knowledge

Keempat:
Aku agak "geli geleman" jika bahagian discussion sarat dgn statement "dapatan kajian ini selari kajian lepas oleh bla..bla.... samalah spt anda menyatakan bahawa "model kereta 2015 ini selari dgn model kereta 2010...". Jika bahagian LR ada perlu analitikal maka bahagian discussion anda perlu creative dan innovative !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...