.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 23, 2015

Tajuk 736 - Problem statement: Problem vs Sympton

Saya dah jelaskan maksud problem. Kali ini saya nak refine supaya “problem” tersebut dikupas “puncanya” bukan “symptom”nya. Jadi pastikan anda tidak menulis symptom dan mengabaikan problem dalam Problem Statement.

Sekadar contoh... pening gak nak tulis ni. Maybe contoh ni tak dapat mencakupi semua aspek.... tetapi sekurang2nya anda ALERT.... ada beza antara PUNCA dan SYMPTOM !

Situasi 1:
Orang ramai berpusu-pusu menggunakan tandas yang byk rosak lalu anda tidak boleh melepaskan hajat anda.
Anda tidak boleh buang air (problem) kerana banyak tandas rosak (puncanya). Bila byk tandas rosak (puncanya) maka ramai orang berpusu-pusu (sympton).
Jadi kajian anda adalah menyelesaikan punca, bukan symptom.

Situasi 2:
Anda ingin tahu problem yang menyebabkan “kecorotan” pelajar Malaysia dalam TIMMS. Kecorotan adalah symptom yang disumbangkan antaranya oleh pengajaran dalam kelas yang tidak mencapai expectation pemikiran aras tinggi spt yg diuji dalam TIMMS (puncanya). Anda perlu kupas puncanya (pengajaran) bukan symptonnya (kecorotan).

Situasi 3:
Anda kurang yakin dgn dapatan yang tidak konsisten terhadap ujian motivasi remaja mengunakan test yang mengandungi item2 yang tidak pernah direvised. Dapatan yang tidak konsisten (symptom) adalah akibat item yang tidak pernah direvised (punca). Maka anda gunakn Rasch Model approach utk tangani punca ... bukan symptom.

Kesimpulan:
Bila menulis Problem Statement, tulis, kupas dan focus kepada punca masalah . supaya kajian anda tackle masalah sebenar, bukan focus kepada symptom. Sebab tu ada SV komen "apa masalah yang u nak kaji ni?" atau "sy xnampak masalah yg awak nk kaji"

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...