.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 2, 2015

Tajuk 723: Master / PhD : 3 soalan wajib VS 1 soalan kurang cerdik !

Katakan anda didatangi oleh calon master / PhD yang telah satu semester membuat review dalam artikel2 lalu menjelaskan kajiannya lebih kurang spt berikut. Sila baca setiap satu dan cuba bayangkan kajian yang akan dilakukan serta hasilnya. Jgn cheating... baca semua ok...



1. Seorang guru fizik KKTM yang juga guru komputer, ingin membangunkan aplikasi mobile learning dan mengujinya kepada pelajar KKTM bagi subjek fizik secara true experimental

2. Seorang kaunselor jabatan traumatic Polis diRaja Malaysia ingin membuat kajian bagaimana hypnosis boleh membantu kanak2 yang didera dan trauma untuk pulih. Kajian yang sama telah berjaya dilakukan di US.

3. Seorang graduan electrical engineering bercadang utk membuat master dgn membina dan menguji litar yang lebih effisyen dari aspek pembebasan haba semasa arus mengalir. Kajian ini dapat membantu memanjangkan hayat sesebuat alatan electric.

4. Seorang pelajar UTM ingin menguji beberapa catalyst dan membuat adjustment beberapa parameter dalam satu combustion chamber bagi kilang buangan kelapa sawit. Pelajar ingin membuat prototype combustion chamber yang lebih effisyen.

5. Seorang pelajar ingin membina simulation bagaimana proses imput hingga output sebuah operasi kilang dapat dipercepatkan bagi mengurang kos penggunaan electric dan tenaga buruh.
6. Seorang guru politeknik cuba menggabungkan ketinggian, berat badan serta jantina utk membina dan menguji kerusi dan meja yang menepati ciri–ciri anthropometric.

7. Seorang pensyarah Uitm ingin menjalankan kajian multiple cases utk menguji keberkesanan modul destini anak bangsa kepada stake holders.

TIGA SOALAN WAJIB PATUT DITANYA KEPADA CALON MASTER / PHD TERSEBUT:

Pertama: 
Adakah research tersebut berguna / diperlukan / ada sumbangan kepada pengetahuan - novelty ?

Kedua:
Adakah research tersebut – researchable pada tahap MSc / PhD ?

Ketiga
Adakah research tersebut memenuhi kriteria sebuah academic research utk menjadi prasayarat mendapat master /PhD – original, significance dan publishable?

SATU SOALAN KURANG CERDIK UTK DITANYA KEPADA CALON MASTER / PHD TERSEBUT:

What is the gap of your research?

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...