.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 23, 2015

Tajuk 734 - Thesis Tanpa References !

Sekonyong-konyong kedengaran satu lagi siren amaran kepada calon PhD akan perlunya mendapatkan “TAJUK" kajian yang “kurang” artikel diterbitkan sebagai indicator tajuk tersebut "belum byk diteroka" supaya sesuai utk PhD. Jika “senang” nak dapat artikel …. kononnya tajuk tersebut dah tak sesuai lagi.

Wow ini satu soalan diajukan kepada aku…. maka izinkan aku menulis sesuatu, spt biasa... sedikit coretan...

Pertama:
Percayalah….. tajuk apa sahaja yang terlintas dalam fikiran anda pasti “tidak mudah” diperolehi artikelnya kerana tajuk adalah sesuatu yang uniq. Jika perkataan umum seperti “management” atau “motivation” atau “finance” memanglah banyak sebab itu adalah topic / area bukannya tajuk / title.
Jangan hanya melihat perkataan umum seperti “motivation” terus menjatuhkan hukuman sebagai tajuk yang tidak sesuai dgn PhD tanpa dibincang roadmap kajian sedang “motivation” tidak akan pupus selagi manusia bukan robot dan kajian demi kajian perlu diteruskan, dgn pendekatan yang lebih “up to date”. Ini lebih mencabar !

Kedua:
Apa masalahnya jika tajuk yang dipilih telah mempunyai perbincangan yang panjang lebar sehingga menarik minat ramai researcher utk mengkaji dan menulis artikel tentang isu tersebut? Yang jelas, kajian dalam artikel2 tersebut bukan anda yang membuatnya, maka tidak ada sebab anda tidak boleh melanjutkan lagi kajian dan perbincangan tersebut yang dikaji dari dimensi yang berbeza atau terkini. Betapa ramai expert yang hanya buat kajian berkisar satu tajuk sahaja sampai ke tua....dan 100 ++ artikel yang diterbitkan adalah atas tajuk yang sama ! Ada masalah apa2 asalkan setiap kali wujud contribution dalam kajian yang dijalankan.

Dalam sosial sains, isu2 adalah bbentuk hipotetikal tidak akan selesai perbincangannnya sampai bila2 dan kajian terbaharu dengan instrument dan pendekatan yang di revised sgt dialu2kan kerana kajian sebegini memberi peluang kepada calon PhD utk meneroka kajian lepas dan memahami persoalan yang cuba diselesaikan dari pelbagai perspektif baru / interdisciplinary approach.

Ketiga:
Antara kemahiran yang wajib dikuasai oleh calon PhD adalah kemahiran “critical review” yang akan menjadi lebih mencabar dgn adanya pelbagai kajian dan artikel dari segenap dimensi dan pelbagai theory. Saya melihat ini sebagai advantages utk menguatkan dan mendalamkan pengetahuan calon.

Keempat
Maybe motif utama kenapa dimomokkan supaya calon PhD buat kajian yang “tidak byk artikel” kononnya utk menunjukkan sesuatu yang “belum dibuat lagi”. Aku rasa momokan tersebut patut diajukan kepada mereka yang dah dapat PhD…yang expert.... bukan yang baru nak memasuki dunia research...

Kelima:
Kenapa pulak kajian dgn artikel yang sedikit dipasaran akan lebih baik dari kajian dgn artikel yang banyak? PhD adalah academic research sebab itu kajian dan thesis PhD melalui proses formative dan summative evaluation sehingga mencapai status lulus (minor / major) atau resubmission.
Calon PhD yang berjaya membuat kajian akademik yang rigorous adalah calon PhD yang berjaya menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti – tak ada kena mengena dengan banyak atau sedikitnya artikel yang boleh diperolehi sebagai rujukan.

Keenam:
Impak maksima PhD adalah penguasaan pengetahuan dan kemahiran membuat research kepada calon PhD sendiri, sebelum mendapat segulung ijazah, sedang thesis mereka akan bersemayam dalam library. Standard kajian mestilah ada contribution to knowledge, bukan utk menambah bilangan artikel yang sedikit atau menyesakkan artikel yang dah banyak sebab knowledge adalah boarderless !

Fuhhh....belum apa2 calon PhD dah diberikan dua siren amaran…. selain dari gesaan mencari gap yang sukar dimengerti…. si novice yang tidak pernah buat kajian diminta mencari kelopongan kajian, dihebatkan lagi dengan isitilah kelompongan pengetahuan…. kini ditambah lagi dgn statement supaya tajuk kajian yang dipilih mesti tidak mudah diperolehi artikelnya….

Abis – apa kajian yang baik utk PhD ?

Aku cuba senaraikan antara ciri-ciri sebuah kajian akademik yang baik…. dgn izin:
- Thoughtful research with element of innovative – novel + significant
- Address current / significance question / argument / problem / issue
- Develop revised / “new” tools / instrument
- Well organized and well written 
- Comprehensive LR but demonstrating independent / new perspective / thinking
- Appropriate methodology with thoroughly procedures
- Rigorous data analysis – all assumptions are tested 
- Discussion is convincing – embedded with current issue, written for international readers, moving forward not backward
- Open new area of investigation even for “old” issues
- Potentially accepted by high ranked publication

Akhirnya aku nak buat satu cadangan extreme - alang2 dimomoklan tajuk PhD yang sikit artikel utk rujukan lebih baik... kenapa tidak buat tajuk kajian yang lansung tak ada artikel utk dirujuk.... barulah TERBAIK !!

Ada berani ?

OT - vicious circle.... confusion yang diperturunkan generasi ke generasi !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...